PENGUMUMAN

PIBG

Program        : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-7, 2017
Unit                 : Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM)
Tarikh Pelaksanaan : 3hb.Mac 2017 (JUMAAT)
Tempat           :             DEWAN  ILTIZAM, SKGP
Masa               :             8.00 PAGI   
Objektif:
  1. Merapatkan jurang antara ibu bapa dengan guru
  2. Melibatkan ibu bapa secara dalam program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
  3. Membantu menggemilangkan ke arah pencapaian matlamat dan objektif perancangan strategik sekolah, khususnya dalam bidang:
a.       Pendidikan
b.      Kokurikulum
c.       Disiplin
d.      Bina insan /moral
e.       Keceriaan sekolah dan
f.       Keselamatan sekolah
Kumpulan sasaran : Semua Warga dan Ibu Bapa SKGP

Laporan Pelaksanaan Aktiviti :
Mesyuarat Agung  PIBG kali ke-7, berjalan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan.  Seawal jam 7.50 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di  Dewan Iltizam.  Seramai 170 orang ibu bapa telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

Ketibaan YB  Hj. Roslee bin Daud diiringi oleh Guru Besar iaitu En. Ahmad Bin Mohd Ali serta barisan-barisan GPK dan jawatankuasa PIBG sekitar jam 9.15 pagi..
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azhar bin Ibrahim.  Kemudian, majlis di serikan lagi dengan bacaan  ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Mohamad Ikhwan bin Rosli.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP- PIBG, Tn. Hj. Ahmad Zailani Bin Yaacob.   Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar SK.Gong Pasir,  En. Ahmad Bin Mohd Ali selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh  YB Hj. Roslee bin Daud,     Pengerusi Jawatankuasa  Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu.  Kemudian majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah dan diikuti penyampaian cenderahati.
Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG SK. Gong Pasir kali ke7.  YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas, diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kewangan.

Berikutnya, YDP membubarkan AJK PIBG 2016 dan seterusnya melantik Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG 2017. Setelah pemilihan dibuat, AJK yang baru dipilih mengambil tempat di hadapan untuk sesi membentang dan membahaskan usul. Akhir sekali, selepas agenda hal-hal lain, ucapan penangguhan telah dibuat oleh YDP. Majlis ditangguhkan pada jam 12:20 tengahari.



























Disediakan oleh;


…………………………………..
    ( Normala bt. Ali )
Guru Media, SK Gong Pasir.



Disemak oleh ;


……………………………………
( Abdul Jabbar bin Habib Mohamad )
         Penolong Kanan HEM
              SK Gong Pasir.



Disahkan :


………………………………………
         ( Ahmad bin Mohd Ali )
                  Guru Besar
               SK Gong Pasir

No comments:

Post a Comment