PENGUMUMAN

PERTANDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN CEMERLANG 2016

PERTANDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN CEMERLANG 2016
KATEGORI KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH



Nama Program          : Projek Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2016
                                         Kategori Kebersihan dan Keindahan Sekolah
Unit                             :  2016 SKGP PBT TEAM
Tarikh Pelaksanaan   : 23.10.2016 hingga 8.11.2016
Tempat                       : Bulatan bahagian hadapan pintu utama sekolah dan jalan laluan masuk
Objektif                      : Pertandingan ini dianjurkan bagi:
1.      Menggalakkan semua PBT menitikberatkan aspek keceriaan dan keindahan kawasan dibawah pentadbiran masing-masing.
2.      Mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Kumpulan Sasaran    :  Semua warga SKGP

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:
Fasa pertama dalam menjayakan pertandingan PBT adalah menubuhkan Jawatan kuasa kerja pertandingan PBT  bagi memastikan misi memasuki pertandingan ini berjaya menjadikan persekitaran sekolah lebih ceria dan mendapat tempat dalam pertandingan ini.  Hasil daripada perbincangan yang pertama adalah pemilihan konsep dan kawasan yang perlu ditransformasikan ditetapkan.

JK Pertandingan PBT telah sepakat memilih konsep kitar dan guna semula. Memandangkan kawasan pintu utama sekolah kurang ceria jadi kawasan tersebut telah dipilih untuk melaksanakan pertandingan PBT ini serta jalan laluan masuk ke dalam sekolah. Disamping itu juga, sudut kitar dan guna semula dibina bagi mempamerkan hasil kerja murid.

JK Pertandingan PBT 2016

Penasihat
En Ahmad B Mohd Ali
Guru Besar

Pengerusi
En Hamka B Abu Bakar
GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi
Tn Hj  Amri B Aman
(GPK HEM)
En Abu Seman B Md Salleh
(GPK Ko)


AJK Landskap                                                                            AJK Sudut Kitar dan Guna Semula
Pn Marozita Bt Mior Mohamad Yusop                                       Pn Hjh Hasnah Bt Yazid
Pn Nik Elainie Bt Nasir                                                               Pn Nuawati Bt Mohamad
Pn Nor Afisah Bt Mohd Nor
Pn Asmah Laili Bt Adam
Pn Hjh Zalilah Bt Abu Bakar
En Mohd Zawawi Hamzah           
En Roazmi B Mohamad
En Mohd Hizarudin
Tn Hj Mohd Fauzi B Ismail

Fasa kedua adalah mencari sumber kewangan bagi menampung kos untuk membeli bahan dan serta alatan. Surat sumbangan juga turut diedarkan bagi memohon sumbangan barangan terpakai dan pokok bunga hiasan.

Bahan-bahan dan alatan yang diperlukan dibeli adalah seperti berikut:

Bil
Bahan/ Alatan
Kos
Sumber Kewangan
1.
Cat
Berus cat
Skru
Gunting
Pisau
Sarung tangan
Simen

RM     855.00

Sekolah = RM 755.00
PIBG      =  RM 400.00
2.
Papan tanda dan stiker
RM    300.00
Jumlah
RM 1,155.00
                 RM 1,155.00
















Bil
Bahan-bahan
Sumbangan
1.
Pokok bunga hiasan
Majlis Perbandaran Dungun
2.
Cat Spray
Batu kecil (putih)
Pokok bunga

Pn Nora Bt Awang (ibu murid SKGP)
3.
Tayar
Kedai-kedai tayar sekitar Bandar Dungun
4.
Rim basikal
Pn Asmah Laili (guru SKGP)
5.
Botol-botol air
Awie Metal Sdn Bhd
6.
Zink aluminium
Lebihan daripada projek pondok Anti Dadah





















Fasa ketiga, kerja-kerja memperindahkan landskap mula dilakukan dan model-model haiwan dari tayar terpakai mula dibina. Hampir kesemua warga SKGP dan Ajk PIBG turun padang membantu menyiapkannya.








Pada 8.11.2017 seorang pemantau dari PPD Dungun telah hadir untuk menilai projek pertandingan PBT ini. Kejayaan pelaksanaan projek pertandingan PBT ini adalah hasil kerjasama dari seluruh warga SKGP yang telah memberi komitmen yang tinggi. Melalui projek ini juga telah menjadikan persekitaran sekolah lebih ceria, kondusif dan bersih.

Pada 29.12.2016 satu majlis pemyampaian hadiah Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang 2016  telah diadakan di Dewan Arena Merdeka, Dungun, Terengganu pada masa 2.30 petang. Sekolah ini telah berjaya mendapat Naib Johan bagi Kategori Kebersihan dan Keindahan Sekolah Rendah. 









Dapatan:

Kekuatan
1.      Mendapat kerjasama dari segi tenaga daripada guru dan ajk PIBG serta ibu bapa murid sekolah dalam menyiapkan landskap PBT.
2.      Mendapat sumbagan seperti bunga hiasan, cat, tayar dan duit daripada Majlis Perbandaran Dungun, kedai-kedai tayar sekitar Dungun, ibu bapa dan PIBG bagi menjayakan projek PBT ini.

Kelemahan
1.      Kekangan masa dalam menyiapkan landskap PBT
2.      Kekurangan bunga hiasan untuk memperindahkan lagi landskap PBT
3.      Kekurangan bahan untuk menyiapkan model-model haiwan daripada barangan terbuang.

Penambahbaikan
1.      Masa yang lebih lama bagi meyiapkan landskap
2.      Memerlukan bunga hiasan yang lebih banyak yang boleh didapati daripada sumbangan ibu bapa murid sekolah.

g     Disediakan oleh:                                                                                     Disahkan oleh:             



(MAROZITA BT MIOR MOHAMAD YUSOP)                            (AHMAD B MOHD ALI)
P enyelaras JK Pertandingan PBT                                                    Guru Besar







No comments:

Post a Comment