PENGUMUMAN

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

TARIKH        :  10 JANUARI 2016
HARI              : Ahad 
TEMPAT          : dEWAN ILTIHAM DAN SEKITAR KG GONG PASIR

OBJEKTIF
  1. Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan mulia dalam menyebarkan agama Islam.
  2. Murid dapat menghayati  dan mengetahui perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
  3. Murid dapat mengamalkan keperibadian Rasulullah SAW.
  4. Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.

SK Gong Pasir telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Ahad yang lepas. Sambutan ini merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW,  perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga kepada baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia “ ( Al-Qalam ayat 4 ).Pelaksanaan ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.
           Majlis ini telah diadakan bermula pada jam 7.30 pagi dan  berakhir pada jam 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Bacaan Yasin, Selawat ke atas Rasul, Perarakan Mengikut Rumah Sukan dan Ceramah Maulidur Rasul dan juga kuiz spontan yang disampaikan oleh Ustaz Othman b. Che Yusoff. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Tahniah...

SUASANA SEKITAR SAMBUTAN



Gambar Seterusnya:Klik

Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini 14.01.2016 ( Khamis ) untuk semua murid termasuk Pra sekolah. Sebelum bermula acara merentas desa,semua warga SK Gong Pasir memanaskan badan dengan bersenamrobik yang diketuai oleh Pn. Syarifah Aida Suzila.










 Tahniah dan Syabas kepada semua murid yang berjaya, badan sihat otak cergas.

Gambar seterusnya; sila Klik


Sekitar Majlis Penutup Program Transisi tahun 1 2016

13 Januari 2016, berlangsungnya Majlis Penutup Program Transisi anak-anak tahun 1, 2016.

 Pn. Guru Besar merasmikan majlis Penutup
Bacaan Doa oleh Ust Othman
 Murid menyanyikan lagu penuh semangat

 Barisan IbuBapa yang turut sama hadir

Acara Sukaneka
Tahniah dan Syabas kepada semua murid dan guru..