PENGUMUMAN

Majlis Pelancaran Menjelang 40 Hari UPSR

Bertempat di Dewan Terbuka SK Gong Pasir, Majlis Pelancaran Menjelang 40 hari UPSR diadakan. Semua pelajar terlibat dalam majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada cikgu Aini Mohd. Zain, selaku guru kaunseling. Beliau banyak memberi tips-tips dan kata -kata semangat kepada pelajar.
Majlis diteruskan dengan ucapan utama yang disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Nik Hamidah Nik Ibrahim. Beliau banyak mengingati pelajar tentang penting UPSR dan persediaan dalam menghadapi UPSR.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian saguhati kepada pelajar yang mendapat 5A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini iaitu seramai 5 orang pelajar. Taniah diucapakn.
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian oleh pelajar tahun 6 iaitu lagu "Yakin Boleh". Pelajar menyanyi dengan penuh semangat bersama-sama dengan guru. dan majlis diakhiri dengan menurunkan dan menulis kata-kata semangat keatas kain rentang khas. Semua guru dan pelajar tahun 6 terlibat dalam menulis kata-kata semagat dan aku janji oleh pelajar tahun 6. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa UPSR dalam menjayakan program tersebut.

Badrul Afzan

Amir Muqri

Nur Intam Maisarah

Mohd Zakwan

Pn Aini-Kaunselor

Lawatan ke SK Paka 2

Pada 21 Julai 2013, sekumpulan guru SKGP seramai 9 orang yang diketui oleh Pn. Guru Besar telah melawat ke SK PAKA 2. Lawatan ini bertujuan melihat dengan lebih dekat suasana sekolah berkenaan yang merupakan sekolah kluster dan juga mendengar resepi kejayaan yang dicapai oleh sekolah berkenaan.
kenang-kenangan di lobi

taklimat disampaikan oleh PK1 & PK PPKIBP

sebahagian guru SKGP
mendengar taklimat

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Faridah Che Ngah

Pada 8 Julai yang lalu, Majlis Persaraan Pn. Hjh. faridah Che Ngah selaku PK Hem telah diadakan. majlis berkenaan diadakan di dewan sekolah. majlis dimulakan dengan sambuan bunga mangga dan alunan paluan kompang oleh pelajar dan diiringi oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru.Maka genaplah selama 35 tahun menjadi guru, dan majlis persaraan itu diadakan untuk mengenang jasa sepanjang perkhidamatan menjadi guru. SELAMAT BERSARA.
Ketibaan PK Hem di lobi

Bacaan doa

upacara memotong pulut kuning

upacara menyarung cincin tanda kenangan

Kejohanan Balapan dan Padang 2013

Kejohanan balapan dan padang 2013 yang bermula 2-4 Julai telah berjaya dengan jayanya. Taniah kepada pememang bagi setiap acara yang dipertandingkan dan taniah kepada rumah kuning dan biru yang berjaya dalam pertandingan masing-masing.