PENGUMUMAN

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2016

Nama Program           
MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2016

Unit                              : UPSR
Tarikh Pelaksanaan   : 01.09.2016 (KHAMIS)
Tempat                        : DEWAN ILTIZAM, SKGP
Masa                            : 11.00 PAGI

Objektif
1.      Memberi restu ilmu daripada guru-guru kepada semua calon UPSR 2016 sebelum peperiksaan UPSR supaya dapat menduduki peperiksaan dengan jiwa yang tenang dan minda yang cerdas.
2.      Memberi suntikan semangat agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat akhir sebelum peperiksaan bermula.


Kumpulan Sasaran     :  Murid Tahun 6 (75 0rang)


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Majlis Restu Ilmu di antara guru dengan murid mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu UPSR 2016 telah diadakan pada 01 September 2016 bersamaan Hari Khamis pada jam 11.00 pagi. 

Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan murid. Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat kepada semua warga SKGP.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Othman B Che Yusoof.  Majlis diikuti dengan ucapan daripada guru besar En Ahmad B Mohd Ali. Seterusnya ucapan daripada wakil Pegawai JPNT. Tn Syed Mohd Al-Amin @ Kyirulnizam B Tn Sharif (Penyelia Peperiksaan (Luar Negeri). Seterusnya ucapan wakil murid tahun 6 iaitu Muhamad Solihulamin dari kelas 6 IS.  Kemudian tayangan slaid berkaitan dengan pengorbanan ibu bapa.







Akhir sekali murid memohon restu daripada semua guru dengan bersalaman dan bermaaf-maafan.









Disediakan oleh:                                                                      

………………………………………………………………                              
(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                            
Penyelaras UPSR                                                                   

No comments:

Post a Comment