PENGUMUMAN

KBS SIRI 1 2017

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT
SIRI 1
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR
2017



NAMA PROGRAM 
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

UNIT
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & Jqaf

TARIKH PELAKSANAAN 
21. JULAI.2017

MASA 
8.00 – 11.00 PAGI

TEMPAT
DEWAN ILTIZAM SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

OBJEKTIF
1.      Memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan solat dan beramal soleh.
2.      Menajayakan program jQAF  untuk melahirkan murid – murid yang tahu menunaikan solat dari peringkat kanak – kanak dan mengetahui kewajipan sebagai seorang muslim.
3.      Merealisasikan impian kerajaan untuk melahirkan pelajar – pelajar cemerlang bukan hanya akademik tetapi dari segi akhlak dan sahsiah juga.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 1 hingga 6


Panitia Pendidikan Islam bersama jQAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Gong Pasir pada 21. Julai.2017 hari Jumaat.
Antara perkara utama yang diterapkan dalam kem ini ialah :
Murid Tahun 1 & 2 :
-          Dapat mengetahui cara berwudhu’ dengan betul dan sempurna.
-          Dapat mengetahui cara menunaikan solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan.
Murid Tahun 3 & 4 :
-          Dapat membezakan anggota rukun dan sunat dalam solat .
-          Dapat menghafaz dan membaca bacaan dalam solat dengan betul termasuk membaca surah – surah lazim seperti Al Ikhlas , Al Falaq , An Naas .
-          Boleh membaca doa wudhu’ dengan betul dan sempurna.

Murid Tahun 5 & 6  :
-          Dapat melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.
-          Dapat membaca tahiyyat awal dan akhir dan bacaan dalam solat yang lain – lain  dengan betul dan lancar .
-          Dapat membaca doa Qunut dengan betul dan lancar.
-          Dapat menyatakan perkara yang membatalkan wudhu’ dan solat dengan betul.
 Kem bermula jam 7.45 pagi dengan sesi pendaftaran. Murid – murid telah datang ke sekolah seawal jam 7.30 pagi untuk menjayakan kem kali ini. Sebelum murid dibahagikan kepada para fasilitator , murid – murid dikumpulkan di Dataran Iltizam untuk latihan kawad kaki yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaid bin Ismail. Latihan kawad ini demi memastikan murid – murid berdisiplin dalam apa jua keadaan dan melatih mereka lebih berdisiplin.

Seterusnya , para fasilitator yang terdiri dari kalangan guru diberikan penerangan tentang perjalanan kem yang diadakan pada hari tersebut. Di mana murid tahun 5 & 6 akan berada di Pusat Sumber Sekolah ( Darul ‘Ulum ) , murid tahun 3 & 4 berada di Surau Sekolah dan murid tahun 1 & 2 berada di Dewan Iltizam bersama fasilitator masing – masing .





Bagi sesi pagi , murid diberi penerangan oleh fasilitator masing – masing tentang aktiviti dan matlamat kem pada kali ini. Tepat jam 10.00 pagi, murid – murid berhenti rehat seketika untuk sarapan pagi di kantin sekolah. Kem disambung semula tepat jam 10.30 pagi dengan amali wudhu’ dan amali solat.

Semua murid dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan kem ini. Dengan kem ini , diharapkan agar murid – murid Sekolah Kebangsaan Gong Pair akan menjadi murid yang cemerlang dalam sahsiyah mereka terutama dalam bab menjaga solat. Solat itu tiang agama.

Itulah yang cuba diterapkan oleh kesemua guru dalam diri murid sekolah ini memandangkan solat ialah perkara utama yang wajib dijaga oleh kita sebagai umat Islam.

Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru  , murid – murid, dan juga ibu bapa yang memberikan sokongan padu kepada kami dalam menjayakan kem kali ini.

SOLAT ITU TIANG AGAMA.
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1.

Laporan Disediakan Oleh :

Nur Jalilah binti Che Azih.
              &
Hanim binti Ngah Baharuddin. 

MAJLIS TEMU MURNI GURU KELAS BERSAMA SAMA IBUBAPA MURID TAHUN 1 – 5, 2017

LAPORAN PROGRAM 3 DALAM 1
MAJLIS TEMU MURNI GURU KELAS BERSAMA IBUBAPA MURID TAHUN 1 – 5
TAKLIMAT SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPNI)
& TAKLIMAT FROG-VLE


TARIKH;
11 Julai 2017

HARI;
Selasa

MASA;
10.15 pagi – 2.00 petang

TEMPAT;
 Dewan Iltizam SK Gong Pasir (Perasmian & Taklimat),
Kelas Tahun 1 – 5 (Sesi Temu Murni)

PERASMIAN OLEH;
En. Sabudin Bin Mahmud
Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Dungun,

merangkap Pegawai 1P1S SK Gong Pasir Dungun.



OBJEKTIF;
 1. Meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan sahsiah
murid menerusi perbincangan bersama ibubapa murid
berkaitan pendidikan anak masing-masing.
2. Mencetus anjakan paradigma dan mendedahkan ibubapa
kepada dunia pendidikan alaf ke-21 dalam meningkatkan
lagi mutu pencapaian anak-anak mereka dalam bidang
akademik dan dunia ICT.
3. Mendidik dan memupuk sikap suka menabung untuk masa
depan terutamanya untuk pendidikan.


TENTATIF PROGRAM

-  10.15 pagi     : Ketibaan Ibu bapa 
: Ketibaan Jemputan       
-  10.45 pagi         : Ucapan aluan Pengerusi Majlis.
                : Bacaan Doa 
                                 (Ustaz Che Ku Suhaimi b CK A. Rahman)
  : Ucapan Guru Besar
     (En. Ahmad bin Mohd Ali)
  : Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD 
   (En. Sabudin Bin Mahmud)
            Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid,
            Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, 
                                  merangkap Pegawai 1P1S SK Gong Pasir     

  : Taklimat oleh Pegawai  (SSPNI)
    (En, Jusuraimi bin Jusoh)
  : Taklimat Frog-VLE.
  (Pn. Nuawati binti Mohamed dibantu oleh
             En. Abdul Jabar bin Habib Mohamad)
- 12.15 t/hari         : Temu Murni Guru Kelas bersama ibubapa di   
                             kelas  anak masing-masing.













Majlis 3 dalam 1 ini berlangsung dengan jayanya serta meraih sambutan hangat daripada kalangan ibubapa. Kehadiran ibubapa mencecah sehingga 241 orang membuktikan bahawa para ibubapa bersemangat mengikuti dan memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah dalam membangunkan dan meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak mereka. Ianya merupakan satu sarana ibubapa yang cuba dibangkitkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Pihak sekolah sangat berbesar hati dan bangga dengan komitmen yang ditunjukkan ini. Justeru, menjadi harapan kami pihak Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun, agar program seumpama ini menjadi tonggak dan asas yang sangat kukuh dalam menentukan hala tuju yang ingin disasarkan dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi pendidikan alaf ke-21 .. InsyaaAllah.









Disediakan oleh;
                        t.t
..................................................
(MALIATI BINTI OMAR)
Setiausaha Peperiksaan Dalaman
SK Gong Pasir Dungun.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKGP 2017


Nama Program

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKGP 2017
Unit
                                        
Jawatankuasa Sambutan & Perayaan

Tarikh Pelaksanaan
             
6 Julai 2017

Masa

7.45 pagi  - 12.30 tengah hari

Tempat 
                 
Dewan Iltizam & Dataran Saadah 

Objektif  
               
1.Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum. 
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain

Kumpulan Sasaran


Semua warga SKGP dan tetamu jemputan






SKGP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada hari Khamis bersamaan 06 Julai 2017.

Majlis bermula pada pukul 7.45 pagi, murid telah diminta untuk berkumpul di Dewan Iltizam bagi memulakan acara pada hari tersebut.







Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin pada jam 8.00 pagi dan  sedikit tazkirah tentang Eidil Fitri oleh Ustaz Che Ku Suhaimi bin Che Ku Abdul Rahman.

Seterusnya pada pukul 8.45 pagi Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Pn. Lailatul Munirah binti Abdul Hamid dan juga adik Nur Syazwina daripada kelas 5 Ibnu Majah.

Berikutnya, ucapan dari Encik Abu Seman  bin Mat Salleh selaku Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Eidilfitri kali ini.
Encik Abu Seman bin Mat Salleh mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh segenap warga kerja Sekolah Kebangsaan  Gong Pasir bagi menjayakan majlis kali ini.


Seterusnya ucapan dari Encik Ahmad bin Mohd Ali selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Pasir. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru , staf sekolah, dan murid – murid yang hadir dan membawa kuih raya untuk dikongsi bersama pada majlis ini demi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya kali ini.  Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan diri dan kawan – kawan di musim perayaan ini.

Jamuan hari raya dimulakan setelah selesai ucapan daripada Guru Besar. Murid – murid diarahkan untuk menikmati makanan yang disediakan di kantin sekolah dan juga menikmati hidangan kuih muih di bahagian belakang dewan.

Antara juadah yang dihidangkan kali ini ialah :

-          Nasi Minyak
-          Soto
-          Laksa Pineng
-          Kuih Jala
-          Bihun Goreng
-          Bubur Arab
-          Sate
-          Cocktail 
    dan banyak lagi kuih muih yang dihidangkan.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu VIP yang hadir pada majlis sambutan Hari Raya kali ini. Antara mereka yang turut meraikan majlis ini ialah :




-          Dato’ Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Dungun.
-          Para Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Dungun :
-          Tn . Hj Ahmad Zailani bin Ahmad Yaacob ( Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Pasir )
-          Pegawai dari Bank Rakyat Caw Dungun
-          AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Pasir.

Majlis berjalan lancar dan diserikan lagi dengan persembahan dari guru dan murid.
Majlis bersurai tepat jam 12.45 tengahari. Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.


SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI.

MAAF ZAHIR BATIN.