PENGUMUMAN

DATA UPSR












































PENCAPAIAN OTI 3 - PRA PERCUBAAN UPSR 2016







PENCAPAIAN OTI4 / PERCUBAAN UPSR 2016










Nama Program           : 
MAJLIS TEMU MURNI MURID UPSR 2016

Unit                             : UPSR

Tarikh Pelaksanaan   :

PROGRAM
TARIKH/ HARI
MASA
TEMPAT
Majlis Temu Murni Kali Pertama
17.02.2016 (Rabu)
11.30 Pg
Perpustakaan SKGP
Majlis Temu Murni Kali Ke-2
09.05.2016 (Isnin)
10.30 Pg
Dewan Iltizam SKGP
Majlis Temu Murni Kali Ke-3
-Kumpulan 2&3

-Kumpulan 1


23.06.2016 (Khamis)
26.06.2016 (Ahad)


10.30 Pg

11.30 Pg


Perpustakaan SKGP

Bilik Mesyuarat Utama SKGP
Majlis Temu Murni Kali Ke-4
14.08.2016 (Ahad)
11.00 Pg
Perpustakaan SKGP


Objektif                     
1.      Menilai kekuatan dan kelemahan pelajar dalam persiapan menghadapi peperiksaan.
2.      Membaiki kelemahan sedia ada untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
3.      Menyedarkan ibu bapa tentang peranan mereka dalam membantu anak-anak kearah mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.
4.      Mewujudkan hubungan yang harmonis dikalangan ibu bapa, murid dan guru serta menimbulkan minat dan prihatin ibu bapa dan murid terhadap pembelajaran.

Kumpulan Sasaran     :  Murid Tahun 6 (75 0rang)
                                       Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 6

                                                   Guru Tahun 6

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Peperiksaan UPSR telah tiba ke garisan penamat. Bagi  tahun 2016 Jawatankuasa UPSR SKGP telah mengadakan Majlis Temu Murni bagi Murid Tahun 6 sebanyak 4 kali sepanjang tahun ini. Walaupun tonggak kepimpinan SKGP telah bertukar kerana mantan Guru Besar Pn Myshithah Bt Mohamad Ali telah bersara wajib, teraju kepimpinan telah digantikan oleh  En Ahmad B Mohd Ali pada 2 Mei 2016 dan program ini tetap diteruskan. Program ini adalah medan tempat pertemuan antara guru dan ibu bapa  bagi menambahbaik lagi usaha dan komitmen bersama , antara para guru dan  ibu bapa serta murid tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan calon calon UPSR sekolah ini. Pertemuan dua hala ini diadakan dengan membentangkan analisa prestasi  murid tahun 6 dapatan dari peperiksaan/ujian yang dilaksana serta merangka gerak kerja serta kerjasama dua hala pihak sekolah dan ibu bapa.








Pertemuan ini turut memberi peluang kepada ibu bapa untuk berbincang mengenai tingkah laku anak - anak serta prestasi mereka bersama guru kelas masing - masing. Diharapkan dengan terlaksananya program seumpama ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan serta kejayaan murid SKGP. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kerana sudi untuk hadir ke sekolah untuk sama-sama menjana kecemerlangan pelajar serta pihak - pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar sepanjang tahun ini.
















Dapatan:

Kekuatan

Mendapat maklum balas baik daripada kaum ibu.
Mempunyai sikap ingin tahu tentang prestasi dan tingkal laku anak di sekolah.
Sentiasa berhubung dengan guru bagi bersama-sama membantu menaikan prestasi anak.

Penambahbaikan

Mengadakan promosi yang kerap kepada anaknya.
Mengurangkan tempoh masa perjumpaan kepada pengisian yang lebih padat dan lebih  fokus  pada pertemuan guru kelas, guru mata pelajaran dengan Ibu bapa.


Disediakan oleh:                                                                      

………………………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                            
Penyelaras UPSR     

Disemak oleh ;

...............................................................................................
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran


Disahkan oleh ;

..............................................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar

                                                               


2 comments:

  1. Semoga apa yang kita usaha pada tahun ini mencapai target yang ditetapkan dan Semoga Allah permudahkan segala urusan UPSR 2016...Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .Semoga impian KITA menjadi kenyataan. Amin

      Delete