PENGUMUMAN

Majlis Pelancaran Menjelang 40 Hari UPSR

Bertempat di Dewan Terbuka SK Gong Pasir, Majlis Pelancaran Menjelang 40 hari UPSR diadakan. Semua pelajar terlibat dalam majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada cikgu Aini Mohd. Zain, selaku guru kaunseling. Beliau banyak memberi tips-tips dan kata -kata semangat kepada pelajar.
Majlis diteruskan dengan ucapan utama yang disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Nik Hamidah Nik Ibrahim. Beliau banyak mengingati pelajar tentang penting UPSR dan persediaan dalam menghadapi UPSR.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian saguhati kepada pelajar yang mendapat 5A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini iaitu seramai 5 orang pelajar. Taniah diucapakn.
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian oleh pelajar tahun 6 iaitu lagu "Yakin Boleh". Pelajar menyanyi dengan penuh semangat bersama-sama dengan guru. dan majlis diakhiri dengan menurunkan dan menulis kata-kata semangat keatas kain rentang khas. Semua guru dan pelajar tahun 6 terlibat dalam menulis kata-kata semagat dan aku janji oleh pelajar tahun 6. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa UPSR dalam menjayakan program tersebut.

Badrul Afzan

Amir Muqri

Nur Intam Maisarah

Mohd Zakwan

Pn Aini-Kaunselor

No comments:

Post a Comment