PENGUMUMAN
PERTUKARAN GURU PRASEKOLAH
Puan Zarinah bt Zakaria yang telah mula bertugas di sekolah ini pada 16 Dis 2010 telah bertukar ke SK Batu 48 Dungun berkuatkuasa 2 Mei 2016 dan diganti oleh Pn Norhayati bt Alias yang sebelum ini bertugas di SK Balai Besar Dungun.
Puan Zarinah merupakan seorang guru yang berdedikasi yang telah banyak mencurahkan bakti terhadap perkembangan pendidikan prasekolah samada di peringkat sekolah mahupun daerah.
SKGP telah memenangi beberapa kategori pertandingan prasekolah dan di antaranya ialah Naib Johan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Prasekolah Anjuran JPNT dan Yayasan Terengganu
( 2013 ), Pengurusan Prasekolah Terbaik Anjuran PPD Dungun ( 2013 ) dan Pengurusan Buku Rekod PdP Terbaik sempena hari guru peringkat daerah Dungun ( 2014 ).
Seluruh warga SKGP mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baharu kepada Puan Zarinah dan mengucapkan selamat datang kepada Puan Norhayati bt Alias.
Pelantikan Guru Besar Baharu
2 Mei 2016. SK Gong Pasir telah menerima kehadiran guru besar baharu, Encik Ahmad bin Mohd Ali bersama dengan rombongan para pegawai dari PPD Dungun yang diketuai oleh Encik Abdul Mubin bin Ismail, Timbalan PPD Dungun.
Selaku guru besar baharu, beliau akan meneruskan agenda kecemerlangan sekolah yang dilaksanakan di sekolah sebelum ini dengan mengekalkan visi dan misi sekolah di samping memantapkan hubungan dengan semua warga sekolah. Beliau juga akn menekankan aspek keberkesanan P & P guru serta mewujudkan kerjasama yang lebih baik dengan PIBG dan komuniti yang ada di persekitaran sekolah.
Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak, SK Gong Pasir mampu mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Selaku guru besar baharu, beliau akan meneruskan agenda kecemerlangan sekolah yang dilaksanakan di sekolah sebelum ini dengan mengekalkan visi dan misi sekolah di samping memantapkan hubungan dengan semua warga sekolah. Beliau juga akn menekankan aspek keberkesanan P & P guru serta mewujudkan kerjasama yang lebih baik dengan PIBG dan komuniti yang ada di persekitaran sekolah.
Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak, SK Gong Pasir mampu mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Pelancaran FrogVLE
Majlis Pelancaran FrogVle Peringkat Sekolah
Isnin, 28 Mac 2016, Syukur Kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNYA maka dapatlah Majlis Pelancaran FrogVLE peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Pasir tahun 2016. Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi Majlis Pn. Lailatul Munirah diikuti bacaan Doa. Seterusnya Ucapan Penyelaras FrogVLE Pn. Nuawati bt Mohamed, disusuli dengan ucapan Perasmian oleh Pn. Myshithah bt Mohd Ali, Guru Besar SKGP . Majlis diserikan lagi dengan Tayangan video FrogVLE dan disusuli gimik Pelancaran FrogVLE dan tanda tangan oleh Guru Besar pada Banting. Pengisian seterusnya penyampaian kad Frog VLE guru dan murid. Majlis disusuli dengan memperkenalkan barisan Frog Junior Sekolah. Tahniah kepada semua guru dan murid SKGP kerana berjaya melancarkan majlis ini.
Gambar sekitar Majlis Pelancaran FrogVLE
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
TARIKH : 10 JANUARI 2016
HARI : Ahad
HARI : Ahad
TEMPAT : dEWAN ILTIHAM DAN SEKITAR KG GONG PASIR
OBJEKTIF
- Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan mulia dalam menyebarkan agama Islam.
- Murid dapat menghayati dan mengetahui perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
- Murid dapat mengamalkan keperibadian Rasulullah SAW.
- Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.
SK Gong Pasir telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Ahad yang lepas. Sambutan ini merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga kepada baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia “ ( Al-Qalam ayat 4 ).Pelaksanaan ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.
Majlis ini telah diadakan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Bacaan Yasin, Selawat ke atas Rasul, Perarakan Mengikut Rumah Sukan dan Ceramah Maulidur Rasul dan juga kuiz spontan yang disampaikan oleh Ustaz Othman b. Che Yusoff. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Tahniah...
SUASANA SEKITAR SAMBUTAN
Gambar Seterusnya:Klik
Merentas Desa
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini 14.01.2016 ( Khamis ) untuk semua murid termasuk Pra sekolah. Sebelum bermula acara merentas desa,semua warga SK Gong Pasir memanaskan badan dengan bersenamrobik yang diketuai oleh Pn. Syarifah Aida Suzila.
Tahniah dan Syabas kepada semua murid yang berjaya, badan sihat otak cergas.
Gambar seterusnya; sila Klik
Sekitar Majlis Penutup Program Transisi tahun 1 2016
13 Januari 2016, berlangsungnya Majlis Penutup Program Transisi anak-anak tahun 1, 2016.
![]() |
| Pn. Guru Besar merasmikan majlis Penutup |
![]() |
| Bacaan Doa oleh Ust Othman |
![]() |
| Murid menyanyikan lagu penuh semangat |
Barisan IbuBapa yang turut sama hadir
Acara Sukaneka
Tahniah dan Syabas kepada semua murid dan guru..
Majlis Temu Murni dan Penyerahan Zakat Bank Rakyat (surau) 2015

Dungun, 24 Jun 2015: Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru murid Tahun 1 hingga Tahun 5 serta Penyerahan Cek Sumbangan Zakat Bank Rakyat untuk surau sekolah telah diadakan pada jam 10.30 pagi. Dimulai dengan sesi pendaftaran IbuBapa Murid di dewan SK Gong Pasir. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengerusi, diikuti oleh ucapan YDP, Ucapan Wakil Pegawai Bank Rakyat serta penyerahan Cek Sumbangan zakat untuk surau SK Gong Pasir, diakhiri oleh Ucapan Guru Besar. Seterusnya Majlis Temu Murni Para Ibu Bapa dan Guru yang berjalan di kelas masing-masing.
![]() |
| ucapan Guru Besar |
![]() |
| Ucapan YDP PIBG |
![]() |
| Sekitar Temu Murni |
![]() |
| Sekitar Temu Murni |
![]() |
| penyerahan Cek Sumbangan Zakat oleh Wakil Bank Rakyat |
Gambar selanjutnya sila Klik disini.
KEM BESTARI SOLAT
KEMERIAHAN KEM BESTARI SOLAT 2015
PADA 15 MEI 2015 BERSAMAAN HARI JUMAAT
![]() |
| Taklimat oleh ustaz Che Ku Suhaimi kepada semua guru |
![]() |
| Amali Solat |
![]() |
| Amali Solat |
![]() |
| Pengujian Tahap Penguasaan Asas Solat |
![]() |
| Amali Solat untuk gambar seterusnya sila klik: Kem Bestari solat |
CERIA DI PAGI SABTU "HARI GURU" 16 MEI
GOTONG ROYONG 16 MEI 2015
PADA HARI SABTU
![]() |
| TAKLIMAT OLEH GPK HEM |
![]() |
| GURU MENDENGAR TAKLIMAT |
![]() |
| DI KEBUN SAYUR |
![]() |
| DI BILIK TAYANG |
![]() |
| DI BILIK KOMPUTER |
![]() |
| DI PERKARANGAN PONDOK |
UNTUK GAMBAR SETERUSNYA
KLIK: GOTONG ROYONG 16 MEI
Subscribe to:
Posts (Atom)













































