Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun Satu 2017
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Program Transisi pada tahun 2001. Program ini diwujudkan bagi membantu murid-muridTahun
1 menyesuaikan diri dengan alam persekolahan formal samaada dari segi rohani,
jasmani, emosi dan sosial. Secara keseluruhannya, Program Transisi Tahun Satu ini
bermula pada hari pertama sesi persekolahan sehingga minggu ketiga. Program ini
masih diteruskan kerana ia didapati berkesan untuk dipraktikkan di sekolah seluruh Malaysia.
2.0 TUJUAN
2.1
Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
dalam masa yang singkat.
2.2
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, rohani dan jasmani
murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
normal di Tahun Satu.
2.3
Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak
masalah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengembangkan
sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
3.2 Memperolehi
pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan
pelajaran Tahun1.
3.3 Mencapai
tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya.
3.4 Menyesuaikan
diri di kelasTahun 1.
3.5 Bermotivasi
dan bersemangat untuk belajar.
4.0 PENGISIAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Sila rujuk lampiran yang disediakan.
5.0 TEMA: MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA
5.1
Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu
membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti
yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.Dalam masa yang sama, murid-murid
juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu melalui aktiviti-aktiviti
yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain
dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang
dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan
pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.
5.2 Mata Bercahaya
Murid-murid Tahun Satu ini merasakan satu keseronokan
untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan - kawan, suasana, persekitaran dan
guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke
semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan
kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan
melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
13.0
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
13.1
Pertandingan mewarna
KELAS
|
KEDUDUKAN
|
NAMA
|
1 Ibnu Majah
|
1
|
Nur
Assyifa Khumaira bt Zulpinaini
|
2
|
Nur Auni Syahirah bt Zulkifli
|
|
3
|
Nur
Arisya Umaira bt Azman
|
|
1 Ibnu Khaldun
|
1
|
Nur Zahra Aleeya Nazeha bt Ahmad Nazeri
|
2
|
Muhammad
Fawzan b Azlan
|
|
3
|
Nurina Umairah bt Khairulnizan
|
|
1 IbnuNafis
|
1
|
Siti
Nur Syahira bt Iskandar
|
2
|
Muhammad Adam Hakim b Deraman
|
|
3
|
Nurul
Jazmina bt Abdul Halim
|
13.2
Sukaneka
KEDUDUKAN
|
NAMA KUMPULAN
|
MARKAH
|
1
|
Kumpulan 5
|
150
|
2
|
Kumpulan 3
|
130
|
3
|
Kumpulan 1
|
120
|
4
|
Kumpulan 2
|
118
|
5
|
Kumpulan 4
|
110
|
13.3 Murid Terbaik
KELAS
|
NAMA MURID
|
1 Ibnu Majah
|
Kumpulan 5
|
1 Ibnu Khaldun
|
Kumpulan 3
|
1 Ibnu Nafis
|
Kumpulan 1
|
14.0
LAPORAN BERGAMBAR
15.0 PENUTUP
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang dapat membantu murid menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun satu yang datangnya dari latar belakang ,pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Disediakan oleh,
……………………………………….
(PN.NIK ELIANEI BT NASIR)
Penyelaras Program Transisi 2017
SK Gong Pasir,DungunTertengganu.
Disemak oleh,
……………………………………..
( EN HAMKA B ABU BAKAR )
GPK Pentadbiran,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu.
Disahkan oleh,
………………………………………….
( EN AHMAD BIN MOHD ALI )
Guru Besar
SK Gong Pasir,Dungun,Terengganu.
.
No comments:
Post a Comment