PENGUMUMAN

PERTANDINGAN KAWAD KAKI TKRS PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2017

LAPORAN PERJALANAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI TKRS 2017

Program                :        Pertandingan Kawad Kaki TKRS Peringkat Daerah
Unit                         :          Ko Kurikulum - Badan Beruniform TKRS    
Tarikh Pelaksanaan         :          23 Oktober 2017
Tempat                      :          SK Kompleks Rantau Abang, Dungun Terengganu


1.    OBJEKTIF

Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dalam aktiviti kawad kaki. Penyertaan murid            dalam pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi pededahan dan pengalaman berkaitan satu cabang ilmu dalam unit uniform iaitu kawad kaki yang berupaya mewujudkan disiplin yang baik dikalangan ahli unit beruniform. Selain itu ia juga dapat mewujudkan semangat kerjasama dan tolak ansur di antara ahli kumpulan

2.    KUMPULAN SASARAN

16 orang lelaki badan beruniform TKRS dari Tahun 6 Majah dan 6 Khaldun

3.    AGENDA / AKTIVITI KAWAD KAKI

1.      Latihan kawad kaki bermula akhir September 2017 yang diadakan setiap hari pada waktu pagi selama 2 jam
2.      Latihan diteruskan pada waktu cuti persekolahan di buan Oktober selama seminggu dengan diawasi oleh guru unit uniform TKRS

3.      Latihan kawad kaki dikendalikan oleh En Rezuan bin Alias, seorang pesara tentera yang secara sukarela mengajar kemahiran asas dalam kawad kaki.
4.      Persiapan terakhir seperti pakaian dan keperluan lain diselesaikan oleh Pn Nor Afisah dan Pn Marozita


  LAPORAN PERLAKSANAAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Semua murid berkumpul di sekolah pada pagi Isnin 23 Oktober 2017 untuk memastikan semua kelengkapan dan syarat yang dikenakan dipatuhi. Sedikit taklimat atau kata-kata perangsang dari Tuan Guru Besar diberikan kepada peserta  bertujuan untuk menaikkan semangat dan keyakinan peserta







Tiga orang guru pengiring telah membawa peserta ini ke SK Komplek Rantau Abang iaitu En Mohd Azhar,Pn Nor Afisah dan Pn Rosnani pada pukul 9.30 pagi. Tiba di sekolah berkenaan hampir pukul 10.00 pagi di mana ramai peserta telah hadir. Guru pembimbing telah mendaftarkan SKGP sebagai salah satu sekolah yang akan menyetai pertandingan








Sebanyak  25 buah sekolah seluruh Dungun menyertai pertandingan pada hari berkenaan. Walaupun  wakil SKGP tidak memenangi pertandingan ini, namun semangat yang ditunjukkan untuk menyertai sangatlah wajar dicontohi. Ini adalah pengalaman pertama para peserta dan diharapkan ianya merupakan pengalaman yang amat berharga buat setiap peserta.


Disediakan oleh                                            Disemak oleh

      (Rosnani Hassain)                                          ( Abu Seman b Mat Salleh)
      BENDAHARI TKRS                                       PK KOKURIKULUM
       SK Gong Pasir Dungun                                      SK Gong Pasir Dungun



Disahkan oleh
…………………………………….
(Ahmad b Mohd Ali)
Guru Besar
SK Gong Pasir Dungun

1 comment: