PENGUMUMAN

Sambutan Maulidur Rasul 2014 / 1435H

              Pada 23 Januari 2014 baru-baru ini, Panitia Agama Islam SK Gong Pasir telah mengajurkan Sambutan maulidur Rasul 1435H peringkat sekolah.majlis tersebut disertai oleh semua pelajar bermula Pra sekolah sehingga Tahun 6.Tidak ketinggalan juga guru turut sama menyertai majllis berkenaan dan turut sama dibantu oleh guru-guru KAFA.  Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan diikuti perarakan pelajar dan guru mengelilingi kg Gong Pasir.
              Pelbagai acara disediakan dalam program tersebut, selain perarakan, program ceramah turut diadakan yang disampaikan oleh wakil Yayasan Terengganu. Disamping itu juga, acara sampingan turut diadakan untuk memeriahkan lagi berkenaan antaranya pertandingan mewarna untuk pelajar tahap 1 dan juga pertandingan nasyid untuk tahap 2. Taniah diucapkan  kepada panitia Agama Islam kerana menjayakannya.




Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Sekolah

Pada 21 Januari bau-baru ini, pihak SK Gong Pasir telah mengadakan Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 100 peringkat sekolah. Majlis tersebut diadakan di dewan sekolah  pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan boleh dikatakan hampir 100 % ibu bapa hadir ke majlis tersebut.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mokhtar. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan sumbangan ibu bapa yang lebih pro aktif dalam menaikan nama sekolah. Ucap utama, disamppaikan oleh Pn. Hjh. Myshithah bt. Mohamad Ali, iaitu, Guru Besar. Daalam ucapan beliau, ia banyak menyentuh mengenai dasar-dasar kerajaan terutamanya, Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia(PPPM).

Pn. Hjh. Myshithah

Ibu bapa menerima RM 100

Klik di sini untuk gambar seterusnya.

Majlis Persaraan Guru Besar Peringkat Sekolah

Pada 14 November 2013, merupakan hari yang bersejarah bagi warga SKGP kerana warga sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Puan Nik Hamidah Nik Ibrahim. Majlis tersebut diajurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKGP dan berjalan dengan lancar.


Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Pada 11 November, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013 telah diadakan di dewan terbuka SK Gong Pasir. Majlis ini diadakan untuk menghargai pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum, HEm dan juga Kokurikulum sepanjang tahun 2013. Majlis tersebut dirasmikan oleh YDP PIBG. Taniah kepada pelajar yang mnerima hadiah.

Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas 2013

Pada 10 November baru-baru ni, badan pengawas SKGP telah mengadakan jamuan akhir tahun di kantin SKGP. Seramai 60 orang pengawas bertukus-lumus menyiapkan jamuan ini diketuai oleh guru disiplin iaitu Cikgu Halim dan juga AJK-AJKnya.
Adik Badrul memberi ucapan terima kasih
Cg Abd. Halim memberi ucapan

Perkhemahan Badan Uniform 2013

Unit Kokurikulum, SK Gong Pasir telah menganjurkan Perkhemahan Badan Uniform di Padang, SKGP. Perkhemahan tersebut diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2013. Sebanyak 5 unit badan uniform telah mengambil bahagian perkhemahan tersebut iaitu TKRS, Pengakap, PBSM, Puteri Islam dan Pandu Puteri Tunas. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam perkhemahan tersebut iaitu 16 orang setiap unit. Pelbagai aktiviti dipertandingankan bermula pada hari pertama lagi. Perkhemahan tersebut diketuai oleh Cikgu Zawawi selaku, Kem Komandan perkhemahan tersebut.
Antara aktiviti yang dipertandingkan seperti, pertandingan masakan, gajet, kembara alam, malam kebudayaan dan pertandingan kawad kaki. 
Kem Komandan sedang
memberi taklimat

peserta perkhemahan sedang
mendengar taklimat

Add caption

mendirikan khemah


Kem Kom & King Kong berehat

Masak Tom Yam Campur

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2013

Pada 22 Ogos, hari Khamis, Kelab Seni dan Budaya telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah di Dewan Terbuka SKGP. Semua pelajar dan guru terlibat dalam sambutan majlis berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memeriahkan lagi majlis berkenaan seperti pakaian glamor raya dan juga pertandingan karaoke lagu raya untuk pelajar dan guru.
santai... pengacara majlis




PK HEM BARU

SKGP, 21 Ogos- Penolong Kanan HEM yang baru, En. M. Rosdey Othman secara rasmi, memulai tugas SK Gong Pasir. Beliau meng Puan Hajjah Faridah Che Ngah yang bersara wajib baru-baru ini. Selamat datang diucapkan kepada En. M. Rosdey.
En. M. Rosdey

Diiringi oleh PK 1 menuju ke dewan

Ucapan salam alu-aluan

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & PEMBERIAN DUIT ZAKAT DAN RAYA 2013

SKGP, 1 Ogos - Bertempat di Dewan Besar SKGP berlangsungnya Majlis tadarus Al-Quran berserta pemberian duit zakat dan Raya bagi tahun 2013. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan dimulaikan dengan program Tadarus Al-Quran. Majlis berkenaan diketui oleh Ustaz CK Mohd Suhaimi CK Abd. Rahman dan juga sebagaian pelajar tahun 4 - 6. Selesai sahaja majlis berkenaan, majlis diteruskan dengan pemberian duit zakat kepada pelajar miskin dan yatim. Seramai 120 orang pelajar layak menerima duit berkenaan. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar SKGP. Ini saat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar. Pemberian duit raya telah disampaikan oleh Puan Guru Besar sendiri dan diiringi majlis bersalaman dengan semua guru.