PENGUMUMAN

Kejohanan Balapan dan Padang

Unit kokurikulum SK Gong Pasir akan mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang 2013 kali ke-dua. Kejohanan tersebut akan diadakan pada 2-4 Julai di Padang SK Gong Pasir. Pelbagai acara akan dipertadingkan seperti acara 100 dan 200 meter melibat semua tahun, 4X100 dan 4X200 meter hanya melibatkan tahap 2 sahaja. Manakala acara padang pula, melibatkan acara lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Acara sampingan juga turut diadakan iaitu melibatkan sukaneka bagi pelajar Pra sekolah.
Kejohanan tersebut melibatkan 4 pasukan rumah sukan, iaitu rumah merah, kuning, biru dan hijau yang akan merebut mahkota kejuaraan pada tahun ini.