PENGUMUMAN

KARNIVAL P & B BAWAH 11 MSSD 2017

LAPORAN KARNIVAL BALAPAN DAN PADANG BAWAH 11 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2017
1.    NAMA PROGRAM
Karnival Balapan dan Padang Bawah 11 MSS Dungun 2017
2.    UNIT
Unit Kokurikulum

3.    TARIKH PELAKSANAAN
23 hingga 24 Oktober 2017 ( Isnin hingga Selasa )

4.    TEMPAT
Trek Balapan dan Padang SMK Sultan Omar, Dungun.

5.    MASA
8.00 pagi hingga 6.00 petang

6.    OBJEKTIF
                      i.        Memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum dalam program pembangunan sukan balapan dan padang.
                     ii.        Melahirkan murid-murid yang aktif dan berpotensi akan mewakili daerah ke peringkat negeri.
                    iii.        Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk berjaya dengan lebih cemerlang.

                   iv.        Mengukuhkan pergaulan dan perhubungan di kalangan murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi.

1.    BILANGAN PESERTA - 14 ATHLETE
         –  7 Lelaki
                        7 Perempuan

1.    KEPUTUSAN
1.1         Pasukan sekolah telah Berjaya mendapat 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa.
1.2         Pungutan pingat mengikut individu.

BIL
NAMA PESERTA
ACARA
KEPUTUSAN
1.
Adam Zuhairee bin Zamanee
Lompat Jauh L 11
(Jarak 4.10 meter)

Emas
2.
Muhammad Nur Irfan bin Zainuddin
4000 Meter L 11
( Catatan masa 17:24.25s )

Emas
3.
Tengku Muhammad Fikri Amsyar bin Tengku Md. Zulfadli
100 Meter L 11

Gangsa


















1.    PENUTUP
Secara keseluruhannya, pasukan SK Gong Pasir  yang telah mengambil bahagian dalam karnival Balapan dan Padang Bawah 11 ini telah mendapat sokongan daripada semua pihak dan pemilihan dibuat berdasarkan kejohanan balapan dan Padang Peringkat Sekolah kali ke-6 yang telah berlangsung pada 10 hingga 11 Oktober 2017. Dua orang peserta SK. Gong Pasir telah terpilih mewakili Daerah Dungun bagi Program Pembangunan Sukan Balapan dan Padang yang telah berlangsung di Sekolah Sukan Bukit Nenas di Setiu pada 26 dan 27 Oktober 2017. Sekali lagi Adam Zuhairee memenangi pingat perak dalam acara lompat jauh. Segala kelemahan akan diperbaiki pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Semoga kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua warga sekolah dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya demi kecemerlangan sukan di SK Gong Pasir.

Disediakan oleh,                                                                Disahkan oleh,

……………………………                                                    …………………………..
(SUZANA BINTI ARIFIN )                                         (AHMAD BIN MOHD ALI)
Setiausaha Sukan,                                                             Guru Besar,
SK. Gong Pasir.                                                                    SK. Gong Pasir.



No comments:

Post a Comment