PENGUMUMAN

KBS SIRI 1 2017

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT
SIRI 1
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR
2017



NAMA PROGRAM 
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

UNIT
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & Jqaf

TARIKH PELAKSANAAN 
21. JULAI.2017

MASA 
8.00 – 11.00 PAGI

TEMPAT
DEWAN ILTIZAM SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

OBJEKTIF
1.      Memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan solat dan beramal soleh.
2.      Menajayakan program jQAF  untuk melahirkan murid – murid yang tahu menunaikan solat dari peringkat kanak – kanak dan mengetahui kewajipan sebagai seorang muslim.
3.      Merealisasikan impian kerajaan untuk melahirkan pelajar – pelajar cemerlang bukan hanya akademik tetapi dari segi akhlak dan sahsiah juga.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 1 hingga 6


Panitia Pendidikan Islam bersama jQAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Gong Pasir pada 21. Julai.2017 hari Jumaat.
Antara perkara utama yang diterapkan dalam kem ini ialah :
Murid Tahun 1 & 2 :
-          Dapat mengetahui cara berwudhu’ dengan betul dan sempurna.
-          Dapat mengetahui cara menunaikan solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan.
Murid Tahun 3 & 4 :
-          Dapat membezakan anggota rukun dan sunat dalam solat .
-          Dapat menghafaz dan membaca bacaan dalam solat dengan betul termasuk membaca surah – surah lazim seperti Al Ikhlas , Al Falaq , An Naas .
-          Boleh membaca doa wudhu’ dengan betul dan sempurna.

Murid Tahun 5 & 6  :
-          Dapat melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.
-          Dapat membaca tahiyyat awal dan akhir dan bacaan dalam solat yang lain – lain  dengan betul dan lancar .
-          Dapat membaca doa Qunut dengan betul dan lancar.
-          Dapat menyatakan perkara yang membatalkan wudhu’ dan solat dengan betul.
 Kem bermula jam 7.45 pagi dengan sesi pendaftaran. Murid – murid telah datang ke sekolah seawal jam 7.30 pagi untuk menjayakan kem kali ini. Sebelum murid dibahagikan kepada para fasilitator , murid – murid dikumpulkan di Dataran Iltizam untuk latihan kawad kaki yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaid bin Ismail. Latihan kawad ini demi memastikan murid – murid berdisiplin dalam apa jua keadaan dan melatih mereka lebih berdisiplin.

Seterusnya , para fasilitator yang terdiri dari kalangan guru diberikan penerangan tentang perjalanan kem yang diadakan pada hari tersebut. Di mana murid tahun 5 & 6 akan berada di Pusat Sumber Sekolah ( Darul ‘Ulum ) , murid tahun 3 & 4 berada di Surau Sekolah dan murid tahun 1 & 2 berada di Dewan Iltizam bersama fasilitator masing – masing .





Bagi sesi pagi , murid diberi penerangan oleh fasilitator masing – masing tentang aktiviti dan matlamat kem pada kali ini. Tepat jam 10.00 pagi, murid – murid berhenti rehat seketika untuk sarapan pagi di kantin sekolah. Kem disambung semula tepat jam 10.30 pagi dengan amali wudhu’ dan amali solat.

Semua murid dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan kem ini. Dengan kem ini , diharapkan agar murid – murid Sekolah Kebangsaan Gong Pair akan menjadi murid yang cemerlang dalam sahsiyah mereka terutama dalam bab menjaga solat. Solat itu tiang agama.

Itulah yang cuba diterapkan oleh kesemua guru dalam diri murid sekolah ini memandangkan solat ialah perkara utama yang wajib dijaga oleh kita sebagai umat Islam.

Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru  , murid – murid, dan juga ibu bapa yang memberikan sokongan padu kepada kami dalam menjayakan kem kali ini.

SOLAT ITU TIANG AGAMA.
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1.

Laporan Disediakan Oleh :

Nur Jalilah binti Che Azih.
              &
Hanim binti Ngah Baharuddin. 

No comments:

Post a Comment