PENGUMUMAN

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H

Panitia Pendidikan Islam SK Gong Pasir telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Pasir. Program berkenaan dijalankan selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti :- Bacaan Juzu' 'Amma, - Tadarus Al-Quran,- Bacaan Hadis, - Majlis Khatam Al-Quran, - Pertandingaan Mewarna Tahap 1 dan - Melukis Poster Tahap 2.
    Syabas dan semoga mendapat banjran semua yang telah menjayakan program untuk Ramadhan kali ini.


Banner Program Ihya Ramadhan 1435H

Sekian lama tidak mengupdate blog SK Gong Pasir, Alhamdulillah kali ini admin meluangkan sedikit masa untuk mengupdate segala aktiviti yang telah tertinggal jauh untuk dipaparkan dalam blog ini. Semoga Allah panjangkan lagi usia kita dalam mentaatiNya dan dalam kita menunaikan ibadat kepada Dia. Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam seluruh alam akan menyambut ketibaan Bulan Yang Paling Istimewa iaitu Bulan Ramadhan... kali ini Ramadhan datang seperti yang telah dijanjikan Allah kepada semua umat Islam. Alhamdulillah.. Marhaban Ya Ramadhan Kareemm....... hadhirmu dinanti..Semoga dengan hadirnya Ramadhan kali ini akan lebih menambahkan keimanan kita dengan Allah..