PENGUMUMAN

KEM TRANSFORMASI KEPIMPINAN BERSEPADU SKGP 2017

LAPORAN PERJALANAN KEM TRANSFORMASI KEPIMPINAN BERSEPADU 2017

Program :                     Kem Transformasi Kepimpinan Bersepadu 2017
Unit :                          HEM -Pengawas sekolah
Tarikh Pelaksanaan:          25 -26 April 2017
Tempat:                       D’Teratai Beach Resort Rantau Abang

1.    Objektif

Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penguasaan dalam bidang kepimpinan terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan tugas wajib sebagai pemimpin dan pembantu guru di sekolah. Selain itu kem ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri setiap pelajar sepanjang mereka melaksanakan amanah yang dipikul

2.    Kumpulan Sasaran

Pengawas Sekolah                   : 15 orang
Pengawas Pusat Sumber                  : 15 orang
Pembimbing Rakan Sebaya               : 15 orang
Ketua Kelas                               : 9 orang
Penolong Ketua Kelas                    : 9 orang
Jumlah                                    : 64 orang

3.    Agenda  / Aktiviti Kem

1. LDK 1 – slot Pengawas Sekolah
2. LDK 2 -  slot Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. LDK 3 –  slot Pembimbing  Rakan Sebaya
4. Refleksi LDK
5. Ekplorasi / Riadah
6. Ceramah Kepimpinan

4.    Laporan Pelaksanaan Kem

Program Kem Transformasi ini telah berjalan dengan sebaik mungkin seperti mana yang telah dirancang. Kem ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan  dari Tuan Guru Besar SK Gong Pasir iaitu En Ahmad b Mohd Ali. Aktiviti diteruskan dengan program pertama iaitu LDK 1. Selepas minum pagi LDK 2 pula menyusul dan diikuti dengan LDK 3 selepas makan tengahari.




            Aktiviti petang dipenuhi dengan acara Refleksi LDK bagi memantapkan dan meneguhkan ilmu yang ditimba sebelum ini. Seterusnya aktiviti Eksplorasi dan Riadah diadakan untuk menenangkan minda disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru.
            Seterusnya aktiviti kerohanian diteruskan sewaktu solat maghrib dan isyak yang berupa bacaan Yasin dan tazkirah agar dapat meneguhkan kekuatan rohani dan mental pelajar di samping menguatkan pergantungan kepada Allah swt.

















            Pada hari ke 2 Ceramah Kepimpinan disampaikan kepada pelajar untuk memantapkan lagi segala ilmu dan kemahiranm yang diperolehi sepanjang kem diadakan. Seterusnya majlis penutup diadakan dan dihadiri oleh penceramah jemputan polis iaitu ASP Mohd Abd Aziz b Muhammad. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderamata.Majlis bersurai pada 10.30 pagi.









  Disediakan                                                           
  ………………………………..                                              
 (Pn Rosnani Hassain)                                                 
 SU                                                                      
 SK Gong Pasir Dungun
                                               
 Disemak oleh
 …………………………………………………
 (En Abdul Jabar b Habib Mohamad)
 PK Hal Ehwal Murid

 Disahkan oleh
 …………………………………….
 (Ahmad b Mohd Ali)
 Guru Besar
 SK Gong Pasir Dungun

No comments:

Post a Comment