LAPORAN KEM BESTARI SOLAT
SIRI 1
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR
2017
NAMA PROGRAM
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1
UNIT
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & Jqaf
TARIKH PELAKSANAAN
21. JULAI.2017
MASA
8.00 – 11.00 PAGI
TEMPAT
DEWAN
ILTIZAM SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR
OBJEKTIF
1.
Memenuhi
hasrat kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan solat dan
beramal soleh.
2.
Menajayakan
program jQAF untuk melahirkan murid –
murid yang tahu menunaikan solat dari peringkat kanak – kanak dan mengetahui
kewajipan sebagai seorang muslim.
3.
Merealisasikan
impian kerajaan untuk melahirkan pelajar – pelajar cemerlang bukan hanya
akademik tetapi dari segi akhlak dan sahsiah juga.
KUMPULAN
SASARAN
Murid
Tahun 1 hingga 6
Panitia Pendidikan Islam
bersama jQAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 yang bertempat di
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir pada 21. Julai.2017 hari Jumaat.
Antara perkara utama yang
diterapkan dalam kem ini ialah :
Murid Tahun 1 & 2 :
-
Dapat
mengetahui cara berwudhu’ dengan betul dan sempurna.
-
Dapat
mengetahui cara menunaikan solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan.
Murid Tahun 3 & 4 :
-
Dapat
membezakan anggota rukun dan sunat dalam solat .
-
Dapat
menghafaz dan membaca bacaan dalam solat dengan betul termasuk membaca surah – surah
lazim seperti Al Ikhlas , Al Falaq , An Naas .
-
Boleh
membaca doa wudhu’ dengan betul dan sempurna.
Murid Tahun 5 & 6 :
-
Dapat
melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.
-
Dapat
membaca tahiyyat awal dan akhir dan bacaan dalam solat yang lain – lain dengan betul dan lancar .
-
Dapat
membaca doa Qunut dengan betul dan lancar.
-
Dapat
menyatakan perkara yang membatalkan wudhu’ dan solat dengan betul.
Kem bermula jam 7.45 pagi
dengan sesi pendaftaran. Murid – murid telah datang ke sekolah seawal jam 7.30
pagi untuk menjayakan kem kali ini. Sebelum murid dibahagikan
kepada para fasilitator , murid – murid dikumpulkan di Dataran Iltizam untuk
latihan kawad kaki yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaid bin Ismail. Latihan kawad
ini demi memastikan murid – murid berdisiplin dalam apa jua keadaan dan melatih
mereka lebih berdisiplin.
Seterusnya , para fasilitator yang
terdiri dari kalangan guru diberikan penerangan tentang perjalanan kem yang
diadakan pada hari tersebut. Di mana murid tahun 5 & 6 akan berada di Pusat
Sumber Sekolah ( Darul ‘Ulum ) , murid tahun 3 & 4 berada di Surau Sekolah
dan murid tahun 1 & 2 berada di Dewan Iltizam bersama fasilitator masing –
masing .
Bagi sesi pagi , murid diberi
penerangan oleh fasilitator masing – masing tentang aktiviti dan matlamat kem
pada kali ini. Tepat jam 10.00 pagi, murid – murid berhenti rehat seketika
untuk sarapan pagi di kantin sekolah. Kem disambung semula tepat jam
10.30 pagi dengan amali wudhu’ dan amali solat.
Semua murid dapat memberikan
kerjasama yang baik dalam menjayakan kem ini. Dengan kem ini , diharapkan agar
murid – murid Sekolah Kebangsaan Gong Pair akan menjadi murid yang cemerlang
dalam sahsiyah mereka terutama dalam bab menjaga solat. Solat itu tiang agama.
Itulah yang cuba diterapkan
oleh kesemua guru dalam diri murid sekolah ini memandangkan solat ialah perkara
utama yang wajib dijaga oleh kita sebagai umat Islam.
Kem berakhir pada jam 12.00
tengahari dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru , murid – murid, dan juga ibu bapa yang
memberikan sokongan padu kepada kami dalam menjayakan kem kali ini.
SOLAT ITU TIANG AGAMA.
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1.
Laporan Disediakan Oleh :
Nur
Jalilah binti Che Azih.
&
Hanim
binti Ngah Baharuddin.