PENGUMUMAN

Majlis Persaraan Guru Besar Peringkat Sekolah

Pada 14 November 2013, merupakan hari yang bersejarah bagi warga SKGP kerana warga sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Puan Nik Hamidah Nik Ibrahim. Majlis tersebut diajurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKGP dan berjalan dengan lancar.


Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Pada 11 November, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013 telah diadakan di dewan terbuka SK Gong Pasir. Majlis ini diadakan untuk menghargai pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum, HEm dan juga Kokurikulum sepanjang tahun 2013. Majlis tersebut dirasmikan oleh YDP PIBG. Taniah kepada pelajar yang mnerima hadiah.

Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas 2013

Pada 10 November baru-baru ni, badan pengawas SKGP telah mengadakan jamuan akhir tahun di kantin SKGP. Seramai 60 orang pengawas bertukus-lumus menyiapkan jamuan ini diketuai oleh guru disiplin iaitu Cikgu Halim dan juga AJK-AJKnya.
Adik Badrul memberi ucapan terima kasih
Cg Abd. Halim memberi ucapan