PENGUMUMAN

HARI KELUARGA SKGP KALI I

Nama Program          :LAPORAN HARI KELUARGA SKGP 2017 KALI PERTAMA
Unit                             :KELAB GURU & KAKITANGAN SEKOLAH (KEGUKAS)
Tarikh Pelaksanaan   :23.9.2017 (SABTU)
Tempat                       : WHITE SAND, MERCHANG
Masa                           :10.00 – 6.00 PETANG


Objektif
1.      Memberi ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan guru dan kakitangan serta  ahli keluarga.
2.      Menyemarakkan semangat kejersama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.

Kumpulan Sasaran    :  Guru dan kakitangan sekolah ( 42 orang) dan ahli       
                                            Keluarga (132 orang)

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Seramai sebelas orang AJK KEGUKAS  datang seawal 10.00 pagi untuk persiapan tempat.

Pendaftaran kehadiran guru dan kakitangan sekolah pada jam 12 tengah hari. Peserta Hari Keluarga diberi cenderahati setiap keluarga.


Makan tengah hari dimulai dengan bacaan doa makan oleh Ustaz Che Ku Suhaimi pada jam 12.30 tengah hari. Peserta bersama ahli keluarga mula menjamu selara dengan menu Kambing dan ayam bakar, nasi goreng, bihun goreng dan lauk-pauk yang dibawa oleh peserta begitu juga dengan kuih-muih. Selepas itu peserta lelaki bersolat zohor berjemaah diimamkan oleh Ustaz Azhar.








Acara sukaneka bermula pada jam 2.30 petang. Terdapat 5 jenis acara iaitu acara kanak-kanak, acara remaja, acara pasangan, acara keluarga dan acara terbuka. Kebanyakan ahli keluarga SKGP menyertai acara sukaneka yang di sediakan.




Upacara penyampaian hadiah bagi sukaneka Hari keluarga dan cabutan bertuah serta teka gula di sempurnakan oleh Tn Guru Besar En Ahmad B Mohd Ali, PK HEM En Abdul Jabar B Habib Mohamad dan PK Ko En Abu Seman B Mat Salleh. Program Hari Keluarga di akhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Azwa.









Pada jam 6.00 petang semua peserta ahli keluarga bekerjasama mengemas tempat dan alatan yang telah digunakan.





Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:


………………………………………                             ……………………
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)            (AHMAD B MOHD ALI)
Timbalan KEGUKAS                                                       Guru Besar 

PROGRAM REHAT MINDA SELEPAS UPSR 2017

Nama Program          :LAPORAN PASCA UPSR- REHAT MINDA
Unit                             :UPSR
Tarikh Pelaksanaan   :20.9.2017 (RABU)
Tempat                       : TAMAN TASIK TANJUNG SURA
Masa                           :10.00 PAGI

Objektif
1.      Merehatkan minda murid dan guru selepas Sembilan bulan membuat persediaan untuk peperiksaan UPSR
2.      Membangkitkan semangat murid dan guru untuk aktiviti selepas UPSR

Kumpulan Sasaran    :  Murid Tahun 6 (75 0rang) dan guru (13 orang)


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Semua murid dan guru berkumpul di sekolah pada jam 10.00 pagi. Bertolak ke Taman Tasik Tanjung Sura di hantar oleh Ibu bapa dan guru. Terdapat juga sebilangan kecil ibu murid tahun 6 bersama-sama menyertai program ini.

Murid di beri taklimat dahulu sebelum memula kan aktiviti. Murid dibahagikan kepada 13 kumpulan kecil. Mereka melakukan aktiviti di dalam kumpulan.


Aktiviti pertama adalah berkelah. Murid membawa bekal yang dibawa dan makan bersama-sama dengan kawan dan guru.













Kemudian aktiviti eksplorace bermula dengan menguji tahap kejersama mereka melakukan aktiviti didalam kumpulan. Konsep khidmat juga di terapkan didalam aktiviti ini. Kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan dengan segera akan dikira pemenang.





Bagi menyempurnakan majlis penutup ucapan alu-aluan di sampaikan oleh En Hamka B Abu Bakar, Guru Penolong Kanan. Hadiah pemenang di sampaikan oleh Sarjan Kamarul dari Balai Polis Dungun iaitu pegawai polis perhubungan sekolah SK Gong Pasir. Program selesai pada jam 1.15 petang.







Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:

……………………………………                            …………………………………
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)        (AHMAD B MOHD ALI)
Penyelaras UPSR                                                          Guru Besar