PENGUMUMAN

LATIHAN KEBAKARAN SKGP 2017

Tarikh             : 26 September 2017
Hari                : Selasa
Masa              : 11.15 Pagi – 12.15 Tengah hari
Tempat           : Padang SK. Gong Pasir

Matlamat   :

1.    Memberi pendedahan kepada murid tentang cara-cara menghadapi kebakaran di sekolah.
2.    Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan berlaku di sekolah.
3.    Menjalinkan hubungan yang erat dan bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Objektif :

1.    Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang kaedah menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran kecemasan.
2.    Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran.
3.    Murid berupaya menjalani latihan menyelamatkan diri dengan penuh disiplin.

Kumpulan Sasaran  :
Murid-murid              : 600 Orang
Guru-guru                 : 40 Orang
Staff Sokongan        : 5 Orang

Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran

Pada pukul 11.15 pagi loceng kecemasan telah dibunyikan. Semua murid dan guru bergegas menuju ke padang. Semua guru kelas memastikan bilangan muridnya cukup mengikut buku kedatangan pelajar pada hari tersebut. Guru bertugas akan memastikan tiada murid yang berada di kelas dan bilik-bilik khas.








Seterusnya Guru Besar telah menyampaikan beberapa panduan tentang langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kebakaran sama ada di sekolah atau di rumah. Antaranya ialah apabila terdapat tanda-tanda kebakaran sama ada api atau asap, murid-murid mesti keluar daripada bangunan ke kawasan lapang atau yang lebih selamat. Beliau juga berpesan apabila baju terkena api kita janganlah berlari kerana ia akan bertambah banyak oksigen yang menyebabkan api akan bertambah marak. Kita hendaklah rendahkan badan dan bergolek untuk mengurangkan oksigen dan api akan berkurang.





Penutup


Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid dalam menghadapi kecemasan atau kebakaran. Seterusnya diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh,


………………………
(SUZANA BINTI ARIFIN)
Setiausaha Jawatankuasa 3K
SK. Gong Pasir.



Disemak oleh,


………………………….
(ABDUL JABAR BIN HABIB MOHAMAD)
GPK Hal Ehwal Murid
SK. Gong Pasir





Disahkan oleh,


……………………..                                        
(AHMAD BIN MOHD ALI)
Guru Besar,
SK. Gong Pasir

No comments:

Post a Comment