PENGUMUMAN

PROGRAM SINGGAH SAYANG UPSR 2016 OLEH PEGAWAI PEMBANGUNAN DUNGUN

Nama Program          
PROGRAM SINGGAH SAYANG UPSR 2016 BERSAMA DENGAN YANG BERBAHAGIA 
DATO HJ DIN BIN ADAM, PEGAWAI PEMBANGUNAN DUNGUN

Unit                            :UPSR
Tarikh Pelaksanaan :11 OGOS 2016 (KHAMIS)
Tempat                       :DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa                          :11.00 PAGI

Objektif
1.      Meningkatkan keyakinan diri murid dan azam yang tinggi bagi menghadapi UPSR.
2.      Menanam sikap terus cemerlang dan boleh melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga, sekolah dan masyarakat.
3.      Meningkatkan prestasi calon UPSR dan sekolah dalam Semua A, GPS dan pencapaian MIN D.

Kumpulan Sasaran     :  Murid Tahun 6 (75 0rang)


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Program ini adalah anjuran UMNO Dungun dengan kerjasama MGB Dungun.  Yand Berbahagia Dato Hj Din bin Adam bersama sama dengan rombonganya melawat beberapa buah sekolah dalam setiap DUN  dengan tujuan memberi motivasi kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang hampir tiba. Diharapkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato dapat menaikkan semangat serta  keyakinan diri murid untuk terus cemerlang.






Kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Din b Adam, Pegawai Pembangunan Dungun memberi ucapan motivasi kepada calon-calon UPSR dan telah memberi sedikit saguhati kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diajukannya. Beliau juga telah memberi sumbangan kepada pelajar yang memperolehi 6A dan 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR seramai 5 orang.


Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berbahagia Dato Hj Din bin Adam, En Abd Mubin bin Ismail ,Timbalan PPD Dungun, En Alias bin Sulaiman, Pen PPD Pengurusan Kurikulum, En Nasran bin Salleh , Pen PPD KGSK dan MGB Dungun .

Terima kasih, sekalung budi kami ucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Din B Adam dan skuadnya kerana sudi meluangkan masa dengan calon-calon UPSR kami dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Dapatan:

Kekuatan
Mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Murid memberi respon yang baik dan aktif.



Disediakan oleh:                                                                     

………………………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                             
Penyelaras UPSR   



Disemak oleh ;

..............................................................................      
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
PK Pentadbiran


Disahkan oleh ;

.............................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar                                                            

No comments:

Post a Comment