PENCAPAIAN OTI 3 - PRA PERCUBAAN UPSR 2016
PENCAPAIAN OTI4 / PERCUBAAN UPSR 2016
Nama Program :
MAJLIS TEMU MURNI MURID UPSR 2016
Unit : UPSR
Tarikh Pelaksanaan
:
PROGRAM
|
TARIKH/ HARI
|
MASA
|
TEMPAT
|
Majlis Temu Murni Kali Pertama
|
17.02.2016 (Rabu)
|
11.30 Pg
|
Perpustakaan SKGP
|
Majlis Temu Murni Kali Ke-2
|
09.05.2016 (Isnin)
|
10.30 Pg
|
Dewan Iltizam SKGP
|
Majlis Temu Murni Kali Ke-3
-Kumpulan 2&3
-Kumpulan 1
|
23.06.2016 (Khamis)
26.06.2016 (Ahad)
|
10.30 Pg
11.30 Pg
|
Perpustakaan SKGP
Bilik Mesyuarat Utama SKGP
|
Majlis Temu Murni Kali Ke-4
|
14.08.2016 (Ahad)
|
11.00 Pg
|
Perpustakaan SKGP
|
Objektif
1. Menilai kekuatan dan kelemahan pelajar dalam persiapan
menghadapi peperiksaan.
2. Membaiki kelemahan sedia ada untuk meningkatkan prestasi
akademik pelajar.
3. Menyedarkan
ibu bapa tentang peranan mereka dalam membantu anak-anak kearah mencapai
kecemerlangan akademik dan sahsiah.
4. Mewujudkan
hubungan yang harmonis dikalangan ibu bapa, murid dan guru serta menimbulkan
minat dan prihatin ibu bapa dan murid terhadap pembelajaran.
Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 6 (75 0rang)
Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 6
Guru Tahun 6
Laporan Pelaksanaan Aktiviti:
Peperiksaan UPSR telah tiba ke
garisan penamat. Bagi tahun 2016
Jawatankuasa UPSR SKGP telah mengadakan Majlis Temu Murni bagi Murid Tahun 6
sebanyak 4 kali sepanjang tahun ini. Walaupun tonggak kepimpinan SKGP telah
bertukar kerana mantan Guru Besar Pn Myshithah Bt Mohamad Ali telah bersara wajib, teraju kepimpinan telah
digantikan oleh En Ahmad B Mohd Ali pada 2 Mei 2016 dan program ini tetap
diteruskan. Program ini adalah medan tempat pertemuan antara guru dan ibu bapa bagi menambahbaik lagi usaha dan komitmen bersama , antara para guru dan ibu bapa serta murid
tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan calon calon UPSR sekolah ini. Pertemuan dua hala
ini diadakan dengan membentangkan analisa prestasi murid tahun 6 dapatan dari peperiksaan/ujian
yang dilaksana serta merangka gerak kerja serta kerjasama dua hala pihak
sekolah dan ibu bapa.
Pertemuan ini turut memberi peluang
kepada ibu bapa untuk berbincang mengenai tingkah laku anak - anak serta
prestasi mereka bersama guru kelas masing - masing. Diharapkan dengan
terlaksananya program seumpama ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan serta
kejayaan murid SKGP. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kerana sudi untuk
hadir ke sekolah untuk sama-sama menjana kecemerlangan pelajar serta pihak -
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam memastikan majlis
ini dapat berjalan dengan lancar sepanjang tahun ini.
Dapatan:
Kekuatan
Mendapat maklum
balas baik daripada kaum ibu.
Mempunyai
sikap ingin tahu tentang prestasi dan tingkal laku anak di sekolah.
Sentiasa
berhubung dengan guru bagi bersama-sama membantu menaikan prestasi anak.
Penambahbaikan
Mengadakan
promosi yang kerap kepada anaknya.
Mengurangkan
tempoh masa perjumpaan kepada pengisian yang lebih padat dan lebih fokus
pada pertemuan guru kelas, guru mata pelajaran dengan Ibu bapa.
Disediakan
oleh:
………………………………………………………………
(MAROZITA
BT MIOR MOHAMAD YUSOP)
Penyelaras
UPSR
Disemak oleh ;
...............................................................................................
( HAMKA BIN ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran
Disahkan oleh ;
..............................................................................................
( AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar
Semoga apa yang kita usaha pada tahun ini mencapai target yang ditetapkan dan Semoga Allah permudahkan segala urusan UPSR 2016...Aamiin...
ReplyDeleteTerima kasih .Semoga impian KITA menjadi kenyataan. Amin
Delete