PENGUMUMAN

Pelantikan Guru Besar Baharu

2 Mei 2016. SK Gong Pasir telah menerima kehadiran guru besar baharu, Encik Ahmad bin Mohd Ali bersama dengan rombongan para pegawai dari PPD Dungun yang diketuai oleh Encik Abdul Mubin bin Ismail, Timbalan PPD Dungun.

Selaku guru besar baharu, beliau akan meneruskan agenda kecemerlangan sekolah yang dilaksanakan di sekolah sebelum ini dengan mengekalkan visi dan misi sekolah di samping memantapkan hubungan dengan semua warga sekolah. Beliau juga akn menekankan aspek keberkesanan P & P guru serta mewujudkan kerjasama yang lebih baik dengan PIBG dan komuniti yang ada di persekitaran sekolah.

Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak, SK Gong Pasir mampu mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.






No comments:

Post a Comment