PENGUMUMAN

PROG PERKONGSIAN INFORMASI GURU TABIKA PERPADUAN DAN GURU PRA SEKOLAH SKGP 2017

PERKONGSIAN INFORMASI GURU TABIKA PERPADUAN & GURU PRASEKOLAH SK GONG PASIR

NAMA PROGRAM
Perkongsian informasi guru Tabika Perpaduan Daerah Dungun dan guru prasekolah SK Gong Pasir  

PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah

TARIKH PELAKSANAAN
12 April 2017

TEMPAT
 Bilik Mesyuarat dan kelas prasekolah Sk Gong Pasir , Dungun

MASA
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari

PENGENALAN

            Program perkongsian informasi dijalankan bersama yang dijalankan oleh pihak Tabika Perpaduan Daerah Dungun ke prasekolah SK Gong Pasir Dungun untuk pertama kali ini merupakan salah satu program perkongsian ilmu di antara guru prasekolah dan guru Tabika Perpaduan.  Program ini merupakan inisiatif untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran seharian guru pendidikan awal kanak - kanak.

OBJEKTIF
v  Memberi peluang di antara guru berlainan organisasi berkongsi maklumat dan kemahiran mengajar.
v  Dapat mengimbangi dan memantapkan ilmu pengajaran dan pembelajaran.
v  Dapat meningkatkan semangat kerjasama guru untuk mendapat hasil yang berkualiti.
v  Dapat meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran serta mengaplikasikannya untuk mengoptimumkan kemenjadian murid.

KUMPULAN SASARAN
Pengurusan SK Gong Pasir
Pengurusan Prasekolah SK Gong Pasir
LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN PROGRAM

Program berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan sebelum ini. Kunjungan tiba pada pukul 8.40 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Seramai 5 orang pegawai dan 22 orang guru dari Jabatan diberi taklimat  oleh Guru Besar SK Gong Pasir Encik Ahmad b. Mohd Ali dan guru-guru prasekolah SK Gong Pasir Puan Rohana bt. Abd Latiff dan Puan Suhana bt. Chik dibilik mesyuarat.

Perkongsian informasi berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan KSPK
( Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ).

Harapan , hasil perkongsian informasi  ini dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah dan memperkasakan lagi kemenjadian murid SK Gong Pasir Dungun.


Secara keseluruhannya , program ini telah berjaya seperti yang telah dirancangkan dan mencapai objektifnya. 






















Disediakan oleh                                                      Disemak oleh
………………………………                                             ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff                                 Encik Hamka b. Abu Bakar
Setiausaha Prasekolah                                          PK , Pentadbiran
SK Gong Pasir , Dungun                                       SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu                                                             Terengganu




Disahkan oleh

……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu

No comments:

Post a Comment