PENGUMUMAN

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PRASEKOLAH DAERAH DAN KEJ B&P SKGP KE 6

LAPORAN PRASEKOLAH
KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH DAN PERINGKAT SEKOLAH

NAMA PROGRAM
Kejohanan mini olahraga prasekolah Sk Gong Pasir Dungun peringkat daerah Dungun dan sekolah. 

PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
3 - 4 & 10 - 11 Oktober 2017

TEMPAT
Padang SMK. Sultan Omar Dungun & Padang Sk Gong Pasir , Dungun

MASA
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari


PENGENALAN

Kejohanan mini olahraga ini, disertai oleh semua murid prasekolah. Program ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi jasmani , emosi,rohani,intelek dan sosial.

OBJEKTIF

v  Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.
v  Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan
v  Membina insan yang aktif,kreatif dan inovatif
v  Meningkatkan disiplin dalam diri murid
v  Membina semangat kesukanan.

KUMPULAN SASARAN
Murid prasekolah KPM


LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN PROGRAM

Program kejohanan mini olahraga peringkat daerah Dungun telah berlangsung di Padang SMK Sultan Omar Dungun pada 03.10.2017 dan 04.10.2017. Manakala pada 10.10.2017 dan 11.10.2017 sekali lagi menampilkan penglibatan murid prasekolah dalam kejohanan olahraga diperingkat sekolah. 


Di awal pagi semua guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan murid berkumpul di khemah sekolah masing – masing. Sepanjang proses kejohanan olahraga ini berlangsung, penglibatan semua murid prasekolah berjalan dengan lancar dan disiplin murid dapat dikawal dengan sempurna. Sebelum memulakan acara murid -murid membuat aktiviti “warming up” dengan berlari setempat agar dapat menegangkan otot-otot. Dengan kehebatan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid prasekolah SK Gong Pasir di peringkat daerah kita telah berjaya mara ke peringkat akhir bagi acara 4 X 50meter (L) Kumpulan A dan B,100meter (L) dan 80meter lari berhalang (P).







Di Akhir kejohanan mini olahraga, semua guru, pembantu pengurusan murid dan murid berkumpul untuk perbarisan mengikut sekolah masing – masing. Program ini, dapat memberi peluang kepada murid prasekolah untuk menunjuk dan menonjolkan bakat dalam bidang keolahragawan . Secara tidak langsung dapat meningkatkan juga perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka.


Melalui program kejohanan mini olahraga ini, ia dapat menyuntik semangat kesukanan serta keyakinan kanak -kanak pada masa kini untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.









Disediakan oleh                                                      Disemak oleh

………………………………                                             ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff                                 Encik Abu Seman b. Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah                                          PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun                                        SK Gong Pasir, Dungun
Terengganu                                                             Terengganu




Disahkan oleh


……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir, Dungun
Terengganu

No comments:

Post a Comment