PENGUMUMAN

PELANCARAN PSS 2017


LAPORAN  PELANCARAN  PROGRAM  PUSAT SUMBER SEKOLAH , 2017
Program        :  PELANCARAN TV PUSAT SUMBER SEKOLAH, NILAM, FROGVLE    
                          DAN MBMMBI  PERINGKAT SEKOLAH 2017
Unit              :    Kurikulum ( Pusat Sumber Sekolah )
Tarikh Pelaksanaan    :          09.03.2017 (KHAMIS)
Tempat        :         DEWAN  ILTIZAM, SKGP
Masa            :        9.00 PAGI   

1.  Objektif
Meningkatkan pengetahun murid-murid dan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat yang seiring dengan perkembangan dunia, di samping meningkatkan keyakinan diri dalam menguasai bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi dan menjadi murid yang cemerlang.

2.   Kumpulan sasaran : Semua warga SKGP

3.   Laporan Pelaksanaan Aktiviti :

Program pelancaran Pusat Sumber Sekolah berjalan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan.  Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, seterusnya bacaan doa oleh ustaz Che Ku Suhaimi bin Che Ku Abd. Rahman. Selepas bacaan doa, acara diteruskan dengan akitiviti membaca selama 10 minit; semua guru dan semua murid. Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan persembahan murid iaitu nyanyian lagu “NILAM” diikuti dengan  lagu “5 Buku Di atas Meja”. Acara diteruskan  dengan  aktiviti mendeklamasikan sajak daripada murid-murid Tahun 6 iaitu Nur Athirah Syakhirah dan Nur Farhana. Acara diteruskan lagi dengan cerita yang telah disampaikan oleh Adik  Nur Damia dari Tahun 5 Majah.

            
       Seterusnya  ucapan  dan   perasmian   oleh Tuan Guru Besar SK. Gong Pasir, En. Ahmad bin Mohd Ali. Acara diteruskan dengan gimik pelancaran dan tayangan montaj TV D’Gong Channel. Selepas itu Tuan Guru Besar  menyampaikan tag  kepada Frog Champion dan Ketua Kelas dan diikuti dengan penyampaian tag kepada wartawan-wartawan D’Gong Channel. Majlis bersurai pada pukul 10.00 pagi.





Aktiviti yang diadakan ialah :

  1. Membaca selama 10 minit
  2. Persembahan murid:-
  3. Bacaan selama 10 minit –Read  Together
*Nyanyian lagu NILAM
*Nyanyian Lima Buku Di atas Meja
*Tayangan Montaj TV PSS D’Gong Channel
*Deklamasi sajak

*Bercerita





































No comments:

Post a Comment