![]() |
| Sarjan Kamarul Hassan |
PENGUMUMAN
ceramah disiplin
Pada 28 Ogos 2014. Unit Disiplin, SK Gong Pasir telah menganjurkan ceramah disiplin dikalangan pelajar tahun 3 hingga 6. Ceramah ini bertujuan untuk mendisiplin pelajar tentang pentingnya disiplin dikalangan pelajar . Penceramah jemputan yang dipanggil adalah Sarjan Kamarul Hassan dan Koperal Ruzaimi Isa.
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMATKAN GAZA 2014
Alhamdulillah, pada 12 ogos 2014 semourna sudah program yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Selamatkan Gaza 2014. Bertempat di dewan terbuka SK Gong Pasir, beberapa acara telah diadakan untuk memeriahkan sambutan tersebut.
Acara dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar iaitu puan Hjh, Myshithah binti Mohamad Ali. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan pelajar mematuhi peraturan dan disiplin semasa menyambut hari raya.
Pelbagai acara diadakan sepanjang sambutan berkenaan seperti pakaian bertema, pakaian paling glamer dikalangan pelajar dan guru, acara karoake dan kemuncaknya adalah tetamu khas menandatangani kain rentang selamatkan gaza.SYABAS...
![]() |
| warga sekolah bergambar bersama |
![]() |
| persembahan pelajar |
![]() |
| rumah terbuka mengikut tahun |
![]() |
| tetamu terhormat yang turut datang |
![]() |
| tandatangani kain rentang |
Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Duit Zakat 2014.
Pada hari terakhir persekolahan iaitu 24 Julai 2014 Majlis Khatam Al-quran dan penyerahan duit zakat telah diadakan di Dewan SK Gong Pasir. Seramai 50 orang pelajar terlibat dalam majlis khatam al-quran yang diketuai oleh Ustaz CK Suhaimi. Majlis Ini dikendalikan oleh panitia Agama Islam. Taniah diucapkan.
Tidak dilupakan juga kepada Bank Rakyat Cawangan Dungun yang sudi memberi zakat perniagaan kepada pelajar yatim dan miskin SK Gong Pasir. Diharap usaha murni ini akan terus pada masa akan datang.
![]() |
| Majlis penyerahan replika cek zakat oleh Bank Rakyat Caw. Dungun |
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA SEKOLAH 2014
Pada 22 Julai 2014, Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dan susah peringkat sekolah tahun 2014. Hampir kesemua keluarga guru dan pekerja hadir dalam menjayakan program tersebut.Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang iaitu penyampaian sumbangan pihak sekolah dan guru kepada anak yatim dan pelajar miskin.
Sebelum masuk waktu berbuka, tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Uztaz CK Suhaimi berkenaan dan seterusnya majlis tahlil dibuat.
![]() |
| penyampaian sumbangan |
![]() |
| sebahagian keluarga yang hadir |
![]() |
| suasana di kantin KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA |
MEREKA TETAP DIHATIKU
Pada 20 Julai 2014, satu majlis telah dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama balai Polis Dungun, kafe cakna dan Elzeks Enterprise. Program berkenaan untuk meraikan anak-anak yatim SK Gong Pasir dapat beraya seperti kanak-kanak lain juga. Program berkenaan memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut merasai sendiri menaiki kenderaan mewah dan dibawa membeli belah di Desa Murni batik dan seterusnya berbuka puasa di Kafe Cakna. Majlis dimulakan dengan perarakan kenderaan mewah yang membawa anak-anak yatim ke desa Murni batik.
![]() |
| Perarakan kenderaan Mewah |
![]() |
| Berbuka Puasa |
![]() |
| membeli belah |
LAWATAN DAN MEMBERI SUMBANGAN SEMPERNA BULAN RAMADHAN
Pada 14 Julai 2014, seramai 20 orang pelajar 5 Ibnu Nafis SK Gong Pasir diiringi 6 orang guru telah melawat Penempatan Orang Miskin, kg Sura Hujung, Lawatan tersebut diketui oleh Guru Besar SK Gong Pasir iaitu Pn. Hjh. Myshithah binti Mohamad Ali. Tujuan utama lawatan tersebut adalah memberi kesedaran dan keinsafan kepada pelajar bahawa, ada golongan yang tidak bernasib baik yang memerlukan pertolongan, Di samping itu juga, pihak sekolah telah memberi sumbangan untuk meringan beban dalam menyambut hari raya yang tiba tidak lama lagi.
| Guru Besar beramah mesra dengan penghuni rumah |
| Sebahagian pelajar 5 Ibnu Nafis |
| pelajar dan guru |
READING PAL PROGRAM
Bertempat di Perpustakaan SK Gong Pasir, program bahasa inggeris iaitu "READING PAL PROGRAM" iaitu program rakan membaca. Program berkenaan dikendalikan oleh Briana Rogers dan dibantu oleh Cikgu Hairani dan Cikgu Noraini. Manakala penglibatan pelajar pula murid tahun 1 Ibnu Sina dan 3 Ibnu Sina.
PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H
Panitia Pendidikan Islam SK Gong Pasir telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Pasir. Program berkenaan dijalankan selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti :- Bacaan Juzu' 'Amma, - Tadarus Al-Quran,- Bacaan Hadis, - Majlis Khatam Al-Quran, - Pertandingaan Mewarna Tahap 1 dan - Melukis Poster Tahap 2.
Syabas dan semoga mendapat banjran semua yang telah menjayakan program untuk Ramadhan kali ini.
![]() |
| Banner Program Ihya Ramadhan 1435H |
Sekian lama tidak mengupdate blog SK Gong Pasir, Alhamdulillah kali ini admin meluangkan sedikit masa untuk mengupdate segala aktiviti yang telah tertinggal jauh untuk dipaparkan dalam blog ini. Semoga Allah panjangkan lagi usia kita dalam mentaatiNya dan dalam kita menunaikan ibadat kepada Dia. Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam seluruh alam akan menyambut ketibaan Bulan Yang Paling Istimewa iaitu Bulan Ramadhan... kali ini Ramadhan datang seperti yang telah dijanjikan Allah kepada semua umat Islam. Alhamdulillah.. Marhaban Ya Ramadhan Kareemm....... hadhirmu dinanti..Semoga dengan hadirnya Ramadhan kali ini akan lebih menambahkan keimanan kita dengan Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)




















