LADAP 2: KURSUS PENGINTEGRASIAN FROG VLE DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Program: Kursus Pengintegrasian FrogVLE dalam
pengajaran dan pembelajaran
Unit: ICT
Tarikh Pelaksanaan: 22 Mei 2017
Masa: 2.30 ptg – 4.30 ptg
Tempat: Bilik Komputer, SK Gong Pasir
Objektif :
Satu Guru Satu Site (1G1S)
Kumpulan Sasaran: Semua Guru SK Gong Pasir
Laporan Pelaksanaan Aktiviti:
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Mengintegrasikan
FrogVLE dalam PDPC kali ini telah diadakan pada 22 Mei 2017 pada jam 2.30 petang.
Majlis telah diadakan di Bilik Komputer, SK Gong Pasir. Fasilitator yang
diundang kali ini adalah En. El Gamillo b. Habibun Tan, Pegawai Meja VLE BTPTN
Terengganu bersama 3 orang guru advokasi iaitu: Pn. Rohani bt. Deraman, Pn.
Noraidah bt. Abdul Rasid dan Pn. Nor Azlina bt Abdul Muttlib.
Pada kali ini, guru didedahkan cara membina site
atau laman pembelajaran untuk digunakan dalam pdpc guru. Pada awalnya guru
diminta untuk menjawab quiz dalam quizzezes.com yang telah disediakan oleh
fasi. Semua guru terhibur mengikutinya. Guru- Guru yang dapat ranking pertama
juga turut diberi sedikit hadiah.
Bagi membina site atau laman pembelajaran, guru
perlu login frog masing-masing dan membuka icon site dalam quick launch. Proses
membina site diteruskan lagi dengan memilih widget wall, widget AB text dan
widget media. Guru membina site/ laman sendiri berdasarkan subjek yang
diajar. Guru juga boleh menambah helaian
site/laman masing masing contohnya: helaian pertama untuk pengenalan dan
halaman kedua untuk latihan / tugasan murid.
Setelah guru selesai membina site/laman, fasi turut
mengajar para guru untuk berkongsi laman/ share site dengan warga sekolah
dengan menekan icon share. Guru-guru boleh menetapkan sama ada ingin berkongsi
secara individu dengan murid atau secara kumpulan iaitu mengikut kelas. Sebelum
berakhir, guru diminta mengisi boring maklum balas untuk membolehkan guru yang
hadir mendapat sijil dari frogasia. Secara keseluruhanya, program ini dapat
diikuti dengan jayanya oleh semua guru.
Harapan dari hasil LADAP kali ini, semua guru dapat
membina site masing-masing dan dapat digunakan dalam memantapkan pdpc
guru-guru.
Disediakan
oleh,
...............t.t.............................
(NUAWATI BINTI MOHAMED)
Penyelaras ICT
SK Gong Pasir
No comments:
Post a Comment