PENGUMUMAN

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PPDD 2016



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN KALI KE 6, 2016
18 DISEMBER 2016
DEWAN ASPIRASI UiTM TERENGGANU


This ceremony began with an opening speech given by Tn Hj Kassim bin Husin, Head of PPD Dungun. He thanked the invited guests, the school heads, senior assistants and everyone who won the awards as well as certificates that day .He expressed his appreciation on behalf of PPD for their participation, presence and for  making the event a success.

Then Tn Hj Zainon bin Jusoh, Head of Science Unit, Terengganu Education Department delivered his speech representing Terengganu Education Director. He congratulated PPD Dungun for organizing the event as a token of appreciation to all the school heads as well as to the strategic partners and to the individual teachers who have contributed a lot for the development of academic, co curricular and other related fields especially in Dungun.

The ceremony was officiated by the honorable Dato Hj Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Dungun who stressed on the importance of producing  students who are marketable and could be the global players. He thanked all the school heads as well as all the parties involved who have done a great job to help materialize the 2016 education programs. He encouraged all parties to move forward , strengthen the ties so as to enable us to achieve the 2017 shared goals.

The organizer had divided the awards into 3 categories which were ; Anugerah Pengurusan, Anugerah Bilik Khas and Anugerah Khas PPD.

-       
SK Gong Pasir had taken part in 14 items and we were very lucky as we managed to win 10 awards.































Pn Aini , GBK SKGP won the title GBK Berwibawa 2016.




The most outstanding award was – Sekolah Rendah Berwibawa 2016. It was the major recognition given to a primary school in 2016 taking into consideration the academic, co curricular programs being carried out throughout the year as well as the overall evaluation by the PPD  based on the awards that the school won in this year’s PPD  quality day.








On behalf of my school, we would like to thank everyone involved in recognizing the efforts that SK Gong Pasir had been doing since January  2016.




As the headmaster of SK Gong Pasir, I would like to take this opportunity to thank my senior assistants, the coordinator of each programs that we had won, the staff who took part in the competition, all teachers, staffs, PTA chairman, PTA committee members and everyone involved in helping us to achieve this recognition.







Without the commitment and cooperation of those mentioned and the other parties, we could not have done it. I really hope that we will work harder and smarter for the sake of the future development of education particularly in our school.

IKHLAS

AHMAD MOHD ALI
HEADMASTER

Dis 18, 2016

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2016

Nama Program           
MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2016

Unit                              : UPSR
Tarikh Pelaksanaan   : 01.09.2016 (KHAMIS)
Tempat                        : DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa                            : 11.00 PAGI

Objektif
1.      Memberi restu ilmu daripada guru-guru kepada semua calon UPSR 2016 sebelum peperiksaan UPSR supaya dapat menduduki peperiksaan dengan jiwa yang tenang dan minda yang cerdas.
2.      Memberi suntikan semangat agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat akhir sebelum peperiksaan bermula.


Kumpulan Sasaran     :  Murid Tahun 6 (75 0rang)


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Majlis Restu Ilmu di antara guru dengan murid mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu UPSR 2016 telah diadakan pada 01 September 2016 bersamaan Hari Khamis pada jam 11.00 pagi. 

Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan murid. Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat kepada semua warga SKGP.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Othman B Che Yusoof.  Majlis diikuti dengan ucapan daripada guru besar En Ahmad B Mohd Ali. Seterusnya ucapan daripada wakil Pegawai JPNT. Tn Syed Mohd Al-Amin @ Kyirulnizam B Tn Sharif (Penyelia Peperiksaan (Luar Negeri). Seterusnya ucapan wakil murid tahun 6 iaitu Muhamad Solihulamin dari kelas 6 IS.  Kemudian tayangan slaid berkaitan dengan pengorbanan ibu bapa.







Akhir sekali murid memohon restu daripada semua guru dengan bersalaman dan bermaaf-maafan.









Disediakan oleh:                                                                      

………………………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                            
Penyelaras UPSR                                                                   

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR 2016 DAN FORUM AGAMA

Nama Program           
MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2016 DAN FORUM AGAMA

Unit                               : UPSR DAN PANITIA AGAMA
Tarikh Pelaksanaan    : 26 OGOS 2016 (JUMAAT)
Tempat                         :  DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa                            :  8.15 PAGI

Objektif

1     Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar

      Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.

      Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.

4      Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru

Kumpulan Sasaran     :  

Murid Tahun 6 (75 0rang)
Ibu Bapa Murid Tahun  6
Semua Guru SKGP

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:


Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah dilaksanakan pada 26 0gos 2016 ( Jumaat) sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 September 2016. Majlis dianjurkan oleh Unit UPSR dengan kerjasama Panitia Agama. Semua murid tahun 6, semua guru dan ibu bapa calon UPSR sekolah ini dijemput hadir. 

Majlis dimulakan dengan solat hajat pada jam 8.30 pg yang telah diimamkan oleh Ustaz Che Ku Suhaimi. Kemudian, majlis bacaan Yassin dimulakan dengan diketuai  oleh Ustaz Che Ku Suhaimi. Setelah selesai bacaan Yassin, Guru Besar En Ahmad B Mohd Ali telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada calon UPSR.








Setelah selesai melaksanakan solat hajat, semua jemaah dijemput mendengar Forum Agama yang bertajuk Peranan Ibu Bapa Di musim Peperiksaan. Ahli panel terdiri daripada  Ustaz Wan Anuar B Wan Mamat, Pensyarah dari UiTM Dungun dan Tn Hj Muhammad Yusof B Musa, Kaunselor dari SM(A) Sultan Ismail, Dungun.  Moderatornya ialah Ustaz Othman dari SK Gong Pasir. Forum Agama ini telah berlangsung selama 1 jam yang berkisar mengenai tugas serta peranan murid, guru dan juga ibu bapa dalam menyediakan para calon untuk menghadapi UPSR. Semua hadirin dijemput untuk  menjamu selera setelah selesai forum tersebut.







Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Majlis ini selesai pada pukul 11.00 pagi.

Dapatan:

Kekuatan
Mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.
Murid memberi respon yang baik dan aktif. Ramai para ibu yang hadir dan turut sama membantu menjayakan majlis ini.



Disediakan oleh:                                                                                    

…………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                            
Penyelaras UPSR                                                                     


Disemak oleh;

.............................................................................
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran


Disahkan oleh ;

.............................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar

PROGRAM SINGGAH SAYANG UPSR 2016 OLEH PEGAWAI PEMBANGUNAN DUNGUN

Nama Program          
PROGRAM SINGGAH SAYANG UPSR 2016 BERSAMA DENGAN YANG BERBAHAGIA 
DATO HJ DIN BIN ADAM, PEGAWAI PEMBANGUNAN DUNGUN

Unit                            :UPSR
Tarikh Pelaksanaan :11 OGOS 2016 (KHAMIS)
Tempat                       :DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa                          :11.00 PAGI

Objektif
1.      Meningkatkan keyakinan diri murid dan azam yang tinggi bagi menghadapi UPSR.
2.      Menanam sikap terus cemerlang dan boleh melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga, sekolah dan masyarakat.
3.      Meningkatkan prestasi calon UPSR dan sekolah dalam Semua A, GPS dan pencapaian MIN D.

Kumpulan Sasaran     :  Murid Tahun 6 (75 0rang)


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Program ini adalah anjuran UMNO Dungun dengan kerjasama MGB Dungun.  Yand Berbahagia Dato Hj Din bin Adam bersama sama dengan rombonganya melawat beberapa buah sekolah dalam setiap DUN  dengan tujuan memberi motivasi kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang hampir tiba. Diharapkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato dapat menaikkan semangat serta  keyakinan diri murid untuk terus cemerlang.






Kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Din b Adam, Pegawai Pembangunan Dungun memberi ucapan motivasi kepada calon-calon UPSR dan telah memberi sedikit saguhati kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diajukannya. Beliau juga telah memberi sumbangan kepada pelajar yang memperolehi 6A dan 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR seramai 5 orang.


Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berbahagia Dato Hj Din bin Adam, En Abd Mubin bin Ismail ,Timbalan PPD Dungun, En Alias bin Sulaiman, Pen PPD Pengurusan Kurikulum, En Nasran bin Salleh , Pen PPD KGSK dan MGB Dungun .

Terima kasih, sekalung budi kami ucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Din B Adam dan skuadnya kerana sudi meluangkan masa dengan calon-calon UPSR kami dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Dapatan:

Kekuatan
Mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Murid memberi respon yang baik dan aktif.



Disediakan oleh:                                                                     

………………………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                             
Penyelaras UPSR   



Disemak oleh ;

..............................................................................      
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
PK Pentadbiran


Disahkan oleh ;

.............................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar                                                            
Nama Program          

PROGRAM PENANDAARASAN PELAJAR ELIT UPSR MERENTASI      DAERAH  BAGI 
MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS 2016 ANTARA SK GONG PASIR DENGAN SK 
KUALA TELEMONG.

Unit                            :UPSR
Tarikh Pelaksanaan :8 OGOS 2016 (ISNIN)
Tempat                       :BILIK MULTIMEDIA, SKGP
Masa                           :8.45 PAGI

Objektif
1         Meningkatkan prestasi murid cemerlang mencapai gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam UPSR.
2    Meningkatkan semangat pelajar dan persaingan dalam kalangan murid tahun 6 dari kedua-dua buah sekolah.

Kumpulan Sasaran     :  Murid Elit seramai 21 orang
i.                    SK Kuala Telemong   -  11 orang
ii.                   SK Gong Pasir           -  10 orang

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Program  Penandaarasan Pelajar Elit UPSR Merentasi Daerah Bagi  Mata Pelajaran Bahasa Inggeris antara SK Kuala Telemong dengan SK Gong Pasir telah diadakan di Bilik Multimedia, SK Gong Pasir. Program ini telah menggunakan khidmat  2 orang guru Bahasa Inggeris SK Gong Pasir sebagai fasilitator iaitu Pn Noraini Bt Sha`ri dan Pn Lailatul Munirah Bt Abd Hamid.

Sesi suaikenal antara dua buah sekolah dimulakan dengan ucapan Tn Guru Besar SK Gong Pasir En Ahmad B Mohd Ali kemudian diikuti dengan Tn Guru Besar SK Kuala Telemong En Marzuki B Ibrahim. Beliau memperkenalkan guru yang hadir dari sekolahnya iaitu En Kamaruddin B Said dan dua orang guru BI tahun 6. Sesi pertukaran cenderahati dan bergambar dibuat sebagai tanda kenangan kerjasama antara dua buah sekolah.



Slot 1 (Bahasa Inggeris Pemahaman)

Fasilitator        :Pn Lailatul Munirah Bt Abd Hamid.
Masa               : 10.00 pagi – 11.00 pagi






Slot 2 (Bahasa Inggeris Penulisan)
Fasilitator        :Pn Noraini Bt Sha`ri
Masa               :11.30 pagi – 1.30 petang



Disediakan oleh:                                                                      

………………………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                             
Penyelaras UPSR          


Disemak oleh ;

...............................................................................................
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran


Disahkan oleh ;

..............................................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar                                                           
Nama Program           : Pelancaran Banner UPSR 2016
Unit                             : UPSR
Tarikh Pelaksanaan   :1 OGOS 2016
Tempat                        : Dewan Iltizam, SKGP
Masa                            :8.00 pagi

Objektif
1.       Menyemarakkan suasana peperiksaan UPSR yang hampir tiba di persekitaran sekolah melalui kata-kata semangat dan motivasi yang ditulis pada banner UPSR.
2.      Meningkatkan motivasi dan keyakinan  diri murid dalam menghadapi UPSR serta sebagai tanda sokongan warga SKGP kepada mereka.
3.      Memberi semangat serta dorongan  kepada calon UPSR SKGP supaya terus berusaha untuk mencapai impian.

Kumpulan Sasaran     :Murid tahun 6 seramai 75 orang.

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Majlis Pelancaran Banner UPSR 2016 peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2016, Rabu bertempat di Dewan Iltizam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Mubin B Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.  Encik Mohd Azman B Ali, Pegawai FasiLINUS merangkap pegawai 1P1S SK Gong Pasir dan Tn Hj Hassan B Abdullah, Naib Yang di Pertua PIBG turut hadir bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain pelancaran banner UPSR, pihak sekolah juga melancarkan  Program 40 Hari Menjelang  UPSR 2016.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Othman B Che Yusoff dan  diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Tn Guru Besar, En Ahmad B Mohd yang membentangkan keputusan ujian percubaan UPSR . Selepas itu, Tn Hj Abdul Mubin B Ismail meyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis dengan menggunting reben Banner UPSR 2016 sebagai gimik pelancaran.











Majlis diteruskan lagi dengan pemberian insentif kepada murid yang memperolehi  6A dan 5A oleh Tn Hj Hassan B Abdullah, NYDP PIBG. Seramai 3 orang memperolehi 6A dan 2 orang memperolehi 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR. Insentif tersebut  telah disumbangkan oleh YDP PIBG, Tn Hj Zailani B Yaacob.

Pembacaan Ikrar Aku Janji diketuai oleh adik Muhammad Haris B Muhd Zakaria dari kelas 6 Ibnu Sina melafazkan bacaan ikrar dan diikuti oleh murid tahun 6 yang lain. Pembacaan ikrar dilakukan di hadapan Timbalan Pegawai PPD, Pegawai 1P1S, NYDP PIBG, Guru Besar, barisan GPK dan guru-guru  SK Gong Pasir.

Seterusnya adalah acara menandatangani  Banner Aku Janji oleh guru dan murid . Tn Hj Abdul Mubin B Ismail, Timbalan PPD Dungun memulakan upacara menandatangani banner tersebut dikuti oleh En Mohd Azman b Ali dan Tn Hj Hassan B Abdullah. Seterusnya Tn Guru Besar, barisan GPK, guru tahun 6 dan guru-guru yang lain turut serta menandatangani banner tersebut. Seramai 74 calon UPSR yang merupakan wira serta wirawati sekolah pada tahun ini juga diberi penghormatan untuk menandatangani pada banner tersebut sebagai tanda bahawa mereka berjanji akan berusaha untuk memperolehi keputusan cemerlang dan lulus semua mata pelajaran dalam UPSR 2016.


Barisan jawatankuasa pelaksanaan yang terdiri daripada guru tahun 6, guru agama, guru bimbingan & kaunseling dan guru pemulihan. 






















Jawatankuasa Program     

Pengerusi
En Ahmad  B Mohd Ali
(Guru Besar)

Naib Pengerusi I
En Hamka B Abu Bakar
(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi II
Tn Hj Amri B Aman
(GPK Hal Ehwal Murid)

En Abu Seman B Md Salleh
(GPK Kokurikulum)

Penyelaras Program
Pn Marozita Bt Mior Mohd Yusop
(Penyelaras UPSR)

Setiausaha
En Roazmi B Mohamad






Kerabat Kerja    

Pengerusi Majlis
Pn Lailatul Munirah Bt Abdul Hamid

Bacaan Doa
Ustaz Othman B Che Yusoof

Backdrop & Gimik Pelancaran
Pn Norlela Bt Abdullah
Pn Ainum Bt Awang
Pn Normala Bt Ali

Persiapan Tempat
Pn Hairani Bt Ngah
Pn Cik Rosmawati
Pn Siti Nora Bt Shaikh Said

Dokumentasi & Laporan
Pn Noraini Bt Sha`ri

PA Sistem
En Roazmi B Mohamad
Tn Hj Mohd Fauzi B Ismail

Jamuan VIP
Pn Hjh Zalilah Bt Abu Bakar
Pn Asmah Laili Bt Adam
Pn Che Zukriah Bt Che Muda
Pn Nor Afisah Bt Mohd Noor

Ikrar Aku janji
Pn Aini Bt Mohd Zain

Pamplet,  Cenderahati & Surat Jemputan
Pn Marozita Bt Mior Mohamad Yusop





Disediakan oleh:

………………………………………………………………
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)
Penyelaras UPSR


Disemak oleh ;

...............................................................................................
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
PK Pentadbiran


Disahkan oleh

...............................................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar