PENGUMUMAN

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKGP 2017

LAPORAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

Pendahuluan
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Gong Pasir di mana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 4 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di padang sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. 

Tarikh / Hari kejohanan
Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:
Hari       : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tarikh  : 11, 12 dan 13 Mei 2017

Bilangan Penyertaan
Pasukan badan beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini ialah:
1.       Pasukan Pandu Puteri Tunas                           - 20 orang
2.       Pasukan Pengakap                                                - 20 orang
3.       Pasukan Puteri Islam                                           - 20 orang
4.       Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah         - 20 orang
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Nigh Walk’, Gajet dan Ikatan, Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan, Aktiviti Keagamaan, Pertandingan Kawad Kaki dan Pertandingan Memasak . 

Prosedur dan Jadual Kerja
Untuk menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan tugasan masing-masing beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan . Untuk tidak membebankan guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah disusun atur dengan rapi supaya guru dapat hadir ke tapak perkhemahan mengikut giliran dan masa yang ditetapkan, dan diharapkan segala program atau aktiviti yang telah dirancang berlansung mengikut jadual dan dikendalikan dengan baik oleh guru yang bertugas. 

Jemputan yang Hadir
Antara jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi program perkhemahan ini ialah PPD, AJK PIBG, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah,. Selain daripada itu wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah turut hadir pada hari terakhir perkhemahan untuk majlis perasmian penutup.

Jawatankuasa Kerja Perkhemahan
Berikut ialah jawatankuasa kerja yang terlibat dalam program perkhemahan ini. 

Jawatankuasa Induk
Penasihat                                           :En Ahmad b Mohd Ali
Pengerusi                                          : En.Abu Seman b Mat Salleh
N. Pengerusi 1                                 : En. Hamka b Abu Bakar
N. Pengerusi 2                                 : En. Abdul Jabar b Habib Mohamad
Penyelaras                                        : En. Mohd Zaid b Ismail
Kem Komandan                              : En CK Moh Suhaimi b CK Abd Rahman
Pen. Kem Komandan                    : Pn Suzana bt arifin
Setiausaha                                         : Puan  Nik Elianei bt Nasir
Bendahari                                          : Pn Cik Rosmawati bt Mansor

Jawatankuasa Kerja
Urusetia                                             : Pn Maliati bt Omar
: Md Hizarudin b Hanafi
 Pengurus Peserta                          : Pn Nor Afisah bt Md Noor (TKRS)
: Pn Nuawati bt Mohamed    (Pengakap)
: Pn Rosmini bt Hassan    (Pandu Puteri Tunas)
: Pn Nur Jalilah bt Che Azih    (Puteri Islam)
Khemah dan Peralatan                : En CK Abd Muin b CK Abdul Satar
: Pn Suhana bt Chik
: En Azhar b Ibrahim
Tapak Perkhemahan                    : Pn Marozita bt Mior Mohamad Yusop
: Pn Maidatol Aslah bt Che Kassim
Makanan dan Minuman              : Pn. Che Zukeriah Che Muda
: Pn Fauzah bt Mohd Noor
: Pn Hamidah bt Hashim
: Pn Zabanu bt Awang
: Pn Wan Ainie Zawiyananie bt Zawawi
: Pn Rohana bt Latif
: Pn Normala bt Ali
: Pn Aini bt Mohd Zain
Kerohanian                                       : En Azhar b Ibrahim
: Pn. Hjh. Siti Nora Shaikh Said
: Pn Hanim bt Ngah Baharudin
Keselamatan & Kecemasan       : Pn. Hjh Zalilah bt Abu Bakar
: Pn Marozita bt Mior Mohamad Yusop
: Pn Ainum bt Awang
: Pn Hjh Siti Nora bt Shaikh Said
Persembahan                                  : Pn. Lailatul Munirah bt Abdul Hamid
: Pn Salwanu bt Ambak
: Pn Suhana bt Chik
: Pn Rosnani bt Hassain
Elektrik dan Siaraya                     : En Mohd Hizarudin Hanafi
: Pekerja Swasta Lelaki
Dokumentasi & Buku Program : Pn Normala bt Ali
: Pn Hanim bt Ngah Baharudin
Hadiah, Cenderamata &Sijil       : Pn Hairani Ngah
: Pn Rosnani bt Hassain
Aktiviti                                               : Pn Cik Rosmawati bt Mansor
: En Mohd Zawawi b Hamzah
: Pn Hasnah bt Yajid
: Pn Norlela bt Abdullah
: Pn Chan Siew Chin
: Pn Noor Hidawaty bt Ali
Riadah & Senamrobik                  : Pn Noor Hidawaty bt Ali
: Lailatul Munirah bt Abd Hamid


Atur cara dan Aktiviti yang dilaksanakan

Khamis ( 11 Mei 2017 )


Bermula jam 2.00 petang, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut badan beruniform masing-masing di tapak perkhemahan SK Gong Pasir. Taklimat diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah setiap unit ialah mendirikan khemah bersama-sama dengan guru unit masing-masing. 




Pada pukul 4.00 petang, semua murid berkumpul untuk minum petang dan mendirikan solat asar.  Selepas itu aktiviti mendirikan khemah dan persiapan tempat disambung semula sehingga jam 6.30, semua aktiviti diarahkan berhenti untuk Solat Maghrib, bacaan Yaasin, Solat Hajat  dan juga solat Isyak. Selepas solat Isyak, diadakan pula ceramah agama yang dikendalikan oleh bahagian kerohanian. Selepas itu peserta kembali ke khemah dan mengadakan latihan malam kebudayaan. Pada pukul 11.00 malam peserta bersiap diri untuk tidur dan pada pukul 2.45 pagi, para peserta telah dikejutkan dari tidur untuk aktiviti ‘Night Walk’.

Jumaat ( 12 Mei 2017 )

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, berlansung pula aktiviti yang kedua iaitu aktiviti ikatan dan balutan. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. 
Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk mandi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan kuliah subuh. Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli kepada kem komander. Pada jam 7.00 pagi aktiviti senaman pagi diadakan dikendalikan oleh guru yang bertugas. Kemudian murid menikmati sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, murid bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu pertolongan cemas. Pertandingan tersebut diadakan pada pukul 8.30 pagi dan berlangsung lebih kurang 1 jam 30 minit.  Aktiviti pertolongan cemas ini disertai oleh 4 orang murid dari setiap unit. Komitmen yang diberikan oleh para peserta sangat baik. Aktiviti pertolongan cemas ini berakhir pada pukul 10.30 pagi.





Selepas aktiviti selesai, para peserta berehat seketika.  Selepas itu mereka bersiap sedia untuk makan tengahari dan bagi peserta lelaki mereka akan bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Para peserta lelaki ke masjid dengan kereta guru yang bertugas. Pada sebelah petang aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, aktiviti yang berlangsung ialah pertandingan memasak. Setiap unit diwakili seramai 5 orang peserta. Pertandingan memasak ini berlangsung selama 2 jam, dan cukup meriah dengan sorakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan-rakan seunit. Pertandingan memasak ini adalah bertemakan tepung. Aktiviti ini berakhir lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Selepas itu murid terus ke khemah masing-masing dan mengambil minum petang serta bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Asar. 










Pada jam 6.30 petang, semua peserta perkhemahan diarahkan ke khemah masing-masing untuk makan malam, mandi dan bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat maghrib diikuti dengan tazkirah dan seterusnya menunaikan solat isyak. Selepas solat Isyak murid beredar ke khemah masing-masing dan bersiap sedia untuk aktiviti malam kebudayaan dan BBQ.  Pelbagai ragam gaya pakaian di kenakan bersesuaian persembahan yang akan diadakan kelak. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Semua peserta perkhemahan dikehendaki terlibat dengan persembahan pada malam itu. Ramai guru yang hadir walaupun mereka tidak bertugas pada malam tersebut. Aktiviti malam kebudayaan itu berakhir lebih kurang pada pukul 11.30 malam. Semua peserta bergerak ke khemah masing-masing untuk bersiap diri dan tidur.





Sabtu (13 Mei 2017 )
Hari ini merupakan hari terakhir program perkhemahan. Seperti biasa murid dikejutkan kira-kira jam 5.00 pagi untuk mandi dan bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, seterusnya mengikuti kuliah subuh. Pada jam 7.00 pagi diadakan pula senaman pagi dikendali oleh guru yang bertugas. Selepas itu murid mengambil sarapan pagi.  Pada pukul 8.30 pagi, aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki.  Pertandingan kawad kaki ini diadili oleh pegawai polis yang datang bertugas. Pertandingan kawad kaki ini berlangsung selama 2 jam.








Lebih kurang pada pukul 10.30 pagi murid diarahkan oleh kem komander untuk berkumpul di hadapan dataran perhimpunan kerana majlis penutupan rasmi akan berlansung. Majlis perasmian penutup ini akan disempurnakan oleh Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah. Semua murid berkumpul dengan pakaian unit uniform yang kemas dan dalam keadaan berkawad. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas itu para peserta perkhemahan di arahkan ke khemah masing-masing untuk menurunkan khemah, membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas segala alatan. Majlis bersurai pada pukul 2.00 petang.



Dapatan           :
1.                 Kekuatan
Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. Program kerohanian yang dijalankan dapat membentuk disiplin dan akhlak peserta melalui tazkirah-tazkirah yang disampaikan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang diadakan dapat memberi jati diri yang kuat kepada para peserta di samping dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan yang tinggi antara satu sama lain. Selain daripada itu, ia juga dapat membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain. 

2.                 Kelemahan
Sudah menjadi adat dalam sesuatu perkara yang dilakukan, mesti ada kekuatan dan kelemahannya. Begitu juga dengan program perkhemahan ini. Ada beberapa kelemahan yang diperhatikan dan perlu penambahbaikan di masa akan datang. Antara kelemahan yang didapati ialah stamina para peserta perkhemahan. Kekurangan latihan menyebabkan para peserta kelihatan kurang bermaya dan cepat keletihan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Selain daripada itu, dari segi ketepatan masa, para peserta kurang mematuhi jadual yang ditetapakan menyebabkan ada aktiviti yang berjalan tidak mengikut masa yang ditetapkan. 
Cadangan penambahbaikan
1.                  Para peserta mestilah bersedia dari segi fizikal dengan mengadakan latihan yang mengcukupi sebelum tiba hari perkhemahan. 
2.                  Para guru hendaklah sentiasa mematuhi jadual tugas yang telah ditetapkan agar semua program yang telah disusun atur dapat berjalan mengikut masa dan lancar. 
3.                  Kem komander dan guru yang bertugas hendaklah memastikan para peserta perkhemahan sentiasa mematuhi masa. 
Maklum balas dan penilaian menyeluruh



Secara keseluruhannya, program perkhemahan unit beruniform ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Segala aktiviti dan program yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan. Melalui program ini telah dapat menyerlahkan kerjasama yang erat antara sesama peserta perkhemahan, dengan para guru, Ajk PIBG, Anggota polis dan kakitangan yang terlibat. Program telah berjalan dengan lancar dan ahli jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Program ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan.Selain daripada itu para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan. 

Penutup

Sesungguhnya Aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform SK Gong Pasir  ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta dan AJK Penganjur.Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar boleh menjadikan program ini lebih lancar dan teratur.AJK Penganjur ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan, YDP dan AJK PIBG, anggota polis dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Gong Pasir. Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan menguruskan program seumpama itu dengan lebih baik. 

Disedikan Oleh :

................................................................
(PN NIK ELIANEI BT NASIR)
Setiausaha Kokurikulum
SK Gong Pasir, Dungun.

Disemak oleh,

.....................................................................
(EN ABU SEMAN B MAT SALLEH)
GPK Kokurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun.

Disahkan oleh,

..........................................................
(EN AHMAD B MOHD ALI)
Guru Besar,
SK Gong Pasir, Dungun.