PENGUMUMAN

TEMU MURNI 2 UPSR 2017

Nama Program
Temu Murni Ibu Bapa Murid UPSR 2017 Kali ke-2

Unit                                        
Jawatankuasa UPSR

Tarikh Pelaksanaan             
 20 April 2017

Masa
9.00 pagi

Tempat                  
Dewan Iltizam, SKGP

Objektif                 
Menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi akademik semasa murid-murid kepada ibubapa. 
Membentang analisa pencapaian Ujian OTI 1
Memberi taklimat mengenai program/aktiviti UPSR 2017 yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan nanti

Kumpulan Sasaran
Ibu Bapa Murid Tahun 6, Guru Tahun 6 dan Murid Tahun 6


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid UPSR 2017 telah diadakan pada 20 April 2017, Khamis pada jam 9 pagi. Majlis telah diadakan di Dewan Iltizam, SK Gong Pasir. Kehadiran Ibu Bapa pada kali ini sangat membanggakan kerana hampir 90% datang menghadiri majlis.

DOA

ALUAN GB

UCAPAN YDP PIBG

PERASMIAN OLEH EN ABDUL  MUBIN BIN ISMAIL - TIMB PPD D









BACAAN IKRAR UPSR



Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Che Ku Suhaimi B Che Ku Abdul Rahman. Seterusnya Ucapan dari Tuan Guru Besar En Ahmad B Mohd Ali. Beliau membentangkan Analisa pencapian ujian OTI 1 dan program/aktiviti UPSR.

Yang Di Pertua PIBG turut meluangkan masa menghadiri majlis ini. Beliau telah memberi kata-kata semangat kepada murid dan Ibu Bapa serta Guru. Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, En Abdul Mubin B Ismail telah berbesarkan hati datang merasmikan Majlis Temu Murni kali ini. Beliau telah memberi ucapan berkaitan peranan guru dalam membantu meningkatkan pencapaian murid dan peranan Ibu Bapa dan murid dalam membantu guru bagi mencapai matlamat tersebut.



Seterusnya, pemberian Insentif kepada 3 orang murid yang telah mencapai keputusan yang cemerlang. Kemudian, pengisytiharaan murid target seramai 20 orang. Tambahan 2 orang murid yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pembacaan ikrar oleh semua murid tahun 6 dibaca di ketuai oleh ketua pengawas iaitu Muhammad Asfa Asyraf B Mohd Nor.  Selepas itu, murid menandatangani surat Aku Janji di hadapan Ibu Bapa mereka

Sebelum bersurai, ibubapa berpeluang untuk bertemu dengan guru kelas untuk mengetahui perkembangan akademik dan sahsiah anak masing-masing.

        DAPATAN
Kekuatan
i)             Jumlah ibubapa yang hadir memberi impak positif terhadap kecaknaaan murid-murid .
ii)            Pemberian Insentif kepada murid cemerlang memberi motivasi kepada murid.
 Disediakan oleh,                                                                                 
                                                                               
 ...............t.t.............................                                                                      
(MAROZITA BINTI MIOR MOHD YUSOP)
Penyelaras Jawatankuasa UPSR
SK Gong Pasir
                                  
                            
  Disahkan oleh :

   ………………t.t………………………..
 (AHMAD BIN MOHD ALI)
  Guru Besar
  SK Gong Pasir

No comments:

Post a Comment