PENGUMUMAN

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR 2016 DAN FORUM AGAMA

Nama Program           
MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2016 DAN FORUM AGAMA

Unit                               : UPSR DAN PANITIA AGAMA
Tarikh Pelaksanaan    : 26 OGOS 2016 (JUMAAT)
Tempat                         :  DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa                            :  8.15 PAGI

Objektif

1     Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar

      Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.

      Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.

4      Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru

Kumpulan Sasaran     :  

Murid Tahun 6 (75 0rang)
Ibu Bapa Murid Tahun  6
Semua Guru SKGP

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:


Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah dilaksanakan pada 26 0gos 2016 ( Jumaat) sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 September 2016. Majlis dianjurkan oleh Unit UPSR dengan kerjasama Panitia Agama. Semua murid tahun 6, semua guru dan ibu bapa calon UPSR sekolah ini dijemput hadir. 

Majlis dimulakan dengan solat hajat pada jam 8.30 pg yang telah diimamkan oleh Ustaz Che Ku Suhaimi. Kemudian, majlis bacaan Yassin dimulakan dengan diketuai  oleh Ustaz Che Ku Suhaimi. Setelah selesai bacaan Yassin, Guru Besar En Ahmad B Mohd Ali telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada calon UPSR.








Setelah selesai melaksanakan solat hajat, semua jemaah dijemput mendengar Forum Agama yang bertajuk Peranan Ibu Bapa Di musim Peperiksaan. Ahli panel terdiri daripada  Ustaz Wan Anuar B Wan Mamat, Pensyarah dari UiTM Dungun dan Tn Hj Muhammad Yusof B Musa, Kaunselor dari SM(A) Sultan Ismail, Dungun.  Moderatornya ialah Ustaz Othman dari SK Gong Pasir. Forum Agama ini telah berlangsung selama 1 jam yang berkisar mengenai tugas serta peranan murid, guru dan juga ibu bapa dalam menyediakan para calon untuk menghadapi UPSR. Semua hadirin dijemput untuk  menjamu selera setelah selesai forum tersebut.







Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Majlis ini selesai pada pukul 11.00 pagi.

Dapatan:

Kekuatan
Mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.
Murid memberi respon yang baik dan aktif. Ramai para ibu yang hadir dan turut sama membantu menjayakan majlis ini.



Disediakan oleh:                                                                                    

…………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                            
Penyelaras UPSR                                                                     


Disemak oleh;

.............................................................................
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran


Disahkan oleh ;

.............................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar

No comments:

Post a Comment