LAPORAN MAJLIS PERSARAAN GURU SK GONG PASIR
NAMA PROGRAM
Majlis persaraan
guru Sk Gong Pasir – Pn Fauzah binti Mohd Nor
PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah
TARIKH PELAKSANAAN
25 Mei 2017
TEMPAT
Dewan Iltizam Sk
Gong Pasir
MASA
8.00 Pagi – 12.30
Tengahari
PENGENALAN
Majlis persaraan Pn. Fauzah binti Mohd Nor diadakan di Dewan
Iltizam SK Gong Pasir. Majlis ini merupakan salah satu program yang terkandung
dalam Amalan Guru Penyayang. Selain itu dapat memupuk budaya penyayang
dikalangan murid prasekolah dan warga SKGP.
OBJEKTIF
v Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang
v Mengeratkan hubungan ukhuwah di antara murid prasekolah dan warga SKGP.
v Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai
v Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah
sekaligus mereka akan lebih menyayangi semua warga SKGP.
KUMPULAN SASARAN
Warga
prasekolah SK Gong Pasir
LAPORAN
RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI
Program ini
berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Sambutan
hari persaraan ini melibatkan 2 orang murid perempuan prasekolah yang mana gabungan 2
kelas Pra Ar Raudhah dan Al Kautsar. Penglibatan murid prasekolah bagi
program besar di SK Gong Pasir memberi penghargaan kepada murid prasekolah
untuk melaksanakan majlis dengan penuh
ceria dan meriah.
Majlis ini
disambut dengan penuh meriah sekali. Program ini dapat memberi peluang kepada
murid prasekolah berinteraksi dengan warga guru di aliran perdana dan guru
besar . Secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan kemahiran sosial
dan emosi mereka. Ini juga dapat memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka
sangat dihargai dan menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri
mereka.
Secara
keseluruhannya , program ini berjalan dengan lancar. Program ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Disediakan
oleh Disemak
oleh
……………………………… ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff Encik Abu Seman
b. Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah PK. KO Kurikulum
SK Gong Pasir , Dungun SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu Terengganu
Disahkan oleh
……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu
LAPORAN PRASEKOLAH PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR JANUARI – MEI 2017
NAMA PROGRAM
Prasekolah Penyayang Sambutan Hari Lahir Januari – Mei
2017
PANITIA / UNIT / KELAS
Prasekolah
TARIKH PELAKSANAAN
05 April 2017
TEMPAT
Marrybrown ,
Dungun
MASA
10.00 Pagi –
12.30 Tengahari
PENGENALAN
Sambutan Hari Lahir murid –murid prasekolah SK Gong Pasir , merupakan
salah satu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini
adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran untuk memupuk budaya penyayang
dikalangan warga prasekolah SKGP.
OBJEKTIF
v Menghargai dan menjaga kebajikan kanak – kanak prasekolah SKGP
v Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang
v Mengeratkan hubungan ukhuwah sesama murid dengan guru dan PPM
v Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai
v Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah
sekaligus mereka akan lebih menyayangi semua warga SKGP.
KUMPULAN SASARAN
Warga
prasekolah SK Gong Pasir
LAPORAN
RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI
Majlis sambutan
Hari Lahir berlangsung dengan penuh kegembiraan dan meriahnya yang mana majlis
ini pertama kali diadakan luar kelas prasekolah di Marrybrown Dungun.
Pengangkutan mini bas sekolah di sediakan untuk murid prasekolah ke Marrybrown
Dungun. Sambutan ini merupakan gabungan 2 buah kelas prasekolah SK Gong Pasir.
Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah memberi penghargaan kepada murid
prasekolah dalam suasana majlis yang penuh ceria dan meriah.
Majlis ini
dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan memotong
kek hari lahir. Murid prasekolah dijamu dengan makanan dan minuman yang
dibekalkan oleh pihak Marrybrown. Pihak Marrybrown juga ada menyediakan sedikit
hadiah untuk semua murid prasekolah Sk Gong Pasir.
Majlis ini
disambut dengan meriah sekali, sambil diiringi CHIPMUNK Marrybrown menari
bersama – sama murid prasekolah. Program ini dapat memberi peluang kepada murid
prasekolah berinteraksi dengan orang luar. Secara tidak langsung meningkatkan
perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Ini dapat memupuk kesedaran
murid bahawa diri mereka sangat dihargai dan menanamkan semangat kasih sayang
dan nilai murni dalam diri mereka.
Secara
keseluruhannya , program ini dapat menjadi satu titik tolak ke arah mengeratkan
hubungan guru dengan murid dan PPM. Program ini secara tidak langsung akan
dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Disediakan
oleh Disemak
oleh
……………………………… ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff Encik Abu Seman
b. Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir , Dungun SK Gong Pasir , Dungun
Terengganu Terengganu
Disahkan oleh
……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir , Dungun
LAPORAN SESI PENGGAMBARAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2016
NAMA
PROGRAM
Sesi Penggambaran Hari Konvokesyen
Prasekolah 2016
PANITIA/UNIT/
KELAS
Prasekolah
TARIKH
PELAKSANAAN
19 September 2016
TEMPAT
Perkarangan Prasekolah
MASA
9.00 pagi – 10.30 Pagi
OBJEKTIF
Ø
Sebagai
penghargaan kepada semua murid prasekolah terutamanya bagi murid 6 tahun
Ø
Sebagai kenangan
kepada murid-murid prasekolah.
KUMPULAN SASARAN/
BILANGAN PESERTA
Semua murid
prasekolah
LAPORAN RINGKAS
PELAKSANAAN AKTIVITI
Sesi penggambaran Konvokesyen Prasekolah merupakan rutin tahunan
prasekolah SKGP. Ianya dijalankan sekali setahun bagi memberi penghargaan
kepada murid serta mengabadikan gambar mereka sebagai kenang-kenangan.
Pada tahun ini pihak prasekolah telah
memilih Sakura Foto Dungun bagi menjalani penggambaran ini. Ianya berlangsung
pada19.9.2016 di perkarangan prasekolah yang melibatkan 2 buah kelas iaitu
Kelas Ar Raudhah dan Al Kautsar.
Penggambaran dimulakan dengan gambar
perseorangan lengkap berjubah konvokesyen di ruang makan prasekolah. Setelah
itu, gambar beramai-ramai di luar perkarangan Prasekolah bersama-sama guru dan
PPM.
Sesi penggambaran ini tamat pada jam
10.30pagi dengan jayanya.
Disediakan oleh :
Puan Suhana bt Chik
Setiausaha Prasekolah
LAPORAN SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN KE 2016
NAMA
PROGRAM
Sambutan Hari Kemerdekaan 2016
PANITIA/UNIT/
KELAS
Prasekolah
TARIKH
PELAKSANAAN
20
September 2016
TEMPAT
Dewan Iltizam, SKGP
MASA
11.00 pagi - 12.30 Tgh
OBJEKTIF
Ø
Menyemai semangat
1 MALAYSIA
Ø
Menanam sikap sayang
dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada Negara
Ø
Memupuk dan
memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara
Ø
Mewujudkan
persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat
membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
Ø
Mewujudkan
semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin
KUMPULAN SASARAN/
BILANGAN PESERTA
Semua murid
prasekolah
LAPORAN RINGKAS
PELAKSANAAN AKTIVITI
Sambutan
Penutup Bulan Kemerdekaan telah diadakan
di Dewan Iltizam SKGP denagn dimulai bacaan doa oleh Ustaz Che KU Suhaimi bin
Che Ku Abdul Rahman dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Encik Ahmad bin
Mohd Ali, Guru Besar SKGP seterusnya merasmikan penutupan Bulan Kemerdekaan.
Majlis
diserikan dengan pertunjukan pakaian beragam oleh murid-murid prasekolah SKGP.
Seramai 8 orang murid yang mengambil bahagian dalam pertunjukan ini. Majlis
diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid prasekolah yang mengambil
bahagian dalam peraduan mewarna sempena Hari Kemerdekaan dan pertunjukan
Pakaian Beragam.
Diharap semoga sambutan
ini memberi kesan yang mendalam dalam diri murid-murid prasekolah dalam
mencapai objektif sambutan ini.
JAWATANKUASA
Pengerusi : Encik Ahmad bin Mohd Ali
Naib pengerusi 1 : Encik
Abu Seman bin Mat Salleh
Penyelaras : Puan Norhayati bt Alias @ Anuar
Setiausaha : Puan Suhana bt Chik
Bendahari : Puan
Suhana bt Chik
Hakim : Puan Zahrah bt Mamat
: Puan
Hanim bt Ngah Baharudin
Kawalan & Keselamatan : Puan
Norlida bt Draman
:
Puan Norul Ain bt Muhammad
DAPATAN
Kekuatan
Ø
Murid
dapat membina semangat 1 MALAYSIA
Ø
Keseluruhannya
objektif tercapai
Disediakan oleh :
Puan Suhana bt Chik
Setiausaha
Prasekolah,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu
Disahkan oleh :
…………………………….
Encik
Ahmad bin Mohd Ali
Guru
Besar,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu
LAPORAN RAWATAN PERGIGIAN PRASEKOLAH 2016
NAMA PROGRAM
Rawatan Pergigian Prasekolah 2016
PANITIA/UNIT/
KELAS
Prasekolah
TARIKH
PELAKSANAAN
08 Ogos 2016
TEMPAT
Perkarangan Prasekolah & Bilik Rawatan SKGP
MASA
9.00 pagi - 10.30 Pagi
OBJEKTIF
Ø
Memberi kesedaran tentang kepentingan
mempunyai gigi yang sihat dalam kehidupan seharian dan amalan menjaga
kebersihan
Ø
Mempelajari teknik menggosok gigi yang
betul
KUMPULAN SASARAN/ BILANGAN PESERTA
Semua murid prasekolah
LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI
Rawatan Pergigian
telah dilaksanakan oleh Klinik Pergigian Daerah Dungun kepada semua murid
Prasekolah SK Gong Pasir. Murid-murid telah diberi taklimat cara menggosok gigi
yang betul oleh pihak klinik sebelum murid menggosok gigi. Setelah menggosok
gigi murid dibawa ke bilik rawatan untuk pemeriksaan gigi.
Rawatan ini
merupakan program tahunan bagi murid-murid prasekolah. Diharap program ini
dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
Disediakan oleh : Disemak oleh
………………………….. ……………………………
Puan Suhana bt Chik Encik Abu Seman bin Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah, PK Ko
Kurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu SK
Gong Pasir, Dungun, Terengganu
Disahkan oleh :
…………………………….
Encik Ahmad bin Mohd Ali
Guru Besar,
SK Gong
Pasir, Dungun, Terengganu
LAPORAN PROGRAM PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA MURID-MURID PRASEKOLAH SKGP 2016
NAMA PROGRAM
Program
Perkembangan Kreativiti & Estetika murid-murid
prasekolah
2016
PANITIA/UNIT/ KELAS
Prasekolah
TARIKH PELAKSANAAN
03 Ogos 2016
TEMPAT
Taman
Reakreasi Teluk Gadung, Dungun, Trg
MASA
8.00
pagi - 12.30 Tengahari
OBJEKTIF
Ø
Mendidik
murid menghargai alam sekitar
Ø
Dapat
meningkatkan kemahiran motor halus murid.
Ø
Membuka
minda murid melalui pembelajaran di luar bilik darjah.
Ø
Membentuk
kemahiran memilih warna yang sesuai dengan gambar yang diberi.
Ø
Mengasah
dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang mewarna
Ø
Membina
minda yang cergas dan cerdas.
Ø
Mengembangkan
kreativiti dan potensi murid melalui aktiviti membuat sandwich
Ø
Memupuk
semangat bekerjasama antara murid.
KUMPULAN
SASARAN/ BILANGAN PESERTA
Murid prasekolah seramai 48 orang
LAPORAN
RINGKAS PELAKSANAAN AKTIVITI
Program ini melibatkan 4 orang guru iaitu dan 2 orang PPM dilaksanakan
dengan beberapa aktiviti iaitu Pertandingan membuat sandwich dan Pertandingan Mewarna.
Pertandingan
membuat sandwich dijalankan secara berkumpulan dan 5 pemenang yang dipilih
mengikut kriteria pemarkahan iaitu persembahan
makanan, kebersihan dan keselamatan makanan, Kerjasama kumpulan dan Kreativiti
dan Inovasi. Manakala bagi Pertandingan Mewarna seramai 10 pemenang telah
dipilih mengikut kemahiran murid dalam memilih warna yang sesuai dengan gambar
yang diberi.
Program tamat pada pukul 12.30
tengahari dan hadiah disampaikan oleh Encik Abu Seman bin Mat Salleh selaku PK Kokurikulum
SK Gong Pasir. Diharap semoga informasi yang diberikan sepanjang program berlangsung
dapat diterapkan oleh para peserta didalam kehidupan seharian.
JAWATANKUASA
PROGRAM
Pengerusi : Encik
Ahmad bin Mohd Ali ( Guru Besar )
Naib pengerusi 1 : Encik Abu Seman bin Mat Salleh ( PK
KOKO )
Penyelaras : Puan Norhayati bt Alias @ Anuar
Setiausaha : Puan
Suhana bt Chik
Bendahari : Puan Suhana bt Chik
Hakim :
Puan Zahrah bt Mamat
: Puan
Hanim bt Ngah Baharudin
Kawalan dan Keselamatan : Puan
Norlida bt Draman
:
Puan Norul Ain bt Muhammad
DAPATAN
Kekuatan
Ø
Murid dapat menimba pengalaman dan merasa belajar di luar bilik
darjah
Ø
Murid dapat membina semangat kerjasama dalam kumpulan
Ø
Keseluruhannya objektif program tercapai
Kelemahan
Ø
Beberapa orang murid kurang fokus pada aktiviti yang dijalankan.
Disediakan oleh :
………….………………
Puan Suhana bt Chik
Setiausaha Prasekolah,
SK
Gong Pasir, Dungun, Terengganu
Disemak oleh :
...............................................
Encik Abu Seman bin Mat Salleh
PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu
Disahkan oleh :
…………………………….
Encik Ahmad bin Mohd Ali
Guru Besar,
SK Gong Pasir, Dungun,
Terengganu
No comments:
Post a Comment