PENGUMUMAN

PRA SEKOLAH


LAPORAN MAJLIS PERSARAAN GURU SK GONG PASIR

NAMA PROGRAM
Majlis persaraan guru Sk Gong Pasir – Pn Fauzah binti Mohd Nor

PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
25 Mei 2017

TEMPAT
Dewan Iltizam Sk Gong Pasir

MASA
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari

PENGENALAN

            Majlis persaraan Pn. Fauzah binti Mohd Nor diadakan di Dewan Iltizam SK Gong Pasir. Majlis ini merupakan salah satu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Selain itu dapat memupuk budaya penyayang dikalangan murid prasekolah dan warga SKGP.

OBJEKTIF

v Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang
v Mengeratkan hubungan ukhuwah di antara murid prasekolah dan  warga SKGP.
v Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai
v Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi semua warga SKGP.

KUMPULAN SASARAN
Warga prasekolah SK Gong Pasir


LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Program ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Sambutan hari persaraan ini melibatkan 2 orang murid perempuan prasekolah yang mana  gabungan 2  kelas Pra Ar Raudhah dan Al Kautsar. Penglibatan murid prasekolah bagi program besar di SK Gong Pasir memberi penghargaan kepada murid prasekolah untuk melaksanakan  majlis dengan penuh ceria dan meriah.









Majlis ini disambut dengan penuh meriah sekali. Program ini dapat memberi peluang kepada murid prasekolah berinteraksi dengan warga guru di aliran perdana dan guru besar . Secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Ini juga dapat memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat dihargai dan menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.


Secara keseluruhannya , program ini berjalan dengan lancar. Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.





Disediakan oleh                                                      Disemak oleh
………………………………                                             ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff                                 Encik Abu Seman b. Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah                                          PK. KO Kurikulum
SK Gong Pasir , Dungun                                       SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu                                                             Terengganu




Disahkan oleh

……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir , Dungun

Terengganu


LAPORAN PRASEKOLAH PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR JANUARI – MEI 2017

NAMA PROGRAM
Prasekolah  Penyayang Sambutan Hari Lahir Januari – Mei 2017

PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
05 April 2017

TEMPAT
Marrybrown , Dungun

MASA
10.00 Pagi – 12.30 Tengahari

PENGENALAN

            Sambutan Hari Lahir murid –murid prasekolah SK Gong Pasir , merupakan salah satu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran untuk memupuk budaya penyayang dikalangan warga prasekolah SKGP.

OBJEKTIF

v Menghargai dan menjaga kebajikan kanak – kanak prasekolah SKGP
v Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang
v Mengeratkan hubungan ukhuwah sesama murid dengan guru dan PPM
v Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai
v Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi semua warga SKGP.

KUMPULAN SASARAN
Warga prasekolah SK Gong Pasir



LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Majlis sambutan Hari Lahir berlangsung dengan penuh kegembiraan dan meriahnya yang mana majlis ini pertama kali diadakan luar kelas prasekolah di Marrybrown Dungun. Pengangkutan mini bas sekolah di sediakan untuk murid prasekolah ke Marrybrown Dungun. Sambutan ini merupakan gabungan 2 buah kelas prasekolah SK Gong Pasir. Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah memberi penghargaan kepada murid prasekolah dalam suasana majlis yang penuh ceria dan meriah.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan memotong kek hari lahir. Murid prasekolah dijamu dengan makanan dan minuman yang dibekalkan oleh pihak Marrybrown. Pihak Marrybrown juga ada menyediakan sedikit hadiah untuk semua murid prasekolah Sk Gong Pasir.

Majlis ini disambut dengan meriah sekali, sambil diiringi CHIPMUNK Marrybrown menari bersama – sama murid prasekolah. Program ini dapat memberi peluang kepada murid prasekolah berinteraksi dengan orang luar. Secara tidak langsung meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Ini dapat memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat dihargai dan menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.

Secara keseluruhannya , program ini dapat menjadi satu titik tolak ke arah mengeratkan hubungan guru dengan murid dan PPM. Program ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
















Disediakan oleh                                                      Disemak oleh
………………………………                                             ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff                                 Encik Abu Seman b. Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah                                          PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir , Dungun                                       SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu                                                             Terengganu




Disahkan oleh

……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir , Dungun




LAPORAN SESI PENGGAMBARAN KONVOKESYEN                 PRASEKOLAH 2016

NAMA PROGRAM
Sesi Penggambaran Hari Konvokesyen Prasekolah 2016

PANITIA/UNIT/ KELAS
 Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
19 September 2016

TEMPAT
Perkarangan Prasekolah

MASA
9.00 pagi – 10.30 Pagi

OBJEKTIF

Ø  Sebagai penghargaan kepada semua murid prasekolah terutamanya bagi murid 6 tahun
Ø  Sebagai kenangan kepada murid-murid prasekolah.

KUMPULAN SASARAN/ BILANGAN PESERTA
Semua murid prasekolah


LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Sesi penggambaran Konvokesyen Prasekolah merupakan rutin tahunan prasekolah SKGP. Ianya dijalankan sekali setahun bagi memberi penghargaan kepada murid serta mengabadikan gambar mereka sebagai kenang-kenangan.
          Pada tahun ini pihak prasekolah telah memilih Sakura Foto Dungun bagi menjalani penggambaran ini. Ianya berlangsung pada19.9.2016 di perkarangan prasekolah yang melibatkan 2 buah kelas iaitu Kelas Ar Raudhah dan Al Kautsar. 







          Penggambaran dimulakan dengan gambar perseorangan lengkap berjubah konvokesyen di ruang makan prasekolah. Setelah itu, gambar beramai-ramai di luar perkarangan Prasekolah bersama-sama guru dan PPM.
          Sesi penggambaran ini tamat pada jam 10.30pagi dengan jayanya.




Disediakan oleh :   

                                                 
Puan Suhana bt Chik                                                       
Setiausaha Prasekolah                                              





LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 2016

NAMA PROGRAM
Sambutan Hari Kemerdekaan 2016

PANITIA/UNIT/ KELAS
 Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
 20 September 2016

TEMPAT
Dewan Iltizam, SKGP

MASA
11.00 pagi - 12.30 Tgh

OBJEKTIF

Ø  Menyemai semangat 1 MALAYSIA
Ø  Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada Negara
Ø  Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara
Ø  Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
Ø  Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin

KUMPULAN SASARAN/ BILANGAN PESERTA
Semua murid prasekolah



LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Sambutan Penutup  Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dewan Iltizam SKGP denagn dimulai bacaan doa oleh Ustaz Che KU Suhaimi bin Che Ku Abdul Rahman dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Encik Ahmad bin Mohd Ali, Guru Besar SKGP seterusnya merasmikan penutupan Bulan Kemerdekaan.








Majlis diserikan dengan pertunjukan pakaian beragam oleh murid-murid prasekolah SKGP. Seramai 8 orang murid yang mengambil bahagian dalam pertunjukan ini.  Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid prasekolah yang mengambil bahagian dalam peraduan mewarna sempena Hari Kemerdekaan dan pertunjukan Pakaian Beragam.

Diharap semoga sambutan ini memberi kesan yang mendalam dalam diri murid-murid prasekolah dalam mencapai objektif sambutan ini.

JAWATANKUASA

Pengerusi                      : Encik Ahmad bin Mohd Ali
Naib pengerusi  1             : Encik Abu Seman bin Mat Salleh 
Penyelaras                     : Puan Norhayati bt Alias @ Anuar
Setiausaha                    : Puan Suhana bt Chik
Bendahari                    : Puan  Suhana bt Chik
Hakim                 : Puan Zahrah bt Mamat
                           : Puan Hanim bt Ngah Baharudin
Kawalan & Keselamatan     : Puan Norlida bt Draman
                                   : Puan Norul Ain bt Muhammad

DAPATAN
Kekuatan
Ø  Murid dapat membina semangat 1 MALAYSIA
Ø  Keseluruhannya objektif  tercapai


Disediakan oleh :                                           
                                   

Puan Suhana bt Chik                                            
Setiausaha Prasekolah,                                           
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu                    



Disahkan oleh :
…………………………….
Encik Ahmad bin Mohd Ali
Guru Besar,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu                            




LAPORAN RAWATAN PERGIGIAN PRASEKOLAH 2016


NAMA PROGRAM
Rawatan Pergigian Prasekolah 2016

PANITIA/UNIT/ KELAS
 Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
 08 Ogos 2016

TEMPAT
Perkarangan Prasekolah & Bilik Rawatan SKGP

MASA
9.00 pagi - 10.30 Pagi

OBJEKTIF

Ø  Memberi kesedaran tentang kepentingan mempunyai gigi yang sihat dalam kehidupan seharian dan amalan menjaga kebersihan
Ø  Mempelajari teknik menggosok gigi yang betul


KUMPULAN SASARAN/ BILANGAN PESERTA
Semua murid prasekolah

LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Rawatan Pergigian telah dilaksanakan oleh Klinik Pergigian Daerah Dungun kepada semua murid Prasekolah SK Gong Pasir. Murid-murid telah diberi taklimat cara menggosok gigi yang betul oleh pihak klinik sebelum murid menggosok gigi. Setelah menggosok gigi murid dibawa ke bilik rawatan untuk pemeriksaan gigi.









Rawatan ini merupakan program tahunan bagi murid-murid prasekolah. Diharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.



Disediakan oleh :                                                       Disemak oleh                                                      
…………………………..                                                           ……………………………

Puan Suhana bt Chik                                                     Encik Abu Seman bin Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah,                                                PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu                        SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu



Disahkan oleh :
…………………………….
Encik Ahmad bin Mohd Ali
Guru Besar,

SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu                            





LAPORAN PROGRAM PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA           MURID-MURID PRASEKOLAH SKGP 2016


NAMA PROGRAM
Program Perkembangan Kreativiti & Estetika murid-murid
prasekolah 2016

PANITIA/UNIT/ KELAS
 Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
 03 Ogos 2016

TEMPAT
Taman Reakreasi Teluk Gadung, Dungun, Trg

MASA
8.00 pagi - 12.30 Tengahari

OBJEKTIF

Ø  Mendidik murid menghargai alam sekitar
Ø  Dapat meningkatkan kemahiran motor halus murid.
Ø  Membuka minda murid melalui pembelajaran di luar bilik darjah.
Ø  Membentuk kemahiran memilih warna yang sesuai dengan gambar yang diberi.
Ø  Mengasah dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna
Ø  Membina minda yang cergas dan cerdas.
Ø  Mengembangkan kreativiti dan potensi murid melalui aktiviti membuat sandwich
Ø  Memupuk semangat bekerjasama antara murid.     

KUMPULAN SASARAN/ BILANGAN PESERTA

Murid prasekolah seramai 48 orang




LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Program ini melibatkan 4 orang guru iaitu dan 2 orang PPM dilaksanakan dengan beberapa aktiviti iaitu Pertandingan membuat sandwich dan Pertandingan Mewarna.  Pertandingan membuat sandwich dijalankan secara berkumpulan dan 5 pemenang yang dipilih mengikut kriteria pemarkahan iaitu persembahan makanan, kebersihan dan keselamatan makanan, Kerjasama kumpulan dan Kreativiti dan Inovasi. Manakala bagi Pertandingan Mewarna seramai 10 pemenang telah dipilih mengikut kemahiran murid dalam memilih warna yang sesuai dengan gambar yang diberi.







 Program tamat pada pukul 12.30 tengahari dan hadiah disampaikan oleh Encik Abu Seman bin Mat Salleh selaku PK Kokurikulum SK Gong Pasir. Diharap semoga informasi yang diberikan sepanjang program berlangsung dapat diterapkan oleh para peserta didalam kehidupan seharian.




JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi                                :           Encik Ahmad bin Mohd Ali ( Guru Besar ) 
Naib pengerusi  1                    :           Encik Abu Seman bin Mat Salleh ( PK KOKO )
Penyelaras                               :           Puan Norhayati bt Alias @ Anuar
Setiausaha                               :           Puan Suhana bt Chik
Bendahari                               :            Puan  Suhana bt Chik
Hakim                                 :           Puan Zahrah bt Mamat
                                                       :          Puan Hanim bt Ngah Baharudin
Kawalan dan Keselamatan   :          Puan Norlida bt Draman
                                                       :          Puan Norul Ain bt Muhammad

DAPATAN
Kekuatan
Ø  Murid dapat menimba pengalaman dan merasa belajar di luar bilik darjah
Ø  Murid dapat membina semangat kerjasama dalam kumpulan
Ø  Keseluruhannya objektif program tercapai

Kelemahan
Ø  Beberapa orang murid kurang fokus pada aktiviti yang dijalankan.


Disediakan oleh :                                                         
………….………………                                           
Puan Suhana bt Chik                                                   
Setiausaha Prasekolah,                                                 
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu                          


Disemak oleh :
...............................................
Encik Abu Seman bin Mat Salleh
PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu

Disahkan oleh :
…………………………….
Encik Ahmad bin Mohd Ali
Guru Besar,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu                            

No comments:

Post a Comment