LAPORAN
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH
KEBANGSAAN GONG PASIR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU
Pendahuluan
Aktiviti
perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah.
Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Gong Pasir di mana telah berlangsungnya
aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan
lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 4 badan beruniform iaitu
Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri
Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di
padang Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun. Tujuan perkhemahan ini
diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental
dikalangan pelajar.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang
bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat
memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga
dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai
seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara
guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter
yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul
mengikut unit masing-masing di padang sekolah. Taklimat diberikan oleh
guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan
aktiviti perkhemahan ini.
Tarikh / Hari kejohanan
Perkhemahan
ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tarikh : 11, 12 dan 13 Mei 2017
Bilangan Penyertaan
Pasukan
badan beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini ialah:
1.
Pasukan Pandu
Puteri Tunas -
20 orang
2.
Pasukan
Pengakap -
20 orang
3.
Pasukan Puteri
Islam -
20 orang
4.
Pasukan
Tunas Kadet Remaja Sekolah - 20
orang
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang
tiga hari perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Nigh
Walk’, Gajet dan Ikatan, Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan, Aktiviti
Keagamaan, Pertandingan Kawad Kaki dan Pertandingan Memasak .
Prosedur dan
Jadual Kerja
Untuk menjayakan program perkhemahan ini,
beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk mengemaskini segala aktiviti yang
dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan tugasan masing-masing
beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan . Untuk tidak membebankan
guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah disusun atur dengan
rapi supaya guru dapat hadir ke tapak perkhemahan mengikut giliran dan masa
yang ditetapkan, dan diharapkan segala program atau aktiviti yang telah
dirancang berlansung mengikut jadual dan dikendalikan dengan baik oleh guru
yang bertugas.
Jemputan
yang Hadir
Antara jemputan yang hadir untuk memeriahkan
lagi program perkhemahan ini ialah PPD, AJK PIBG, Pegawai Polis Perhubungan
Sekolah,. Selain daripada itu wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah
turut hadir pada hari terakhir perkhemahan untuk majlis perasmian penutup.
Jawatankuasa
Kerja Perkhemahan
Berikut ialah jawatankuasa kerja yang
terlibat dalam program perkhemahan ini.
Jawatankuasa Induk
Penasihat :En
Ahmad b Mohd Ali
Pengerusi :
En.Abu Seman b Mat Salleh
N. Pengerusi 1 :
En. Hamka b Abu Bakar
N. Pengerusi 2 :
En. Abdul Jabar b Habib Mohamad
Penyelaras :
En. Mohd Zaid b Ismail
Kem Komandan :
En CK Moh Suhaimi b CK Abd Rahman
Pen. Kem Komandan : Pn Suzana
bt arifin
Setiausaha :
Puan Nik Elianei bt Nasir
Bendahari :
Pn Cik Rosmawati bt Mansor
Jawatankuasa Kerja
Urusetia :
Pn Maliati bt Omar
: Md Hizarudin b Hanafi
Pengurus
Peserta : Pn Nor
Afisah bt Md Noor (TKRS)
: Pn Nuawati bt Mohamed (Pengakap)
: Pn Rosmini bt Hassan (Pandu Puteri Tunas)
: Pn Nur Jalilah bt Che Azih (Puteri Islam)
Khemah dan Peralatan : En CK Abd Muin b CK Abdul Satar
: Pn Suhana bt Chik
: En Azhar b Ibrahim
Tapak Perkhemahan : Pn Marozita bt Mior Mohamad Yusop
: Pn Maidatol Aslah bt Che Kassim
Makanan dan Minuman : Pn. Che Zukeriah Che Muda
: Pn Fauzah bt Mohd Noor
: Pn Hamidah bt Hashim
: Pn Zabanu bt Awang
: Pn Wan Ainie Zawiyananie bt
Zawawi
: Pn Rohana bt Latif
: Pn Normala bt Ali
: Pn Aini bt Mohd Zain
Kerohanian :
En Azhar b Ibrahim
: Pn. Hjh. Siti Nora Shaikh Said
: Pn Hanim bt Ngah Baharudin
Keselamatan & Kecemasan : Pn. Hjh Zalilah bt Abu Bakar
: Pn Marozita bt Mior Mohamad
Yusop
: Pn Ainum bt Awang
: Pn Hjh Siti Nora bt Shaikh Said
Persembahan :
Pn. Lailatul Munirah bt Abdul Hamid
: Pn Salwanu bt Ambak
: Pn Suhana bt Chik
: Pn Rosnani bt Hassain
Elektrik dan Siaraya : En Mohd Hizarudin Hanafi
: Pekerja Swasta Lelaki
Dokumentasi & Buku Program : Pn Normala
bt Ali
: Pn Hanim bt Ngah Baharudin
Hadiah, Cenderamata &Sijil : Pn Hairani Ngah
: Pn Rosnani bt Hassain
Aktiviti :
Pn Cik Rosmawati bt Mansor
: En Mohd Zawawi b Hamzah
: Pn Hasnah bt Yajid
: Pn Norlela bt Abdullah
: Pn Chan Siew Chin
: Pn Noor Hidawaty bt Ali
Riadah & Senamrobik : Pn Noor Hidawaty bt Ali
: Lailatul Munirah bt Abd Hamid
Atur cara
dan Aktiviti yang dilaksanakan
Khamis ( 11
Mei 2017 )
Bermula jam 2.00 petang, para peserta telah
mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk
berkumpul mengikut badan beruniform masing-masing di tapak perkhemahan SK Gong
Pasir. Taklimat diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan
serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti
pertama yang dilakukan ialah setiap unit ialah mendirikan khemah bersama-sama
dengan guru unit masing-masing.
Pada pukul 4.00 petang, semua murid berkumpul
untuk minum petang dan mendirikan solat asar. Selepas itu aktiviti
mendirikan khemah dan persiapan tempat disambung semula sehingga jam 6.30,
semua aktiviti diarahkan berhenti untuk Solat Maghrib, bacaan Yaasin, Solat
Hajat dan juga solat Isyak. Selepas
solat Isyak, diadakan pula ceramah agama yang dikendalikan oleh bahagian
kerohanian. Selepas itu peserta kembali ke khemah dan mengadakan latihan
malam kebudayaan. Pada pukul 11.00 malam peserta bersiap diri untuk tidur
dan pada pukul 2.45 pagi, para peserta telah dikejutkan dari tidur untuk
aktiviti ‘Night Walk’.
Jumaat ( 12
Mei 2017 )
Lebih kurang pukul 10.30 pagi, berlansung
pula aktiviti yang kedua iaitu aktiviti ikatan dan balutan. Aktiviti ini
berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Murid
dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk mandi dan bersiap untuk menunaikan solat
subuh berjemaah dan diikuti dengan kuliah subuh. Sebelum aktiviti seterusnya
dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli kepada
kem komander. Pada jam 7.00 pagi aktiviti senaman pagi diadakan
dikendalikan oleh guru yang bertugas. Kemudian murid menikmati sarapan
pagi. Selepas sarapan pagi, murid bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya
iaitu pertolongan cemas. Pertandingan tersebut diadakan pada pukul 8.30
pagi dan berlangsung lebih kurang 1 jam 30 minit. Aktiviti pertolongan
cemas ini disertai oleh 4 orang murid dari setiap unit. Komitmen yang
diberikan oleh para peserta sangat baik. Aktiviti pertolongan cemas ini
berakhir pada pukul 10.30 pagi.
Selepas aktiviti selesai, para peserta
berehat seketika. Selepas itu mereka bersiap sedia untuk makan tengahari
dan bagi peserta lelaki mereka akan bergerak ke masjid untuk menunaikan solat
Jumaat. Para peserta lelaki ke masjid dengan kereta guru yang bertugas. Pada
sebelah petang aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, aktiviti yang berlangsung
ialah pertandingan memasak. Setiap unit diwakili seramai 5 orang
peserta. Pertandingan memasak ini berlangsung selama 2 jam, dan cukup
meriah dengan sorakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan-rakan
seunit. Pertandingan memasak ini adalah bertemakan tepung. Aktiviti ini
berakhir lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Selepas itu murid terus ke
khemah masing-masing dan mengambil minum petang serta bersiap untuk ke surau
bagi menunaikan solat Asar.
Pada jam 6.30 petang, semua peserta
perkhemahan diarahkan ke khemah masing-masing untuk makan malam, mandi dan
bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat maghrib diikuti dengan tazkirah
dan seterusnya menunaikan solat isyak. Selepas solat Isyak murid beredar
ke khemah masing-masing dan bersiap sedia untuk aktiviti malam kebudayaan dan
BBQ. Pelbagai ragam gaya pakaian di kenakan bersesuaian persembahan yang
akan diadakan kelak. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Semua peserta
perkhemahan dikehendaki terlibat dengan persembahan pada malam itu. Ramai
guru yang hadir walaupun mereka tidak bertugas pada malam
tersebut. Aktiviti malam kebudayaan itu berakhir lebih kurang pada pukul
11.30 malam. Semua peserta bergerak ke khemah masing-masing untuk bersiap
diri dan tidur.
Sabtu (13
Mei 2017 )
Hari ini merupakan hari terakhir program
perkhemahan. Seperti biasa murid dikejutkan kira-kira jam 5.00 pagi untuk mandi
dan bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, seterusnya
mengikuti kuliah subuh. Pada jam 7.00 pagi diadakan pula senaman pagi
dikendali oleh guru yang bertugas. Selepas itu murid mengambil sarapan
pagi. Pada pukul 8.30 pagi, aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan
kawad kaki. Pertandingan kawad kaki ini diadili oleh pegawai polis yang
datang bertugas. Pertandingan kawad kaki ini berlangsung selama 2 jam.
Lebih kurang pada pukul 10.30 pagi murid
diarahkan oleh kem komander untuk berkumpul di hadapan dataran perhimpunan
kerana majlis penutupan rasmi akan berlansung. Majlis perasmian penutup
ini akan disempurnakan oleh Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah. Semua
murid berkumpul dengan pakaian unit uniform yang kemas dan dalam keadaan
berkawad. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas itu
para peserta perkhemahan di arahkan ke khemah masing-masing untuk menurunkan
khemah, membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas segala
alatan. Majlis bersurai pada pukul 2.00 petang.
Dapatan :
1.
Kekuatan
Peserta
perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang
dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang
perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan
dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar
lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. Program kerohanian yang
dijalankan dapat membentuk disiplin dan akhlak peserta melalui
tazkirah-tazkirah yang disampaikan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang
diadakan dapat memberi jati diri yang kuat kepada para peserta di samping dapat
memupuk semangat kerjasama dan setiakawan yang tinggi antara satu sama
lain. Selain daripada itu, ia juga dapat membentuk nilai
kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk
menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu
mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.
2.
Kelemahan
Sudah
menjadi adat dalam sesuatu perkara yang dilakukan, mesti ada kekuatan dan kelemahannya. Begitu
juga dengan program perkhemahan ini. Ada beberapa kelemahan yang diperhatikan
dan perlu penambahbaikan di masa akan datang. Antara kelemahan yang didapati
ialah stamina para peserta perkhemahan. Kekurangan latihan menyebabkan
para peserta kelihatan kurang bermaya dan cepat keletihan dalam setiap aktiviti
yang dijalankan. Selain daripada itu, dari segi ketepatan masa, para
peserta kurang mematuhi jadual yang ditetapakan menyebabkan ada aktiviti yang
berjalan tidak mengikut masa yang ditetapkan.
Cadangan penambahbaikan
1.
Para peserta
mestilah bersedia dari segi fizikal dengan mengadakan latihan yang mengcukupi
sebelum tiba hari perkhemahan.
2.
Para guru
hendaklah sentiasa mematuhi jadual tugas yang telah ditetapkan agar semua
program yang telah disusun atur dapat berjalan mengikut masa dan lancar.
3.
Kem komander
dan guru yang bertugas hendaklah memastikan para peserta perkhemahan sentiasa
mematuhi masa.
Maklum balas dan penilaian
menyeluruh
Secara
keseluruhannya, program perkhemahan unit beruniform ini telah dapat dijalankan
dengan jayanya. Segala aktiviti dan program yang dirancangkan telah dapat
dilaksanakan. Melalui program ini telah dapat menyerlahkan kerjasama yang
erat antara sesama peserta perkhemahan, dengan para guru, Ajk PIBG, Anggota
polis dan kakitangan yang terlibat. Program telah berjalan dengan lancar
dan ahli jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan masing-masing
dengan baik. Program ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta
perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan.Selain daripada itu para peserta
telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan.
Penutup
Sesungguhnya
Aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform SK Gong Pasir ini telah memberikan banyak manfaat dan
pengalaman berguna kepada semua peserta dan AJK Penganjur.Semangat kerjasama
yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar
boleh menjadikan program ini lebih lancar dan teratur.AJK Penganjur ingin
merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan,
YDP dan AJK PIBG, anggota polis dan semua peserta perkhemahan yang telah
menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Gong Pasir. Adalah
sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha
untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para
peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun
untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman
serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan
untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan menguruskan program
seumpama itu dengan lebih baik.
Disedikan
Oleh :
................................................................
(PN
NIK ELIANEI BT NASIR)
Setiausaha
Kokurikulum
SK
Gong Pasir, Dungun.
Disemak
oleh,
.....................................................................
(EN
ABU SEMAN B MAT SALLEH)
GPK
Kokurikulum,
SK
Gong Pasir, Dungun.
Disahkan
oleh,
..........................................................
(EN
AHMAD B MOHD ALI)
Guru
Besar,
SK
Gong Pasir, Dungun.