PENGUMUMAN

PROG PERKONGSIAN INFORMASI GURU TABIKA PERPADUAN DAN GURU PRA SEKOLAH SKGP 2017

PERKONGSIAN INFORMASI GURU TABIKA PERPADUAN & GURU PRASEKOLAH SK GONG PASIR

NAMA PROGRAM
Perkongsian informasi guru Tabika Perpaduan Daerah Dungun dan guru prasekolah SK Gong Pasir  

PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
12 April 2017

TEMPAT
 Bilik Mesyuarat dan kelas prasekolah Sk Gong Pasir , Dungun

MASA
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari

PENGENALAN

            Program perkongsian informasi dijalankan bersama yang dijalankan oleh pihak Tabika Perpaduan Daerah Dungun ke prasekolah SK Gong Pasir Dungun untuk pertama kali ini merupakan salah satu program perkongsian ilmu di antara guru prasekolah dan guru Tabika Perpaduan.  Program ini merupakan inisiatif untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran seharian guru pendidikan awal kanak - kanak.

OBJEKTIF
v  Memberi peluang di antara guru berlainan organisasi berkongsi maklumat dan kemahiran mengajar.
v  Dapat mengimbangi dan memantapkan ilmu pengajaran dan pembelajaran.
v  Dapat meningkatkan semangat kerjasama guru untuk mendapat hasil yang berkualiti.
v  Dapat meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran serta mengaplikasikannya untuk mengoptimumkan kemenjadian murid.

KUMPULAN SASARAN
Pengurusan SK Gong Pasir
Pengurusan Prasekolah SK Gong Pasir
LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN PROGRAM

Program berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan sebelum ini. Kunjungan tiba pada pukul 8.40 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Seramai 5 orang pegawai dan 22 orang guru dari Jabatan diberi taklimat  oleh Guru Besar SK Gong Pasir Encik Ahmad b. Mohd Ali dan guru-guru prasekolah SK Gong Pasir Puan Rohana bt. Abd Latiff dan Puan Suhana bt. Chik dibilik mesyuarat.

Perkongsian informasi berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan KSPK
( Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ).

Harapan , hasil perkongsian informasi  ini dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah dan memperkasakan lagi kemenjadian murid SK Gong Pasir Dungun.


Secara keseluruhannya , program ini telah berjaya seperti yang telah dirancangkan dan mencapai objektifnya. 






















Disediakan oleh                                                      Disemak oleh
………………………………                                             ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff                                 Encik Hamka b. Abu Bakar
Setiausaha Prasekolah                                          PK , Pentadbiran
SK Gong Pasir , Dungun                                       SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu                                                             Terengganu




Disahkan oleh

……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu

PELANCARAN PSS 2017


LAPORAN  PELANCARAN  PROGRAM  PUSAT SUMBER SEKOLAH , 2017
Program        :  PELANCARAN TV PUSAT SUMBER SEKOLAH, NILAM, FROGVLE    
                          DAN MBMMBI  PERINGKAT SEKOLAH 2017
Unit              :    Kurikulum ( Pusat Sumber Sekolah )
Tarikh Pelaksanaan    :          09.03.2017 (KHAMIS)
Tempat        :         DEWAN  ILTIZAM, SKGP
Masa            :        9.00 PAGI   

1.  Objektif
Meningkatkan pengetahun murid-murid dan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat yang seiring dengan perkembangan dunia, di samping meningkatkan keyakinan diri dalam menguasai bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi dan menjadi murid yang cemerlang.

2.   Kumpulan sasaran : Semua warga SKGP

3.   Laporan Pelaksanaan Aktiviti :

Program pelancaran Pusat Sumber Sekolah berjalan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan.  Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, seterusnya bacaan doa oleh ustaz Che Ku Suhaimi bin Che Ku Abd. Rahman. Selepas bacaan doa, acara diteruskan dengan akitiviti membaca selama 10 minit; semua guru dan semua murid. Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan persembahan murid iaitu nyanyian lagu “NILAM” diikuti dengan  lagu “5 Buku Di atas Meja”. Acara diteruskan  dengan  aktiviti mendeklamasikan sajak daripada murid-murid Tahun 6 iaitu Nur Athirah Syakhirah dan Nur Farhana. Acara diteruskan lagi dengan cerita yang telah disampaikan oleh Adik  Nur Damia dari Tahun 5 Majah.

            
       Seterusnya  ucapan  dan   perasmian   oleh Tuan Guru Besar SK. Gong Pasir, En. Ahmad bin Mohd Ali. Acara diteruskan dengan gimik pelancaran dan tayangan montaj TV D’Gong Channel. Selepas itu Tuan Guru Besar  menyampaikan tag  kepada Frog Champion dan Ketua Kelas dan diikuti dengan penyampaian tag kepada wartawan-wartawan D’Gong Channel. Majlis bersurai pada pukul 10.00 pagi.





Aktiviti yang diadakan ialah :

  1. Membaca selama 10 minit
  2. Persembahan murid:-
  3. Bacaan selama 10 minit –Read  Together
*Nyanyian lagu NILAM
*Nyanyian Lima Buku Di atas Meja
*Tayangan Montaj TV PSS D’Gong Channel
*Deklamasi sajak

*Bercerita





































KEM KECEMERLANGAN UPSR SIRI 1 2017



NAMA PROGRAM
Kem Cemerlang UPSR 2017

2.       PANITIA / UNIT / KELAB
Jawatnkuasa UPSR

3.       TARIKH PELAKSANAAN
 5-7 April  2017 ( Rabu - Jumaat  )

4.       TEMPAT
Mayang Sari Resort, Dungun

5.       MASA
Pendaftaran : 2.00 petang

6.       OBJEKTIF
i)                    Membina keyakinan diri dalam setiap murid untuk memantapkan usaha dalam menghadapi UPSR 2017. 
ii)                   Memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai suasana pembelajaran yang berlainan.
iii)                  Berpeluang untuk menimba ilmu daripada fasilitator-fasilitator yang berpengaalaman.

7.       BILANGAN MURID
      76 orang


     
8.       LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Kem Cemerlang UPSR 2017. Kem tersebut telah dilaksanakan bermula 5 April sehingga 7 April 2017 bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun. Ia melibatkan seramai 76 orang calon UPSR 2017.
Aktiviti bermula dari jam 2.00 petang pada hari Rabu daan berakhir jam 12.30 tengahari pada hari Jumaat. Antara fasilitator yang terlibat dalam Kem Cemerlang UPSR 2017 adalah:
Matematik                - En. Pauzai Bin Che Man (PPD Dungun)
Sains                       - En. Rosmadi Bin Abdullah (PK1 SK Batu 48)
Bahasa Inggeris      - Pn.’Adila Bt Abdul Azis (SK Balai Besar)
Bahasa Melayu        - Pn. Sharifah Bin Che Ali (SK Durian Mas 1)
 Majlis penutupan kem telah dihadiri oleh Encil Alias Bin Sulaiman, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan (Pegawai Meja UPSR PPD Dungun). Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan.
Peserta Terbaik Lelaki             - Abdul Alim Muiz Bin Mohd Afzanizam
Peserta Terbaik Perempuan   - Nurul Huda Bin Mohd Zuhaisham







9.      

 DAPATAN
Kekuatan
i)                  Setiap murid telah memberikan kerjasama yang sangat bagus sepanjang kem ini dijalankan.
ii)                 Semua guru telah memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan kem ini .
iii)             Fasilitator yang dijemput merupakan guru-guru yang amat berpengalaman dalam subjek masing-masing.
iv)            Persekitaran yang menyamankan memberi impak yang positif kepada semua peserta.


                Kelemahan
I)                      Terdapat gangguan dari segi ketiadaan elektrik di bilik-bilik tertentu namun telah dapat diatasi oleh pihak resort.

II)                    Segelintir peserta kem tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap penerangan fasilitator kerana faktor penghawa dingin yang sangat sejuk dan mengantuk.







Disediakan oleh,                                                                                     Disemak oleh :
                                                                               

            ...............t.t.............................                                                                     …………t.t…………………
            (LAILATUL MUNIRAH BINTI ABDUL HAMID)                                       (MAROZITA BINTI MIOR MOHD YUSOP)
            Setiausaha Jawatankuasa UPSR,                                                                Penyelaras Jawatankuasa UPSR
                                                                                                                                 SK Gong Pasir
                                                               
               Disahkan oleh :



            ………………t.t………………………..
           (AHMAD BIN MOHD ALI)
           Guru Besar
           SK Gong Pasir.