PENGUMUMAN

MAJLIS TEMU MURNI GURU KELAS BERSAMA SAMA IBUBAPA MURID TAHUN 1 – 5, 2017

LAPORAN PROGRAM 3 DALAM 1
MAJLIS TEMU MURNI GURU KELAS BERSAMA IBUBAPA MURID TAHUN 1 – 5
TAKLIMAT SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPNI)
& TAKLIMAT FROG-VLE


TARIKH;
11 Julai 2017

HARI;
Selasa

MASA;
10.15 pagi – 2.00 petang

TEMPAT;
 Dewan Iltizam SK Gong Pasir (Perasmian & Taklimat),
Kelas Tahun 1 – 5 (Sesi Temu Murni)

PERASMIAN OLEH;
En. Sabudin Bin Mahmud
Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Dungun,

merangkap Pegawai 1P1S SK Gong Pasir Dungun.



OBJEKTIF;
 1. Meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan sahsiah
murid menerusi perbincangan bersama ibubapa murid
berkaitan pendidikan anak masing-masing.
2. Mencetus anjakan paradigma dan mendedahkan ibubapa
kepada dunia pendidikan alaf ke-21 dalam meningkatkan
lagi mutu pencapaian anak-anak mereka dalam bidang
akademik dan dunia ICT.
3. Mendidik dan memupuk sikap suka menabung untuk masa
depan terutamanya untuk pendidikan.


TENTATIF PROGRAM

-  10.15 pagi     : Ketibaan Ibu bapa 
: Ketibaan Jemputan       
-  10.45 pagi         : Ucapan aluan Pengerusi Majlis.
                : Bacaan Doa 
                                 (Ustaz Che Ku Suhaimi b CK A. Rahman)
  : Ucapan Guru Besar
     (En. Ahmad bin Mohd Ali)
  : Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD 
   (En. Sabudin Bin Mahmud)
            Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid,
            Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, 
                                  merangkap Pegawai 1P1S SK Gong Pasir     

  : Taklimat oleh Pegawai  (SSPNI)
    (En, Jusuraimi bin Jusoh)
  : Taklimat Frog-VLE.
  (Pn. Nuawati binti Mohamed dibantu oleh
             En. Abdul Jabar bin Habib Mohamad)
- 12.15 t/hari         : Temu Murni Guru Kelas bersama ibubapa di   
                             kelas  anak masing-masing.













Majlis 3 dalam 1 ini berlangsung dengan jayanya serta meraih sambutan hangat daripada kalangan ibubapa. Kehadiran ibubapa mencecah sehingga 241 orang membuktikan bahawa para ibubapa bersemangat mengikuti dan memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah dalam membangunkan dan meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak mereka. Ianya merupakan satu sarana ibubapa yang cuba dibangkitkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Pihak sekolah sangat berbesar hati dan bangga dengan komitmen yang ditunjukkan ini. Justeru, menjadi harapan kami pihak Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun, agar program seumpama ini menjadi tonggak dan asas yang sangat kukuh dalam menentukan hala tuju yang ingin disasarkan dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi pendidikan alaf ke-21 .. InsyaaAllah.









Disediakan oleh;
                        t.t
..................................................
(MALIATI BINTI OMAR)
Setiausaha Peperiksaan Dalaman
SK Gong Pasir Dungun.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKGP 2017


Nama Program

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKGP 2017
Unit
                                        
Jawatankuasa Sambutan & Perayaan

Tarikh Pelaksanaan
             
6 Julai 2017

Masa

7.45 pagi  - 12.30 tengah hari

Tempat 
                 
Dewan Iltizam & Dataran Saadah 

Objektif  
               
1.Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum. 
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain

Kumpulan Sasaran


Semua warga SKGP dan tetamu jemputan






SKGP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada hari Khamis bersamaan 06 Julai 2017.

Majlis bermula pada pukul 7.45 pagi, murid telah diminta untuk berkumpul di Dewan Iltizam bagi memulakan acara pada hari tersebut.







Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin pada jam 8.00 pagi dan  sedikit tazkirah tentang Eidil Fitri oleh Ustaz Che Ku Suhaimi bin Che Ku Abdul Rahman.

Seterusnya pada pukul 8.45 pagi Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Pn. Lailatul Munirah binti Abdul Hamid dan juga adik Nur Syazwina daripada kelas 5 Ibnu Majah.

Berikutnya, ucapan dari Encik Abu Seman  bin Mat Salleh selaku Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Eidilfitri kali ini.
Encik Abu Seman bin Mat Salleh mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh segenap warga kerja Sekolah Kebangsaan  Gong Pasir bagi menjayakan majlis kali ini.


Seterusnya ucapan dari Encik Ahmad bin Mohd Ali selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Pasir. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru , staf sekolah, dan murid – murid yang hadir dan membawa kuih raya untuk dikongsi bersama pada majlis ini demi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya kali ini.  Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan diri dan kawan – kawan di musim perayaan ini.

Jamuan hari raya dimulakan setelah selesai ucapan daripada Guru Besar. Murid – murid diarahkan untuk menikmati makanan yang disediakan di kantin sekolah dan juga menikmati hidangan kuih muih di bahagian belakang dewan.

Antara juadah yang dihidangkan kali ini ialah :

-          Nasi Minyak
-          Soto
-          Laksa Pineng
-          Kuih Jala
-          Bihun Goreng
-          Bubur Arab
-          Sate
-          Cocktail 
    dan banyak lagi kuih muih yang dihidangkan.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu VIP yang hadir pada majlis sambutan Hari Raya kali ini. Antara mereka yang turut meraikan majlis ini ialah :




-          Dato’ Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Dungun.
-          Para Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Dungun :
-          Tn . Hj Ahmad Zailani bin Ahmad Yaacob ( Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Pasir )
-          Pegawai dari Bank Rakyat Caw Dungun
-          AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Pasir.

Majlis berjalan lancar dan diserikan lagi dengan persembahan dari guru dan murid.
Majlis bersurai tepat jam 12.45 tengahari. Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.


SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI.

MAAF ZAHIR BATIN.

TEMU MURNI UPSR KALI KE 3 2017

Nama Program
Temu Murni Ibu Bapa Murid UPSR 2017 Kali ke-3

Unit                                        
Jawatankuasa UPSR

Tarikh Pelaksanaan             
6 Ibnu Majah           - 15 Jun 2017 (Khamis)
6 Ibnu Khaldun        - 18 Jun 2017 (Ahad)
6 Ibnu Nafis             - 19 Jun 2017 (Isnin)
Masa
12.30 tengah hari

Tempat                  
Perpustakaan SKGP

Objektif                 
Menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi akademik semasa murid-murid kepada ibubapa. 
Membentang analisa pencapaian Ujian OTI 2
Memberi taklimat mengenai program/aktiviti UPSR 2017 yang akan dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan pada penggal ke-2

Kumpulan Sasaran
Ibu Bapa Murid Tahun 6, Guru Tahun 6 dan Murid Tahun 6

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:
Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid UPSR 2017 kali ke-3 telah diadakan selama 3 hari berturut mengikut kelas diperpustakaan Sekolah Kebangsaan Gong Pasir pada jam 12.30 tengah hari. Kehadiran Ibu Bapa pada kali ini bagi kelas 6 Ibnu Majah seramai 94%, kelas 6 Ibnu Khaldun seramai 55% dan kelas 6 Ibnu Nafis seramai 50%. Kehadiran keseluruhan tahun 6 telah mencapai sasaran.










Majlis Temu Murni kali ini tercapai matlamat yang hendak disampaikan kepada ibu bapa. Perbincangan yang aktif antara ibu bapa dan guru berkaitan dengan anak mereka dapat dibincang dengan baik. Terdapat juga ibu bapa memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi membantu pihak sekolah dalam menjayakan program UPSR yang telah dirancang. Pemberian Insentif kepada 5 orang murid cemerlang dalam OTI 2 telah diberi sebagai tanda penghargaan di atas usaha yang telah ditunjukkan.


















Disediakan oleh,                                                                                 
                                                                               
                ...............t.t.............................                                                                      
(MAROZITA BINTI MIOR MOHD YUSOP)
Penyelaras Jawatankuasa UPSR
SK Gong Pasir
                                 
               Disahkan oleh :

              ……………t.t………………………..
          (AHMAD BIN MOHD ALI)
               Guru Besar
               SK Gong Pasir

LADAP VLE FASA 2 2017

LADAP 2: KURSUS PENGINTEGRASIAN FROG VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Program: Kursus Pengintegrasian FrogVLE dalam pengajaran dan pembelajaran

Unit: ICT

Tarikh Pelaksanaan: 22 Mei 2017

Masa: 2.30 ptg – 4.30 ptg

Tempat: Bilik Komputer, SK Gong Pasir

Objektif :      
          
Satu Guru Satu Site (1G1S)

Kumpulan Sasaran: Semua Guru SK Gong Pasir

Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Mengintegrasikan FrogVLE dalam PDPC kali ini telah diadakan pada 22 Mei 2017 pada jam 2.30 petang. Majlis telah diadakan di Bilik Komputer, SK Gong Pasir. Fasilitator yang diundang kali ini adalah En. El Gamillo b. Habibun Tan, Pegawai Meja VLE BTPTN Terengganu bersama 3 orang guru advokasi iaitu: Pn. Rohani bt. Deraman, Pn. Noraidah bt. Abdul Rasid dan Pn. Nor Azlina bt Abdul Muttlib.







Pada kali ini, guru didedahkan cara membina site atau laman pembelajaran untuk digunakan dalam pdpc guru. Pada awalnya guru diminta untuk menjawab quiz dalam quizzezes.com yang telah disediakan oleh fasi. Semua guru terhibur mengikutinya. Guru- Guru yang dapat ranking pertama juga turut diberi sedikit hadiah.



Bagi membina site atau laman pembelajaran, guru perlu login frog masing-masing dan membuka icon site dalam quick launch. Proses membina site diteruskan lagi dengan memilih widget wall, widget AB text dan widget media. Guru membina site/ laman sendiri berdasarkan subjek yang diajar.  Guru juga boleh menambah helaian site/laman masing masing contohnya: helaian pertama untuk pengenalan dan halaman kedua untuk latihan / tugasan murid.




Setelah guru selesai membina site/laman, fasi turut mengajar para guru untuk berkongsi laman/ share site dengan warga sekolah dengan menekan icon share. Guru-guru boleh menetapkan sama ada ingin berkongsi secara individu dengan murid atau secara kumpulan iaitu mengikut kelas. Sebelum berakhir, guru diminta mengisi boring maklum balas untuk membolehkan guru yang hadir mendapat sijil dari frogasia. Secara keseluruhanya, program ini dapat diikuti dengan jayanya oleh semua guru.






Harapan dari hasil LADAP kali ini, semua guru dapat membina site masing-masing dan dapat digunakan dalam memantapkan pdpc guru-guru.



Disediakan oleh,                                                                                 
                                                                               
 ...............t.t.............................                                                                      
(NUAWATI BINTI MOHAMED)
Penyelaras ICT
SK Gong Pasir