PENGUMUMAN

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2017

Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun Satu 2017



1.0     PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program Transisi pada tahun 2001. Program ini diwujudkan bagi membantu murid-muridTahun 1 menyesuaikan diri dengan alam persekolahan formal samaada dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial. Secara keseluruhannya, Program Transisi Tahun Satu ini bermula pada hari pertama sesi persekolahan sehingga minggu ketiga. Program ini masih diteruskan kerana ia didapati berkesan untuk  dipraktikkan di sekolah seluruh Malaysia.

2.0     TUJUAN

2.1         Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang   singkat.
2.2         Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, rohani dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara normal di Tahun Satu.
2.3         Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.


3.0     OBJEKTIF

3.1    Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran   pembelajaran yang formal.
3.2    Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut  sukatan pelajaran Tahun1.
3.3    Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
3.4    Menyesuaikan diri di kelasTahun 1.
3.5    Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

4.0 PENGISIAN PROGRAM TRANSISI  TAHUN 1
          Sila rujuk lampiran yang disediakan.

5.0 TEMA: MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

          5.1 Minda Cerdas
               Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.
           
5.2 Mata Bercahaya
               Murid-murid Tahun Satu ini merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan - kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

13.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

13.1 Pertandingan mewarna
KELAS
KEDUDUKAN
NAMA
1 Ibnu Majah
1
Nur Assyifa Khumaira bt Zulpinaini

2
Nur Auni Syahirah bt Zulkifli

3
Nur Arisya Umaira bt Azman
1 Ibnu Khaldun
1
Nur Zahra Aleeya Nazeha bt Ahmad Nazeri

2
Muhammad Fawzan b Azlan

3
Nurina Umairah bt Khairulnizan
1 IbnuNafis
1
Siti Nur Syahira bt Iskandar

2
Muhammad Adam Hakim b Deraman

3
Nurul Jazmina bt Abdul Halim


13.2 Sukaneka
KEDUDUKAN
NAMA KUMPULAN
MARKAH
1
Kumpulan 5
150
2
Kumpulan 3
130
3
Kumpulan 1
120
4
Kumpulan 2
118
5
Kumpulan 4
110


13.3   Murid Terbaik
KELAS
NAMA MURID
1 Ibnu Majah
Kumpulan 5
1 Ibnu Khaldun
Kumpulan 3
1 Ibnu Nafis
Kumpulan 1


14.0 LAPORAN BERGAMBAR










15.0 PENUTUP  
    
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang dapat membantu murid menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun satu yang datangnya dari latar belakang ,pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Disediakan oleh,

……………………………………….
(PN.NIK ELIANEI BT NASIR)
Penyelaras Program Transisi 2017
SK Gong Pasir,DungunTertengganu.

Disemak oleh,

……………………………………..
( EN HAMKA B ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu.

Disahkan oleh,
………………………………………….
( EN AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar

SK Gong Pasir,Dungun,Terengganu.



 

























.

                                                                 


                                                                                                      










                                                                                      








 








                                                                                   








 












































No comments:

Post a Comment