PENGUMUMAN

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA SEKOLAH 2014

Pada 22 Julai 2014, Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dan susah peringkat sekolah tahun 2014. Hampir kesemua keluarga guru  dan pekerja hadir dalam menjayakan program tersebut.Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang iaitu penyampaian sumbangan pihak sekolah dan guru kepada anak yatim dan pelajar miskin. 
Sebelum masuk waktu berbuka, tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Uztaz CK Suhaimi berkenaan dan seterusnya majlis tahlil dibuat.
penyampaian sumbangan

sebahagian keluarga yang hadir

suasana di kantin

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA

MEREKA TETAP DIHATIKU

Pada 20 Julai 2014, satu majlis telah dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama balai Polis Dungun, kafe cakna dan Elzeks Enterprise. Program berkenaan untuk meraikan anak-anak yatim SK Gong Pasir dapat beraya seperti kanak-kanak lain juga. Program berkenaan memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut merasai sendiri menaiki kenderaan mewah dan dibawa membeli belah di Desa Murni batik dan seterusnya berbuka puasa di Kafe Cakna. Majlis dimulakan dengan perarakan kenderaan mewah yang membawa anak-anak yatim ke desa Murni batik.

Perarakan kenderaan Mewah

Berbuka Puasa

membeli belah

LAWATAN DAN MEMBERI SUMBANGAN SEMPERNA BULAN RAMADHAN

Pada 14 Julai 2014, seramai 20 orang pelajar 5 Ibnu Nafis SK Gong Pasir diiringi 6 orang guru telah melawat Penempatan Orang Miskin, kg Sura Hujung, Lawatan tersebut diketui oleh Guru Besar SK Gong Pasir iaitu Pn. Hjh. Myshithah binti Mohamad Ali. Tujuan utama lawatan tersebut adalah memberi kesedaran dan keinsafan kepada pelajar bahawa, ada golongan yang tidak bernasib baik yang memerlukan pertolongan, Di samping itu juga, pihak sekolah telah memberi sumbangan untuk meringan beban dalam menyambut hari raya yang tiba tidak lama lagi.

Guru Besar beramah mesra dengan penghuni rumah


Sebahagian pelajar 5 Ibnu Nafis
pelajar dan guru

READING PAL PROGRAM

Bertempat di Perpustakaan SK Gong Pasir, program bahasa inggeris iaitu "READING PAL PROGRAM" iaitu program rakan membaca. Program berkenaan dikendalikan oleh Briana Rogers dan dibantu oleh Cikgu Hairani dan Cikgu Noraini. Manakala penglibatan pelajar pula murid tahun 1 Ibnu Sina dan 3 Ibnu Sina.