1.
NAMA PROGRAM
Bengkel Teknik Menjawab Soalan 2017
2. PANITIA / UNIT /
KELAB
Jawatnkuasa UPSR
3. TARIKH
PELAKSANAAN
18 dan 19 Januari 2017 ( Rabu dan
Khamis )
4. TEMPAT
Darul Ulum, SK Gong Pasir
5. MASA
8.00 pagi hingga 1.15 tengah hari
6. OBJEKTIF
i) Memberi
pendedahan awal kepada semua calon UPSR 2017 mengenai format UPSR yang terkini.
ii) Menekankan
mengenai teknik menjawab soalan dengan tepat berdasarkan kehendak soalan yang diberi.
iii) Memupuk keyakinan
diri dalam setiap calon UPSR agar lebih bersemangat dan bersedia.
7. BILANGAN PESERTA
91 orang
8. LAPORAN
PELAKSANAAN AKTIVITI
Jawatankuasa UPSR telah
mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan kepada semua calon UPSR 2017 di Darul
Ulum, SK Gong Pasir. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari hari
Rabu, 18 Januari hingga Khamis, 19 Januari 2017. Berikut merupakan tentatif
program tersebut:
Hari / Masa
|
Subjek
|
Tindakan
|
Rabu
8.00
pagi – 10.15 pagi
|
Bahasa
Melayu Pemahaman
Bahasa
Melayu Penulisan
|
Semua
Guru BM Tahun 6
|
Rabu
10.45
pagi – 1.15 tengahari
|
Bahasa
Inggeris Pemahaman
Bahasa
Inggeris Penulisan
|
Semua
Guru BI Tahun 6
|
Khamis
8.00
pagi – 10.15 pagi
|
Matematik
Kertas 1
Matematik
Kertas 2
|
Semua
Guru MT Tahun 6
|
Khamis
10.45
pagi – 1.15 tengahari
|
Sains
Kertas 1
Sains
Kertas 2
|
Semua
Guru SN Tahun 6
|
9. DAPATAN
Kekuatan
i) Penggunaan power
point sebagai alat bantu mengajar banyak membantu dalam menarik minat murid
untuk memberi perhatian semasa penerangan dijalankan.
ii) Sesi soal jawab
mendapat respons yang positif di kalangan murid.
iii) Guru-guru yang
berpengalaman dalam subjek masing-masing dapat memberi impak positif kepada semua calon UPSR 2017.
Kelemahan
i)
Bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan aktiviti berkumpulan
dilakukan.
ii)
Sesi soal jawab sering dimonopoli oleh murid-murid kelas 6 Ibnu Majah.
iii)
Kepelbagaian tahap penguasaan murid-murid menyukarkan guru untuk fokus kepada
sesuatu topik.
iv)
Susun atur kedudukan murid tidak
begitu kondusif.
Disediakan
oleh,
Disemak oleh
:
...............t.t............................. …………t.t…………………
(LAILATUL
MUNIRAH BINTI ABDUL HAMID) (MAROZITA
BINTI MIOR MOHD YUSOP)
Setiausaha Jawatankuasa UPSR,
Penyelaras Jawatankuasa UPSR
SK Gong Pasir
Disahkan oleh :
………………t.t………………………..
(AHMAD BIN MOHD ALI)
Guru Besar
SK Gong Pasir.
1. NAMA PROGRAM : RILEKS MINDA TAHUN 6
2. TARIKH PERLAKSANAAN : 30HB. OGOS 2016
3. TEMPAT PROGRAM DILAKSANAKAN: TAMAN TASIK SURA HUJUNG, DUNGUN
4. MASA : 10 PAGI – 1.30 PTG
5. UNIT : KURIKULUM
6. PANITIA / UNIT / KELAB : PEPERIKSAAN
7. OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid untuk belajar dipersekitaran yang berbeza iaitu di luar
bilik darjah..
2. Menghilangkan rasa stress dan bagi menenangkan minda pelajar sebelum menghadapi
peperiksaan upsr.
8. LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN PROGRAM :
Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dengan ucapan pembukaan oleh Penyelaras UPSR, Pn. Marozita. Semua guru tahun 6 terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Seramai 74 orang murid tahun 6 yang hadir memeriahkan lagi program tersebut. Program rileks minda di mulakan dengan aktiviti berkelah secara santai sambil menikmati jamuan makan yang dibawa sendiri oleh mereka dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 @ 5 orang murid. Selepas menikmati jamuan makan, murid-murid juga dilibatkan dengan aktiviti belajar secara kumpulan kecil yang diketui oleh cikgu Noraini. Aktiviti belajar yang diadakan adalah berfokuskan kepada 4 subjek utama UPSR. Semua murid melibatkan diri secara aktif terhadap aktiviti yang dijalankan. Setelah selesai aktiviti belajar dalam kumpulan kecil, murid-murid diberi peluang untuk bermain bagi menghilangkan rasa stress sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Hasil daripada program relaks minda ini, didapati semua murid merasa seronok dan berpuas hati kerana mereka rasa lebih tenang dan santai. Diakhir program ini. Tuan Guru Besar memberi sedikit ucapan kepada murid-murid sebagai majlis penutup . Program berakhir pada jam 1.30 petang.
9. PENCAPAIAN : Program Rileks Minda Tahun 6 ini disaksikan oleh semua guru tahun 6
yang hadir. Program berakhir pada jam 1.30 petang. Program
tersebut berakhir dengan sempurna dan berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan.
10. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM:
1) Di masa akan datang agar program ini bermula lebih dari waktu yang dirancangkan seperti bermula pada pukul 8 pagi. Laksanakan program ini sama seperti mengikut masa PdP di sekolah.
2) Perbanyakkan aktiviti yang menarik dan tidak hanya berfokus pada aktiviti belajar dalam kumpulan kecil secara setempat. Perlukan aktiviti yang memerlukan pergerakkan seperti aktiviti explorace.
3) Slot motivasi juga perlu diselitkan dalam program ini bagi memberi kesedaran dan semangat kepada murid.
___________________________________________________________________
Disediakan oleh :
………………………..
(ROAZMI BIN MOHAMAD)
Setiausaha UPSR,
SK.Gong Pasir
TARIKH: 1 Sep. 2016
No comments:
Post a Comment