LAPORAN
PRASEKOLAH
KEJOHANAN
MINI OLAHRAGA PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH DAN PERINGKAT SEKOLAH
NAMA
PROGRAM
Kejohanan mini olahraga prasekolah Sk Gong
Pasir Dungun peringkat daerah Dungun dan sekolah.
PANITIA /
UNIT / KELAS
Prasekolah
TARIKH
PELAKSANAAN
3 - 4 & 10 - 11 Oktober 2017
TEMPAT
Padang SMK. Sultan Omar Dungun & Padang Sk
Gong Pasir , Dungun
MASA
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari
PENGENALAN
Kejohanan mini olahraga ini, disertai oleh semua murid prasekolah. Program ini
dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan
matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid
yang sempurna dari segi jasmani , emosi,rohani,intelek dan sosial.
OBJEKTIF
v Membina
keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.
v Memupuk
semangat kerjasama dan menghargai rakan
v Membina
insan yang aktif,kreatif dan inovatif
v Meningkatkan
disiplin dalam diri murid
v Membina
semangat kesukanan.
KUMPULAN
SASARAN
Murid prasekolah KPM
LAPORAN RINGKAS
PELAKSANAAN PROGRAM
Program kejohanan
mini olahraga peringkat daerah Dungun telah berlangsung di Padang SMK Sultan
Omar Dungun pada 03.10.2017 dan 04.10.2017. Manakala pada 10.10.2017 dan
11.10.2017 sekali lagi menampilkan penglibatan murid prasekolah dalam kejohanan
olahraga diperingkat sekolah.
Di awal pagi semua
guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan murid berkumpul di khemah
sekolah masing – masing. Sepanjang proses kejohanan olahraga ini berlangsung,
penglibatan semua murid prasekolah berjalan dengan lancar dan disiplin murid
dapat dikawal dengan sempurna. Sebelum memulakan acara murid -murid membuat
aktiviti “warming up” dengan berlari setempat agar dapat menegangkan otot-otot.
Dengan kehebatan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid prasekolah SK Gong
Pasir di peringkat daerah kita telah berjaya mara ke peringkat akhir bagi acara
4 X 50meter (L) Kumpulan A dan B,100meter (L) dan 80meter lari berhalang (P).
Di Akhir kejohanan
mini olahraga, semua guru, pembantu pengurusan murid dan murid berkumpul untuk perbarisan
mengikut sekolah masing – masing. Program ini, dapat memberi peluang kepada
murid prasekolah untuk menunjuk dan menonjolkan bakat dalam bidang
keolahragawan . Secara tidak langsung dapat meningkatkan juga perkembangan
kemahiran sosial dan emosi mereka.
Melalui program
kejohanan mini olahraga ini, ia dapat menyuntik semangat kesukanan serta
keyakinan kanak -kanak pada masa kini untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah
diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Disediakan
oleh Disemak
oleh
……………………………… ……………………………..
Puan Rohana bt. Abd Latiff Encik Abu Seman
b. Mat Salleh
Setiausaha Prasekolah PK Ko Kurikulum,
SK Gong Pasir, Dungun SK Gong Pasir, Dungun
Terengganu Terengganu
Disahkan oleh
……………………………
Encik Ahmad b. Mohd Ali
Guru Besar
SK Gong Pasir, Dungun
Terengganu
No comments:
Post a Comment