PENGUMUMAN

PERTUKARAN GURU PRASEKOLAH




Puan Zarinah bt Zakaria yang telah mula bertugas di sekolah ini pada 16 Dis 2010 telah bertukar ke SK Batu 48 Dungun berkuatkuasa 2 Mei 2016 dan diganti oleh Pn Norhayati bt Alias yang sebelum ini bertugas di SK Balai Besar Dungun.

Puan Zarinah merupakan seorang guru yang berdedikasi yang telah banyak mencurahkan bakti terhadap perkembangan pendidikan prasekolah samada di peringkat sekolah mahupun daerah.
SKGP telah memenangi beberapa kategori pertandingan prasekolah dan di antaranya ialah Naib Johan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Prasekolah Anjuran JPNT dan Yayasan Terengganu
( 2013 ), Pengurusan Prasekolah Terbaik Anjuran PPD Dungun ( 2013 ) dan Pengurusan Buku Rekod  PdP Terbaik sempena hari guru peringkat daerah Dungun ( 2014 ).

Seluruh warga SKGP mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baharu kepada Puan Zarinah dan mengucapkan selamat datang kepada Puan Norhayati bt Alias.


No comments:

Post a Comment