PENGUMUMAN

PK HEM BARU

SKGP, 21 Ogos- Penolong Kanan HEM yang baru, En. M. Rosdey Othman secara rasmi, memulai tugas SK Gong Pasir. Beliau meng Puan Hajjah Faridah Che Ngah yang bersara wajib baru-baru ini. Selamat datang diucapkan kepada En. M. Rosdey.
En. M. Rosdey

Diiringi oleh PK 1 menuju ke dewan

Ucapan salam alu-aluan

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & PEMBERIAN DUIT ZAKAT DAN RAYA 2013

SKGP, 1 Ogos - Bertempat di Dewan Besar SKGP berlangsungnya Majlis tadarus Al-Quran berserta pemberian duit zakat dan Raya bagi tahun 2013. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan dimulaikan dengan program Tadarus Al-Quran. Majlis berkenaan diketui oleh Ustaz CK Mohd Suhaimi CK Abd. Rahman dan juga sebagaian pelajar tahun 4 - 6. Selesai sahaja majlis berkenaan, majlis diteruskan dengan pemberian duit zakat kepada pelajar miskin dan yatim. Seramai 120 orang pelajar layak menerima duit berkenaan. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar SKGP. Ini saat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar. Pemberian duit raya telah disampaikan oleh Puan Guru Besar sendiri dan diiringi majlis bersalaman dengan semua guru.