PENGUMUMAN

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2014

Pada 4 Ogos 2014, bertempat di dewan SK GOng Pasir, Majlis Restu Ilmu untuk pelajar tahun 6 telah diadakan. Majlis berkenaan telah dianjurkan oleh Unit UPSR dan melibatkan semua guru dan juga pelajar.
Pada hari berkenaan juga, para ibubapa pelajar tahun 6 turut sama hadir untuk memeriahkan majlis berkenaan. 
Aktiviti dimulakan dengan bacaan yassin dan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Firdaus iaitu guru KAFA. Bacaan berkenaan ditujukan kepada pelajar tahun 6 dan juga kepada guru dan kakitangan pejabat yang akan berangkat menunaikan haji iaitu Cikgu Johar, Puan Hasnah dan En. Azmin.
Seterus, kemuncak majlis berkenaan adalah majlis bersalaman pelajar bersama dengan ibubapa dan juga guru.

Guru SKGP
Sebahagian Ibu bapa yang hadir

Majlis bersalaman