PENGUMUMAN

AKTIVITI UPSR


1.        NAMA PROGRAM
Bengkel Teknik Menjawab Soalan 2017


2.       PANITIA / UNIT / KELAB
Jawatnkuasa UPSR


3.       TARIKH PELAKSANAAN
 18 dan 19 Januari 2017 ( Rabu dan Khamis  )


4.       TEMPAT
Darul Ulum, SK Gong Pasir


5.       MASA
8.00 pagi hingga  1.15 tengah hari


6.       OBJEKTIF
i)                    Memberi pendedahan awal kepada semua calon UPSR 2017 mengenai format UPSR yang terkini.
ii)                   Menekankan mengenai teknik menjawab soalan dengan tepat berdasarkan kehendak soalan yang diberi.
iii)                  Memupuk keyakinan diri dalam setiap calon UPSR agar lebih bersemangat dan bersedia.

7.       BILANGAN PESERTA
91 orang

  
8.       LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan kepada semua calon UPSR 2017 di Darul Ulum, SK Gong Pasir. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari hari Rabu, 18 Januari hingga Khamis, 19 Januari 2017. Berikut merupakan tentatif program tersebut:

Hari / Masa

Subjek
Tindakan
Rabu
8.00 pagi – 10.15 pagi
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan
Semua Guru BM Tahun 6
Rabu
10.45 pagi – 1.15 tengahari
Bahasa Inggeris Pemahaman
Bahasa Inggeris Penulisan
Semua Guru BI Tahun 6
Khamis
8.00 pagi – 10.15 pagi
Matematik Kertas 1
Matematik Kertas 2
Semua Guru MT Tahun 6
Khamis
10.45 pagi – 1.15 tengahari
Sains Kertas 1
Sains Kertas 2
Semua Guru SN Tahun 6








9.       DAPATAN
Kekuatan
i)                  Penggunaan power point sebagai alat bantu mengajar banyak membantu dalam menarik minat murid untuk memberi perhatian semasa penerangan dijalankan.
ii)                 Sesi soal jawab mendapat respons yang positif di kalangan murid.
iii)             Guru-guru yang berpengalaman dalam subjek masing-masing dapat memberi impak positif  kepada semua calon UPSR 2017.

                Kelemahan
i)                     Bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan aktiviti berkumpulan dilakukan.
ii)                    Sesi soal jawab sering dimonopoli oleh murid-murid kelas 6 Ibnu Majah.
iii)                   Kepelbagaian tahap penguasaan murid-murid menyukarkan guru untuk fokus kepada sesuatu topik.

iv)                   Susun atur kedudukan murid  tidak begitu kondusif.


            Disediakan oleh,                                                                                     Disemak oleh :
                                                                               

            ...............t.t.............................                                                                     …………t.t…………………
            (LAILATUL MUNIRAH BINTI ABDUL HAMID)                                       (MAROZITA BINTI MIOR MOHD YUSOP)
            Setiausaha Jawatankuasa UPSR,                                                                Penyelaras Jawatankuasa UPSR
                                                                                                                                 SK Gong Pasir
                                                               
             Disahkan oleh :



            ………………t.t………………………..
           (AHMAD BIN MOHD ALI)
           Guru Besar

           SK Gong Pasir.







1.    NAMA PROGRAM                                  RILEKS MINDA TAHUN 6
  
2.    TARIKH PERLAKSANAAN                    : 30HB. OGOS 2016

3.    TEMPAT PROGRAM DILAKSANAKAN: TAMAN TASIK SURA HUJUNG, DUNGUN

4.     MASA                                                     : 10 PAGI – 1.30 PTG

5.     UNIT                                                       : KURIKULUM

6.     PANITIA / UNIT / KELAB                      : PEPERIKSAAN


7.     OBJEKTIF                                            
1. Memberi peluang kepada murid untuk belajar dipersekitaran yang berbeza iaitu di luar 
    bilik darjah..
2. Menghilangkan rasa stress dan bagi menenangkan minda pelajar sebelum menghadapi
    peperiksaan upsr.


8.     LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN PROGRAM  :

Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dengan ucapan pembukaan oleh Penyelaras UPSR, Pn. Marozita. Semua guru tahun 6 terlibat dalam menjayakan program berkenaan.  Seramai 74 orang murid tahun 6 yang hadir memeriahkan lagi program tersebut. Program rileks minda di mulakan dengan aktiviti berkelah secara santai sambil menikmati jamuan makan yang dibawa sendiri oleh mereka dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 @ 5 orang murid. Selepas menikmati jamuan makan, murid-murid juga dilibatkan dengan aktiviti belajar secara kumpulan kecil yang diketui oleh cikgu Noraini. Aktiviti belajar yang diadakan adalah berfokuskan kepada 4 subjek utama UPSR. Semua murid melibatkan diri secara aktif terhadap aktiviti yang dijalankan. Setelah selesai aktiviti belajar dalam kumpulan kecil, murid-murid diberi peluang untuk bermain bagi menghilangkan rasa stress sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Hasil daripada program relaks minda ini, didapati semua murid merasa seronok dan berpuas hati kerana mereka rasa lebih tenang dan santai. Diakhir program ini. Tuan Guru Besar memberi sedikit ucapan kepada murid-murid sebagai majlis penutup . Program berakhir pada jam 1.30 petang.











9.    PENCAPAIAN  :  Program Rileks Minda Tahun 6 ini disaksikan oleh semua guru tahun  6
                              yang hadir. Program berakhir pada jam 1.30 petang. Program  
                                       tersebut berakhir dengan sempurna dan berjalan dengan lancar
                           seperti yang dirancangkan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

10.  CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM:
1)    Di masa akan datang agar program ini bermula lebih dari waktu yang dirancangkan seperti bermula pada pukul 8 pagi. Laksanakan program ini sama seperti mengikut masa PdP di sekolah.
2)    Perbanyakkan aktiviti yang menarik dan tidak hanya berfokus pada aktiviti belajar dalam kumpulan kecil secara setempat. Perlukan aktiviti yang memerlukan pergerakkan seperti aktiviti explorace.
3)    Slot motivasi juga perlu diselitkan dalam program ini bagi memberi kesedaran dan semangat kepada murid.
___________________________________________________________________



Disediakan oleh  :                                                         



………………………..                                                       

(ROAZMI BIN MOHAMAD)                                                          
Setiausaha UPSR,
SK.Gong Pasir

TARIKH: 1 Sep. 2016                                                    


No comments:

Post a Comment