PENGUMUMAN

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMATKAN GAZA 2014

Alhamdulillah, pada 12 ogos 2014 semourna sudah program yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Selamatkan Gaza 2014. Bertempat di dewan terbuka SK Gong Pasir, beberapa acara telah diadakan untuk memeriahkan sambutan tersebut.
Acara dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar iaitu puan Hjh, Myshithah binti Mohamad Ali. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan pelajar mematuhi peraturan dan disiplin semasa menyambut hari raya.
Pelbagai acara diadakan  sepanjang sambutan berkenaan seperti pakaian bertema, pakaian paling glamer dikalangan pelajar dan guru, acara karoake dan kemuncaknya adalah tetamu khas menandatangani kain rentang selamatkan gaza.SYABAS...
warga sekolah bergambar bersama

persembahan pelajar

rumah terbuka mengikut tahun

tetamu terhormat yang turut datang

tandatangani kain rentang

1 comment: