Nama Program :LAPORAN
HARI KELUARGA SKGP 2017 KALI PERTAMA
Unit :KELAB GURU & KAKITANGAN SEKOLAH
(KEGUKAS)
Tarikh Pelaksanaan :23.9.2017
(SABTU)
Tempat :
WHITE SAND, MERCHANG
Masa :10.00
– 6.00 PETANG
Objektif
1. Memberi ruang untuk saling
kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan guru dan
kakitangan serta ahli keluarga.
2. Menyemarakkan semangat
kejersama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti
yang dijalankan.
Kumpulan Sasaran : Guru dan kakitangan sekolah ( 42 orang) dan
ahli
Keluarga (132 orang)
Laporan Pelaksanaan Aktiviti:
Seramai sebelas orang AJK KEGUKAS
datang seawal 10.00 pagi untuk persiapan tempat.
Pendaftaran kehadiran guru dan kakitangan sekolah pada jam 12 tengah
hari. Peserta Hari Keluarga diberi cenderahati setiap keluarga.
Makan tengah hari dimulai dengan bacaan doa makan oleh Ustaz Che Ku
Suhaimi pada jam 12.30 tengah hari. Peserta bersama ahli keluarga mula menjamu
selara dengan menu Kambing dan ayam bakar, nasi goreng, bihun goreng dan
lauk-pauk yang dibawa oleh peserta begitu juga dengan kuih-muih. Selepas itu
peserta lelaki bersolat zohor berjemaah diimamkan oleh Ustaz Azhar.
Acara sukaneka bermula pada jam 2.30 petang. Terdapat 5 jenis acara iaitu
acara kanak-kanak, acara remaja, acara pasangan, acara keluarga dan acara
terbuka. Kebanyakan ahli keluarga SKGP menyertai acara sukaneka yang di
sediakan.
Upacara penyampaian hadiah bagi sukaneka Hari keluarga dan cabutan bertuah serta
teka gula di sempurnakan oleh Tn Guru Besar En Ahmad B Mohd Ali, PK HEM En
Abdul Jabar B Habib Mohamad dan PK Ko En Abu Seman B Mat Salleh. Program Hari
Keluarga di akhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Azwa.
Pada jam 6.00 petang semua peserta ahli keluarga bekerjasama mengemas
tempat dan alatan yang telah digunakan.
Disediakan
oleh: Disahkan
oleh:
……………………………………… ……………………
(MAROZITA
BT MIOR MOHAMAD YUSOP) (AHMAD
B MOHD ALI)
Timbalan
KEGUKAS Guru
Besar