PENGUMUMAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017




Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir,23000 Dungun,Terengganu.


Tarikh Pelaksaan

5 Februari 2017

Tempat
Dewan ILTIZAM, Sekolah Kebangsaan Gong  Pasir.

Tetamu Kehormat
1.Sarjan Kamarul  Zaman bin Hassan.Pegawai PDRM
2.Encik Sabudin bin Mahmud
   Pegawai Perhubungan Sekolah (Wakil PPD)


Kehadiran  Murid

571 orang


Kehadiran  Guru

40 orang


Ulasan Pelaksaan Program.

Semua dif jemputan , guru dan murid berkumpul di dewan Iltizam pada pukul 7.45pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. seterusnya bacaan doa daripada Ustaz Che Ku Suhaimi bin Che Ku Abd. Rahman. Selesai bacaan doa, bacaan Ikrar dibacakan oleh Ketua Murid SK.Gong Pasir, adik  Muhammad Asfar bin Mohd Noor.
                                  .
   Majlis diteruskan oleh, Sarjan Kamarul Zaman  bin Hassan membacakan Perutusan daripada Ketua Polis Negara, Polis Di Raja Malaysia. Acara kemuncak program apabila  Yang Berusaha Tuan Guru Besar,  Encik Ahmad bin Mohd Ali  membacakan Perutusan daripada Ketua PengarahPendidikan Malaysia, KementerianPendidikan Malaysia dan seterusnya merasmikan Pelancaran  Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Peti Aduan Murid. Akhir sekali sesi bergambar diadakan.

















DISEDIAKAN OLEH,                                                                                             

………………………………………………..…………….
( AINI BINTI MOHD ZAIN )
GURU BIMBINGAN DAN  KAUNSELING ,
SK.GONG PASIR.

DISEMAK OLEH,

………………………………………………………………
( EN. ABDUL JABAR BIN HABIB MOHAMAD )
 GPK HAL EHWAL MURID,
 SK. GONG PASIR.

DISAHKAN OLEH,

………………………………………………………………
( EN. AHMAD BIN MOHD ALI  )
 GURU BESAR,

SK. GONG PASIR.

No comments:

Post a Comment