PENGUMUMAN

Mesyuarat UPSR 1/ 2013

Jawatankuasa UPSR

Jawatankuasa mesyuarat UPSR diadakan Bilik Mesyuarat SKGP. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Puan Guru Besar sendiri. Penyelaras UPSR iaitu Puan Marozita membentangkan aktiviti atau program UPSR sepanjang 2013. Diharap pada tahun ini, pencapaian UPSR meningkat berbanding sebelum ini.

Mesyuarat Mingguan SKGP

Guru menghadiri mesyuarat
Seperti biasa setiap minggu, mesyuarat mingguan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SKGP. Mesyuarat mingguan dipengerusikan oleh Puan  Nik Hamidah, Guru Besar SKGP. Intipati utama yang disampaikan  Puan Guru Besar berkenaan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2013. Majlis berkenaan diadakan pada 21 Januari 2013 pada pukul 2.00 petang. 
Taklimat seterusnya disampaikan oleh Hjh. Faridah Che Ngah, Penolong Kanan HEM. Beliau meminta kerjasama kepada guru kelas supaya menyiapkan buku kedatangan pelajar selengkapnya.

Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin 1/2013

Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin
Bertempat di Bilik Mesyuat Kecil SKGP Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pn. Hjh. faridah Che Ngah selaku Penolong Kanan HEM. Fokus utama mesyuarat berkenaan berkisarkan berkenaan masalah disiplin pelajar dan program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013. Diharap pada tahun 2013 masalah disiplin dikalangan pelajar adalah sifar.

Takwin Permainan dan Ko-Akademik Zon Sura 2013

Bertempat di Bilik Mesyuarat SK Balai Besar, mesyuarat penyelarasan permainan dan ko-akademik diadakan. Mesyuarat dihadari oleh Guru Besar, PK Ko-kurikulum dan Setiausaha Sukan setiap sekolah yang berada di Zon Sura. Hasil mesyuarat penyelarasan tarikh adalah seperti berikut;
Takwim Pertandingan Permainan &
Ko-Akademik Zon Sura 2013.

Perhimpunan pagi 14 Januari 2013.

Hazanizam Hassim

Seperti kebiasaan hari perhimpunan pagi diadakan di dataran perhimpunan SK Gong Pasir. Beberapa maklumat disampaikan oleh guru kepada pelajar iaitu berkenaan perjumpaan badan uniform dan ! Murid 1 Sukan yang akan diadakan pada 15 Januari 2013 pukul 1.30 tengahari. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, encik Hazanizam Hassim.
Pn. Aini Mat Zain

Maklumat kedua disampaikan oleh pn. Aini Mat Zain berkenaan baju pendidikan jasmani iaitu saiz baju yang terdapat di kedai sekolah hanya saiz 34 dan 36 sahaja. 

Selamat Datang

Nor Syafiqah Syazwani Nordin

Hari ini seorang guru ganti melaporkan diri di SKGong Pasir. Selamat datang diucapkan kepada cikgu Nor Syafiqah Syazwani binti Nordin yang mengantikan cikgu Nuawati Mohamad yang sedang bersalin sekarang ini.

   Minggu ketiga persekolahan bagi sesi 2013, perhimpunan telah diadakan. Laporan daripada guru bertugas, iaitu cikgu Abdul Halim beliau menekan berkenaan cara pemakaian sekolah iaitu kedudukan lencana , tanda nama dan juga susun atur basikal. Pelajar seharusnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

En. Johar Jusoh
  
 Ucap utama daripada Penolong Kanan Pentabiran iaitu cikgu Johar Jusoh, dalam ucapan beliau, memberi penekanan kepada pengurusan masa oleh pelajar. Pelajar seharusnya mematuhi masa yang telah ditatapkan supaya tidak lewat setiap aktiviti yang dijalankan. Pelajar harus mematuhi waktu pulang sekolah seperti berikut;


WAKTU PULANG PELAJAR

HARI
TAHUN
WAKTU PULANG
Ahad
1 – 6
1.15 tengahari
Isnin
1 dan 3 sahaja
2, 4,5,6
12.45 tengahari
1 15 tengahari
Selasa
2 sahaja
1,3,4,5,6
12. 45 tengahari
1.15 tengahari
Rabu
1 – 6
1.15 tengahari
Khamis
1 – 6
1.15 tengahari






Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tim. Perdana Menteri &
Merangkap Menteri Pelajaran

Putrajaya,11 Jan : Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini. 

Inisiatif pertama ialah memperkenalkan Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program Jurulatih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus di Kedah dan Sabah.

Ia sebahagian usaha membimbing guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutama di sekolah yang berada dalam Band Lima, Enam dan Tujuh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI menerusi Cambridge Placement Test (CPT) dan kemudian guru dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian .
 

Bagi guru yang tidak mencapai tahap kemahiran ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini, kementerian bercadang melatih 5,000 guru BI, ketika menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini, semalam.
 

Muhyiddin berkata, inisiatif
  PPPM lain dalam Gelombang Pertama 2013, seperti meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid diteruskan. 

Latihan HOTS membabitkan 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dilaksanakan dengan harapan menjelang akhir Gelombang Pertama, kira-kira 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah berasakan pemikiran aras tinggi.
 

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memperlihat kejayaan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), lapan keberhasilan perlu dicapai menjelang akhir tahun ini, termasuk 100 peratus literasi bahasa Malaysia.
 

Katanya, keberhasilan lain ialah numerasi Tahun Tiga serta peningkatan ketara literasi bahasa Inggeris (BI).
 

Ini termasuk memastikan 100 peratus guru opsyen BI lulus satu tahap penguasaan lebih tinggi dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT) serta 50 peratus pengurangan sekolah Band enam dan tujuh di Kedah dan Sabah.

Sumber : Berita Harian

Majlis Bacaan Yasin

Seperti mana yang tahun sudah, setiap hari khamis setiap minggu majlis bacaan yasin akan di adakan di dewan SK Gong Pasir. Semua pelajar dan guru terlibat dalam majlis tersebut. Majlis tersebut diketuai oleh Ustaz Cku Suhaimi Che Ku Abd. Rahman. Diharap majlis sebegini diteruskan dan mendapat keberkatan daripadaNya. Amin....

Pelajar mengaminkan bacaan doa
Sebahaian guru yang terlibat dalam
bacaan yasin


Perjumpaan Pertama Persatuan dan Kelab

Perjumpaan kali pertama bagi Persatuan dan Kelab diadakan pada hari ini. Sebanyak 9 Persatuan dan Kelab yang terlibat dalam perjumpaan kali pertama ini. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada guru dan pelajar SK Gong Pasir amat dihargai.
perlantikan jawatankuasa
Penerangan guru penasihat



SELAMAT DATANG